Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Saturday 2 July 2016

Tersimpul kasih..~

Assalamualaikum semuanyaaa~~ yuhuuu, apa khabar uolss? Kurang dari 2 hari lagi kita nak menyambut Aidilfitri kan.. sekejap je rasa sebulan Ramadhan, xpuas lagi Ya Allah.. Semoga kita semua dipanjangkan umur untk berjumpa Ramadhan tahun depan pulak.. amiinn.. :) :)

"Tersimpul kasih..~" apa bende yang tersimpul-simpul pulak ni sm oi?? Hahaha.. Kasih tersimpul dengan Simpulan Kasih yang berintikan serunding daging yang sedaaaapppp!! "Dramanyaaaa tersimpul kasih bagaaiiii.." hahahhaha.. biasalah uoollss, hidup ini penuh dengan drama.. haha.. 

Ok, sebenarnya entry kali ni aku nak share cara-cara buat Simpulan Kasih ni.. Nampak mudah, tapi perlukan skill tau nak simpul bende ni.. aku yang beginner ni memang terkial-kial la tangan tu.. hahahha.. tapi bila dah buat banyak tu lama-lama jadi mudah la.. Jom cuba buat untuk tambah dalam balang kuih raya korang tahun ni, best juga dapat buat sendiri sekali-sekala kan.. lagi2 jenis yang memang kuih 'tunjuk' je semua macam aku ni.. kahkahkahkah.. :p

Bahan yang paling penting yang menentukan kesedapan popia korang tu sebenarnya ialah serunding dia tu.. Kalau sedap, jadi sedap la.. Untuk supplier serunding Simpulan Kasih aku, aku kirim dekat member office sebenarnya, ada orang jual serunding yang sedaappp dan muraahhh dekat dengan rumah dia.. sooooo aku kirim la.. bijak kan? hahaha.. Thank you, natrahh!! <3 (*aku akan provide details supplier serunding tu nanti k,. kot2 korang nak order dengan dia juga.. hee)

Bahan-bahan:
Kulit popia
Serunding
Bancuhan 1 sudu tepung dan sedikit air
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
1. Potong kulit popia kepada 4 bahagian.
2. Hamparkan dan letak serunding dalam kuantiti yang tidak terlalu banyak. Susah korang nak simpul nanti kalau padat sangat.
3. Gulung serunding dalam kulit popia, gulung ketat-ketat, rapat-rapat supaya senang nak disimpul kasihnya gituuu..
4. Hujung kulit popia tu, letak sikit bancuhan tepung sebagai gam.
5. Simpul popia korang tadi slow2.. Jangan la ganas benor, koyak pulak kulit popia tu nanti.
6. Tarik hujung simpulan tu perlahan-lahan untuk ketatkan simpulan.
7. Bila dah siap semua bolehlah digoreng dan disimpan dalam balang sedia untuk dingap-ngap.


Sedapnyaaa bila dah ada dalam balang tu, haaa sekejap je kang dah licin.. lagi2 kaki ngap macam aku ni haa.. hahahaha.. ok la, ni ada few videos daripada youtube yang korang boleh usha tengok ye..


Kulit popia jenama KG Pastry atau Kawan ok, aku pernah beli yang jenama len rapuhh baq hang! belum sempat simpul dah koyak.. :(

Isi serunding tu lebih kurang gitu la kuantitinya.

Simpul then korang tarik hujung dia perlahan-lahan, kasi ketat sikit.

Bila dah banyak2 ni, boleh la korang goreng sampai keemasan.. ranguppp gituu~

Selamat mencuba uoollzz~ Sempat lagi ni nak bersimpul sebelum hari raya.. hihihi.. oppss! lupa pulak.. Aku dah janji nak share details supplier serunding tu kan? haa meh ni amik details kat bawah ni.. Serunding daging dia memang terbaikkk!! murah pun murah berbanding kat kedai lain.. :)

Serunding Asli Kelantan
Alamat: Kampung Laut Serunding House Ent, 
Lot 3677, Jalan Tok Morah 2, Kg Sg Merab Luar, 
43000 Kajang, Selangor.
Tel: 019-2225680, 019-2285680, 019-2722528


Until next entry, Assalamualaikum.. :)

Saturday 25 June 2016

Resepi: Popia Ketam Cheese Tarikkk~

Assalamualaikum uoolllss!! Salam Ramadhan..Waahh sekejap je dah masuk malam ke 21 Ramadhan.. Allahu, kurang dari10 hari lagi Ramadhan akan tinggalkan kita.. 10 malam yang terakhir ni sama-samalah kita jadi 'tamak pahala', kumpul sebanyak yang boleh ye sahabatku tersayang.. Semoga kita diberi peluang oleh Allah untuk bertemu dengan Lailatul Qadar, malam yang lebih baik dari seribu bulan.. InsyaAllah.. ok, now soalan wajib, sihat ke kalian2 nii?? Apa khabar ibadah puasa kita? Yang dah ter'raya' awal tu, jangan lupa ganti pulak ye.. hihi.. 

Nowwww, balik ke tajuk entry kali ni; Resepi: Popia Ketam Cheese Tarikkk~ Haaa, terliur xkorang baca nama popia ni? hahaha.. Serius talk ni aku bgtau korang, nak buat popia ni senang gileeeee.. xpayah masak apa-apa, kecuali goreng popia tu la kan.. hahaha.. Resepi ni sebenarnya aku dapat dari feed Facebook, masa terscroll kat resepi popia ni, peerrrghh dia punya rasa teringin nak makan tu, sanggup balik ofis singgah Giant beli bahan2 nak buat buka puasa hari tu juga.. hahahaha.. ok2, dah cukup bebel, now korang leh usha resepi yang aku tulis kat bawah ni k! :*

Bahan-Bahan

Popia:
1 paket kulit popia (saiz besar)
1 paket jejari ketam
300 gram keju Mozarella
1 sudu tepung gandum
2 sudu air
Minyak untuk menggoreng

Sos:
3 sudu besar mayonis
2 sudu jus perahan lemon
1 sudu madu
1 biji cili padi (diracik halus)
Daun bawang (diracik halus)


Cara-cara

Sos:
1. Campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati.
2. Sejukkan dalam peti sejuk.

Popia:
1. Bancuh tepung bersama air. Bancuhan ni korang akan gunakan sebagai gam untuk popia tu nanti.

2. Hamparkan kulit popia, letakkan jejari ketam dan keju Mozarella. Kuantiti keju tu jangan terlalu banyak, dan jangan terlalu sikit pulak ye.. agak2 sepadan dengan ketam tu ok la tu.

3. Balut seperti popia biasa, dan gam kan dengan bancuhan tepung tadi di hujung kulit popia.

4. Goreng dalam minyak panas hingga perang keemasan. Tos dan hidangkan semasa panas, barulah tarikkkkk kejunya.. hee..




Dah siaapp!! Mudahkan nak buat popia ni.. Resepi semudah ABC, tapi rasa dia peerrghhhh xpuas rasanya aku makan hari tu.. Terbayang2 rasa macam nak buat lagi popia ketam ni.. hahaha.. Few pictures of the popia ketam cheese yang seddaappp sangat2.. Enjoyyy!!


Kulit popia

Jejari ketam


Keju Mozarella

Balut popia korang dengan kuantiti keju lebih kurang macam ni


Nampak taaakk keju cair tuuuu.. Ya Allah dugaan!! :D

Isi dalam popia ketam cheese

Bila dah buat banyak, boleh la korang frozenkan popia ni.. nak agih2 kan untuk bagi kawan2 pun besstt!

Last word, selamat mencuba, selamat ber'popia ketam cheese'.. hahahahaha.. ok la uolss, jam pun ntah pukul berapa dah ni.. time to tutup laptopppp~ Until next entry, assalamualaikum.. :)

Thursday 23 June 2016

Resepi: Cucur Badak Keledek Manis~

Assalamualaikum semuaaaa~~ Lamanya si SM seorang ni tak menaip kat blog comel ni kan? hahaha.. Soalan wajibbb!! Sihat ke kawan2 semua? Salam Ramadhan buat yang beragama Islam, semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna dan lebih baik dari yang sebelumnya.. hee.. "SM ni tanya orang, dia tu apa khabar? Dah la lamaaa menyepi ye idokk?" Kahkahkah.. Alhamdulillah makin sihat ni uollss, macam2 makan, macam2 sumbat.. sihat kemain.. hahaha.. 

Ok, tutup sudah muqadimah merepek aku, now back to our title kali ni; Resepi: Cucur Badak Keledek Manis~ "Uisshh, manis sangat ke cuq badak SM ni?" Haaa korang kenalah try buat nak tahu manis ke x.. haha.. Alkisahnya cucur badak ni, request dari anak buah tersayang aku tu ha.. dua orang anak dara tu sibukkk sangat nak makan cucur badak acu buat, sedap katanya.. nampak na menipu, aku mana pernah buat cucur badak bgai sebulum ni.. hahaha.. Busy busy pun kenalah cari masa untuk puaskan kerenah dorang ni.. Baik kan acu dorg? ppfffttttt.. hahahaahha.. Ok, korang boleh cuba resepi yang aku bagi kat bawah ni k, senang sangat2! Buat sekali mesti rasa nak buat lagi, gituuu~ ;)

Bahan-Bahan

Inti:
1/2 biji kelapa parut putih
100 gram udang kering
1 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
3 sudu pes cili yang telah dikisar
Secubit gula dan garam untuk perasa
Minyak untuk menumis

Doh:
250 gram ubi keledek manis (warna ungu)
3 1/2 sudu tepung gandum
Minyak untuk menggoreng

Cara-Cara

1. Kisar bersama udang kering, bawang putih, bawang besar dan pes cili sehingga halus.

2. Tumis bahan yang telah dikisar tadi sehingga sedikit kering. 

3. Masukkan kelapa parut dan goreng bersama sehingga kering dan kelapa masak. Anggaran masa adalah dalam 10 minit macam tu. Tengok uga la kelapa korang tu dah ringan ke belum ye.

4. Dah masak, ketepikan dan biarkan sejuk.

5. Untuk doh, basuh dan rebug keledek manis korang tu sampai lembut. Lepas dah lembut, keluarkan dari periuk dan kupas la kulit dia ye. (*Tips!! rebus sekali keledek tu dengan kulitnya, lagi manis dan berkhasiat).

6. Lenyek sampai halus keledek tu, dan gaulkan dengan tepung gandum yang ditambah sikit demi sedikit. Untuk tepung ni, quantiti nya jangan la korang lurus sangat ikut benor2 aku tulis kat atas tu. Kalau dah 3 sudu tapi adunan korang masih melekat-lekat dan lembik, korang tambah la lagi sikit-sikit sampai doh tu jadi nicee je untuk korang bulat-bulatkan nanti.

7. Uli doh bulat-bulat lebih kurang besar bola golf tu, kemudian letakkan inti kelapa tadi di tengah-tengah. Golek-golekkan atas telapak tangan korang untuk pastikan inti tadi tertutup rapi.

8. Ulang langkah 7 sampai habis doh dan kelapa korang. Sementara tu boleh la panaskan kuali dan minyak untuk menggoreng.

9. Goreng cucur badak tadi sehingga warna perang keemasan, jangan sampai hitam pulaakkk!! tu badak jadinya.. :D 


Taraaaa dah siaapp!! Bolehlah dihidangkan sebagai kuih untuk berbuka puasa ataupun moreh lepas terawih pun sodap jugaa ni~~ Senang kan? 1 2 3 je dah siap.. Gituu ayat aku.. hahahaha.. ok la, dah share resepi, share gambar la pulak kan.. hihi.. Kalau korang nak tau, keledek manis ni bila dilenyek dia akan kaler hijau skit.. korang jangan la takut pulaakkk, dah memang warnanya begitu.. hahaha.. rileekkss ok, bila dah goreng, korang makan, peergghh confirm jatuh cinta.. *overnya perumpamaan.. :D


Cucur badak keledek manissss


Inti sambal kelapa yang ummpphhhh!! Dahsyat! :D


Sekarang, list bahan dan ada, resepi pun dah apa, apa lagii uolllss.. pergi la Mydin ke Giant ke beli bahan2 untuk cucur badak korang,k. Selamat mencubaaaa!! <3 Until next entry, assalamualaikum.. :)