Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Wednesday 20 August 2014

with THE BLOOMING FLOWERs again.. :)

Assalamualaikum kawan2.. ehem2, dah banyak hari xde update entry baru pun cik SM ni kan? hahaha.. maaf la uoollzz, kesibukan dan kepenatan sejak beberapa hari ni.. tapi, sebenarnya xde siapa pun yang menunggu entry baru blog ni kan? wakakaka.. :p syok sendiri betul minah ni. :D :D :D 

Apa2 pun, apa khabar sume?? sihat kah kalian? kalau sihat, alhamdulillah.. aku? hmm sejak kebelakangan ni rasa macam nak demam pulak dah.. aissshhh, jangan2, dah nak mula semester baru ni.. jangan buat hal cik SM oiiiiiii!! huhuhu.. xpe2, demi pembelajaran aku, aku akan kuatkan badan ni, xleh terima apa2 pun sakit masuk!! heee... insyaAllah, izinkanlah ye ya Allah.. hee.. :)

"Chop, chop choopp!! Apa?? semester baru dah nak mula???!!" iyeeeee, dah nak masuk sem baru dah aku ni.. huhu.. xterasa pun cuti sem kali ni, sebab sibuk dengan puasa dan raya kan.. haha.. amboii, bunyi macam beraya sakan je aku ni.. wakakaka.. enggak sihh, raya2 pun duk umah je, xde la sakan mana.. berjalan je banyak aku cuti sem ni.. haha.. ha, cakap pasal berjalan ni, seronok betul aku rasa cuti kali ni sebaaaaabbbb banyak luangkan masa dengan 'bunga-bunga' kesayangan aku tu.. geng 6 DEMON ANGELS, fatin, mira, elvis, caty dan pisang.. mereka la my BLOOMING FLOWERS tuuuu.. heeee..

Selasa yg lepas, 19/8/14, kami berempat, aku, mira, fatin dan elvis kuar sama2 lagi.. tapiii keluar kali ni xde proper plan punyer.. men redaahh je orang kata.. wakakaka.. :D first thing first, bawa makcik mira ngn fatin tu berjalan2 dalam uitm s.alam.. nak pegi PTAR 1 katanya.. Aduhaiiii, aku sendiri pun xpernah masuk library tu walaupun student sana.. hahaha.. dah alang2 deme nak pegi tu, aku pun amik la kesempatan nak masuk library tu untuk pertama kalinya.. jakuunnn abissss tigo2 minah ni sampai kena marah dengan librarian tu.. hahahaha.. :D

Alkisahnya sebenarnya, kami ni xckup kad matrik nak masuk sebab mira akan masuk degree semester akan datang ni, jadinya dia xde la kad matrik.. aku xtau pulak nak masuk library tu kena scan kad macam kat KTM tu.. ha hambik ko, tercegat la tiga2 depan mesin tu.. takut nak scan sebab takut kantoi punyer pasal.. haha.. orang yang niat jahat kan, memang selalu rasa ketakutan camtu.. wakakaka.. :D dalam kekalutan aku dengan fatin duk fikirkan strategi len untuk bagi mira masuk, senyap2 je mira try scan kad matrik diploma fatin kat mesin tu.. "Eh, weh korang!! leh buka laaa!!" "Haa?? Yeke,yeke??!!" excited gileeeee tengok penghadang tu buka lepas scan tu, punyer la seronok kemain.. tapi duk seronok2 xmasuk2 juga.. alih2 kena marah dengan librarian kat situ sebab sekali dah scan, dah xleh scan masuk lagi.. wakakakaka.. :D :D :D nampak nau sorang student s.alam tapi xpernah masuk library dan dua orang lagi memang bukan budak s.alam.. kantoiiii!! pppfftttt.. :D

bila dah berjaya masuk tu, bermula la sesi menemani dak2 sains cari buku.. ape bende ntah, campbell ke apa ntah buku yang dorang beria nak cari tu.. aku ingatkan novel omputih, tapi buku Biology sebenarnya.. wakakaka.. i don't know la, netveski aku tau la.. :D dah masuk library, lagi satu kisah kelakar jadi kat kitorang.. nek je tangga ada pintu kiri, ada pintu kanan.. ok la fine, kitorang blur ayam nak masuk pintu mana, so pilihlah kanan.. lebih afdal orang cakap.. so carilah buku campbell tu.. dah jumpa, tapi hanya rujukan pulak, xleh pinjam.. so kluar balik dan tanya la dengan librarian kat mana lagi buku tu.. kami pun masuk pintu kiri pulak, untuk cari di bahagian sana.. ok, dah jumpa.. tapi still hanya rujukan sahaja.. tapi, ada something yang aku rasa cam xkena je masa kat rak buku tu.. "Weh, asal aku rasa macam kita dah pergi sini eh tadi? kenapa susunan buku dia macam sama je?? ke memang dia bahagikan dua tempat dan susun dengan susunan yang sama ek?"  memang sohihh sangat ktorang pegi tempat yang sama 2 kali sebenarnye.. wakakaka.. berkikih-kikih gelak masing2 keluar dari library tu.. :D aiiihhh, buat onar pulak geng joyah ni dalam library.. :D :D :D


-buku yang menjadi dambaan makcik berdua ni.. wakaka..-

-sains, sains, sainsssss-

-dua makcik sibuk membelek buku-

-dalam terowong gambar di menara SAAS-


sambil berjalan2 ke fakulti orang tu, sambil2 juga mencari ilham untuk FYP sem depan... aduhhhaii, apa la nak wat untuk projek ni ye? hmm kekontangan idea.. huhuhu.. setakat ni, adalah beberapa idea yang aku terfikir, cuma xtau sesuai dan mampu ataupun tidak.. nak tak nak, kena juga tunggu sem depan dan bincang dengan supervisor kan? sabau, sabau syafiqahh!! ok la, lepas sesi tour dalam uitm tu, kami pergi la lunch.. tapi sebelum tu amik elvis kat ofis dia duluuuuu.. hee.. lokasi pilihan? PECEL LELE PADANG JAWA!! yeaaahh, inilah makanan yang sesuai untuk perut2 comel yang sedang berbunyi rancak minta disumbat nasi.. wakakakaka.. :D

perut dah kenyang, mata pun dah ngantuk tapi kami tetap segar bugar nak berjimba.. next station? unplanned, SETIA CITY MALL.. elvis? terus kerja half day minah tu sebab mengikut kami ke SCM.. wakakaa.. aiiippp, bukan aku yang menghasut ok.. haha.. :p spending almost 6 hours kat dalam tu, memang xrupa orang la aku bila dah masuk waktu2 kemuncak tu kan.. penat berjalannnn, tapi beesssttt!! yang paling best, orang lain yang nak cari barang, orang len yang shopping.. wakakaka.. bgus btul kawan2 aku ni kan.. :D dan for the first time in forever (*nyanyi ala2 frozen skitt.. :p), aku dapat menjejakkan kaki kat padang SCM tu.. waaaahhhhhhh, exciteddnyyeeeeee dapat tengok orang men belon sabun gergasi tu dengan dekat.. nak men sendiri tapi takut membazir pulak kalau xreti men kan.. hee.. so, tengok pun dah cukup membahagiakan untuk aku.. auuwwwww.. :p :p :p

penat seharian berjalan dengan dorang, alhamdulillah, semuanya sampai di rumah dengan selamat.. mestilah selamat, aku personally hantar sorang2 depan pintu pagar tau.. wakakaka.. :D satu2nya perkara yang xbest hari ni ialah, geng kami xckup korum.. pisang ngn caty xde.. kalau dorang ada mesti lagi happening macam pegi Sunway haritu kan.. heee... tapi, xpe.. insyaAllah ada rezeki ada jodoh, leh je jumpa lagi kan.. :)

inilah kisah kami, sekawan dari zaman sekolah menengah sampailah sekarang.. insyaAllah semoga sampai ke akhir hayat dan ke jannah ye, kawan2 kesayanganku? :)

cukuplah jari comel aku menari atas keypad laptop ni, jumpa di entry yang seterusnya k.. tapi sebelum tu, enjoy few pics of us k..

until next entry, Assalamualaikum.. :)
#prayforpalestine #prayforgaza #supportgaza

















No comments:

Post a Comment