Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Saturday, 2 July 2016

Tersimpul kasih..~

Assalamualaikum semuanyaaa~~ yuhuuu, apa khabar uolss? Kurang dari 2 hari lagi kita nak menyambut Aidilfitri kan.. sekejap je rasa sebulan Ramadhan, xpuas lagi Ya Allah.. Semoga kita semua dipanjangkan umur untk berjumpa Ramadhan tahun depan pulak.. amiinn.. :) :)

"Tersimpul kasih..~" apa bende yang tersimpul-simpul pulak ni sm oi?? Hahaha.. Kasih tersimpul dengan Simpulan Kasih yang berintikan serunding daging yang sedaaaapppp!! "Dramanyaaaa tersimpul kasih bagaaiiii.." hahahhaha.. biasalah uoollss, hidup ini penuh dengan drama.. haha.. 

Ok, sebenarnya entry kali ni aku nak share cara-cara buat Simpulan Kasih ni.. Nampak mudah, tapi perlukan skill tau nak simpul bende ni.. aku yang beginner ni memang terkial-kial la tangan tu.. hahahha.. tapi bila dah buat banyak tu lama-lama jadi mudah la.. Jom cuba buat untuk tambah dalam balang kuih raya korang tahun ni, best juga dapat buat sendiri sekali-sekala kan.. lagi2 jenis yang memang kuih 'tunjuk' je semua macam aku ni.. kahkahkahkah.. :p

Bahan yang paling penting yang menentukan kesedapan popia korang tu sebenarnya ialah serunding dia tu.. Kalau sedap, jadi sedap la.. Untuk supplier serunding Simpulan Kasih aku, aku kirim dekat member office sebenarnya, ada orang jual serunding yang sedaappp dan muraahhh dekat dengan rumah dia.. sooooo aku kirim la.. bijak kan? hahaha.. Thank you, natrahh!! <3 (*aku akan provide details supplier serunding tu nanti k,. kot2 korang nak order dengan dia juga.. hee)

Bahan-bahan:
Kulit popia
Serunding
Bancuhan 1 sudu tepung dan sedikit air
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
1. Potong kulit popia kepada 4 bahagian.
2. Hamparkan dan letak serunding dalam kuantiti yang tidak terlalu banyak. Susah korang nak simpul nanti kalau padat sangat.
3. Gulung serunding dalam kulit popia, gulung ketat-ketat, rapat-rapat supaya senang nak disimpul kasihnya gituuu..
4. Hujung kulit popia tu, letak sikit bancuhan tepung sebagai gam.
5. Simpul popia korang tadi slow2.. Jangan la ganas benor, koyak pulak kulit popia tu nanti.
6. Tarik hujung simpulan tu perlahan-lahan untuk ketatkan simpulan.
7. Bila dah siap semua bolehlah digoreng dan disimpan dalam balang sedia untuk dingap-ngap.


Sedapnyaaa bila dah ada dalam balang tu, haaa sekejap je kang dah licin.. lagi2 kaki ngap macam aku ni haa.. hahahaha.. ok la, ni ada few videos daripada youtube yang korang boleh usha tengok ye..


Kulit popia jenama KG Pastry atau Kawan ok, aku pernah beli yang jenama len rapuhh baq hang! belum sempat simpul dah koyak.. :(

Isi serunding tu lebih kurang gitu la kuantitinya.

Simpul then korang tarik hujung dia perlahan-lahan, kasi ketat sikit.

Bila dah banyak2 ni, boleh la korang goreng sampai keemasan.. ranguppp gituu~

Selamat mencuba uoollzz~ Sempat lagi ni nak bersimpul sebelum hari raya.. hihihi.. oppss! lupa pulak.. Aku dah janji nak share details supplier serunding tu kan? haa meh ni amik details kat bawah ni.. Serunding daging dia memang terbaikkk!! murah pun murah berbanding kat kedai lain.. :)

Serunding Asli Kelantan
Alamat: Kampung Laut Serunding House Ent, 
Lot 3677, Jalan Tok Morah 2, Kg Sg Merab Luar, 
43000 Kajang, Selangor.
Tel: 019-2225680, 019-2285680, 019-2722528


Until next entry, Assalamualaikum.. :)

Saturday, 25 June 2016

Resepi: Popia Ketam Cheese Tarikkk~

Assalamualaikum uoolllss!! Salam Ramadhan..Waahh sekejap je dah masuk malam ke 21 Ramadhan.. Allahu, kurang dari10 hari lagi Ramadhan akan tinggalkan kita.. 10 malam yang terakhir ni sama-samalah kita jadi 'tamak pahala', kumpul sebanyak yang boleh ye sahabatku tersayang.. Semoga kita diberi peluang oleh Allah untuk bertemu dengan Lailatul Qadar, malam yang lebih baik dari seribu bulan.. InsyaAllah.. ok, now soalan wajib, sihat ke kalian2 nii?? Apa khabar ibadah puasa kita? Yang dah ter'raya' awal tu, jangan lupa ganti pulak ye.. hihi.. 

Nowwww, balik ke tajuk entry kali ni; Resepi: Popia Ketam Cheese Tarikkk~ Haaa, terliur xkorang baca nama popia ni? hahaha.. Serius talk ni aku bgtau korang, nak buat popia ni senang gileeeee.. xpayah masak apa-apa, kecuali goreng popia tu la kan.. hahaha.. Resepi ni sebenarnya aku dapat dari feed Facebook, masa terscroll kat resepi popia ni, peerrrghh dia punya rasa teringin nak makan tu, sanggup balik ofis singgah Giant beli bahan2 nak buat buka puasa hari tu juga.. hahahaha.. ok2, dah cukup bebel, now korang leh usha resepi yang aku tulis kat bawah ni k! :*

Bahan-Bahan

Popia:
1 paket kulit popia (saiz besar)
1 paket jejari ketam
300 gram keju Mozarella
1 sudu tepung gandum
2 sudu air
Minyak untuk menggoreng

Sos:
3 sudu besar mayonis
2 sudu jus perahan lemon
1 sudu madu
1 biji cili padi (diracik halus)
Daun bawang (diracik halus)


Cara-cara

Sos:
1. Campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati.
2. Sejukkan dalam peti sejuk.

Popia:
1. Bancuh tepung bersama air. Bancuhan ni korang akan gunakan sebagai gam untuk popia tu nanti.

2. Hamparkan kulit popia, letakkan jejari ketam dan keju Mozarella. Kuantiti keju tu jangan terlalu banyak, dan jangan terlalu sikit pulak ye.. agak2 sepadan dengan ketam tu ok la tu.

3. Balut seperti popia biasa, dan gam kan dengan bancuhan tepung tadi di hujung kulit popia.

4. Goreng dalam minyak panas hingga perang keemasan. Tos dan hidangkan semasa panas, barulah tarikkkkk kejunya.. hee..




Dah siaapp!! Mudahkan nak buat popia ni.. Resepi semudah ABC, tapi rasa dia peerrghhhh xpuas rasanya aku makan hari tu.. Terbayang2 rasa macam nak buat lagi popia ketam ni.. hahaha.. Few pictures of the popia ketam cheese yang seddaappp sangat2.. Enjoyyy!!


Kulit popia

Jejari ketam


Keju Mozarella

Balut popia korang dengan kuantiti keju lebih kurang macam ni


Nampak taaakk keju cair tuuuu.. Ya Allah dugaan!! :D

Isi dalam popia ketam cheese

Bila dah buat banyak, boleh la korang frozenkan popia ni.. nak agih2 kan untuk bagi kawan2 pun besstt!

Last word, selamat mencuba, selamat ber'popia ketam cheese'.. hahahahaha.. ok la uolss, jam pun ntah pukul berapa dah ni.. time to tutup laptopppp~ Until next entry, assalamualaikum.. :)

Thursday, 23 June 2016

Resepi: Cucur Badak Keledek Manis~

Assalamualaikum semuaaaa~~ Lamanya si SM seorang ni tak menaip kat blog comel ni kan? hahaha.. Soalan wajibbb!! Sihat ke kawan2 semua? Salam Ramadhan buat yang beragama Islam, semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna dan lebih baik dari yang sebelumnya.. hee.. "SM ni tanya orang, dia tu apa khabar? Dah la lamaaa menyepi ye idokk?" Kahkahkah.. Alhamdulillah makin sihat ni uollss, macam2 makan, macam2 sumbat.. sihat kemain.. hahaha.. 

Ok, tutup sudah muqadimah merepek aku, now back to our title kali ni; Resepi: Cucur Badak Keledek Manis~ "Uisshh, manis sangat ke cuq badak SM ni?" Haaa korang kenalah try buat nak tahu manis ke x.. haha.. Alkisahnya cucur badak ni, request dari anak buah tersayang aku tu ha.. dua orang anak dara tu sibukkk sangat nak makan cucur badak acu buat, sedap katanya.. nampak na menipu, aku mana pernah buat cucur badak bgai sebulum ni.. hahaha.. Busy busy pun kenalah cari masa untuk puaskan kerenah dorang ni.. Baik kan acu dorg? ppfffttttt.. hahahaahha.. Ok, korang boleh cuba resepi yang aku bagi kat bawah ni k, senang sangat2! Buat sekali mesti rasa nak buat lagi, gituuu~ ;)

Bahan-Bahan

Inti:
1/2 biji kelapa parut putih
100 gram udang kering
1 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
3 sudu pes cili yang telah dikisar
Secubit gula dan garam untuk perasa
Minyak untuk menumis

Doh:
250 gram ubi keledek manis (warna ungu)
3 1/2 sudu tepung gandum
Minyak untuk menggoreng

Cara-Cara

1. Kisar bersama udang kering, bawang putih, bawang besar dan pes cili sehingga halus.

2. Tumis bahan yang telah dikisar tadi sehingga sedikit kering. 

3. Masukkan kelapa parut dan goreng bersama sehingga kering dan kelapa masak. Anggaran masa adalah dalam 10 minit macam tu. Tengok uga la kelapa korang tu dah ringan ke belum ye.

4. Dah masak, ketepikan dan biarkan sejuk.

5. Untuk doh, basuh dan rebug keledek manis korang tu sampai lembut. Lepas dah lembut, keluarkan dari periuk dan kupas la kulit dia ye. (*Tips!! rebus sekali keledek tu dengan kulitnya, lagi manis dan berkhasiat).

6. Lenyek sampai halus keledek tu, dan gaulkan dengan tepung gandum yang ditambah sikit demi sedikit. Untuk tepung ni, quantiti nya jangan la korang lurus sangat ikut benor2 aku tulis kat atas tu. Kalau dah 3 sudu tapi adunan korang masih melekat-lekat dan lembik, korang tambah la lagi sikit-sikit sampai doh tu jadi nicee je untuk korang bulat-bulatkan nanti.

7. Uli doh bulat-bulat lebih kurang besar bola golf tu, kemudian letakkan inti kelapa tadi di tengah-tengah. Golek-golekkan atas telapak tangan korang untuk pastikan inti tadi tertutup rapi.

8. Ulang langkah 7 sampai habis doh dan kelapa korang. Sementara tu boleh la panaskan kuali dan minyak untuk menggoreng.

9. Goreng cucur badak tadi sehingga warna perang keemasan, jangan sampai hitam pulaakkk!! tu badak jadinya.. :D 


Taraaaa dah siaapp!! Bolehlah dihidangkan sebagai kuih untuk berbuka puasa ataupun moreh lepas terawih pun sodap jugaa ni~~ Senang kan? 1 2 3 je dah siap.. Gituu ayat aku.. hahahaha.. ok la, dah share resepi, share gambar la pulak kan.. hihi.. Kalau korang nak tau, keledek manis ni bila dilenyek dia akan kaler hijau skit.. korang jangan la takut pulaakkk, dah memang warnanya begitu.. hahaha.. rileekkss ok, bila dah goreng, korang makan, peergghh confirm jatuh cinta.. *overnya perumpamaan.. :D


Cucur badak keledek manissss


Inti sambal kelapa yang ummpphhhh!! Dahsyat! :D


Sekarang, list bahan dan ada, resepi pun dah apa, apa lagii uolllss.. pergi la Mydin ke Giant ke beli bahan2 untuk cucur badak korang,k. Selamat mencubaaaa!! <3 Until next entry, assalamualaikum.. :)





Saturday, 9 August 2014

Resepi: Kentang Putar dabboommmm bersama Sos Lada Hitam Terangkat Ala Kepsi~

Assalamualaikum kawan2.. ~Apa agaknya khabarmu disana, disini ku sedang dibelenggu rindu~~ tudiaaaaaa, karokkzzzz!! korang tertanya2 ke lagu apa ni? haaa, inilah lagu Dafi, Bila Terasa Rindu.. dah berzaman xdengar lagu ni, tringat pulak tetibe tadi.. heee.. ok la, macam mana hari anda hari ni? hepy?? bagusss!! Aku pun hepy juga harini.. heee.. pagi2 lagi dah menyental cik BET, nak anto polish kedai mahai bonar kan, meh kite sental sendiri.. wakakakaka.. heppyy tengok dia yang shining2 tu, moh kite ke dapur pulak.. menu hari ni, Kentang Putar dabboommmm bersama Sos Lada Hitam Terangkat Ala Kepsi~ kenapa dabboommmm? jangan tanya.. itu je yang terlintas di fikiran aku masa tulis tajuk entry tadi.. wakakakakaka.. :DD

"Alahai chek mek, kentang putar je.. senang koottttt~" waduhhh2, betul, memang senang pun.. tapi dalam apa2 masakan pun, se'simple' telur dadar pun ada yang sedap, dan ada yang xsedap kan? haaa, hari ni aku nak story resepi kentang putar yang sedappp punyyeerrr~  kepada hantu gila kentang putar Kepsi macam aku ni, leh la korang try wat sendiri kat rumah k.. dijamin puasss dan bersih dan halal dannnnn kenyanggg bangatt.. heeeeeee.. dah puas bebel, jom usha resepi ni sat.. :)

Bahan A (kentang putar):
  • 4 - 5 biji kentang saiz medium
  • 1/2 cawan susu segar
  • 2 sudu besar mentega
  • garam
Bahan B (Sos):
  • Air rebusan sayur (*cara wat di bawah k..)
  • 4 sudu tepung gandum
  • 5 sudu mentega
  • sedikit sos lada hitam botol dan sos tiram 
  • garam

Cara-cara:
  1. Kupas dan potong dadu kentang.. rebus bersama air dan garam sehingga empuk..
  2. Lenyekkan kentang yang sudah masak (*leh juga guna mixer/blender/garfu biasa punn boleehhh..) bersama dengan susu dan mentega.. pastikan kentang mendapat tekstur seperti yang diingini, kalau terlalu pekat, leh tambah susu.. Taburkan sedikit lada hitam halus.. 
  3. Dah siap kentang, kita ketepikan dulu..
 -kentang yang dipotong dadu-


-aku pilih untuk mix dengan mixer supaya sekata dan halus-

4. Untuk sos lada hitam yang ummpphhhh terangkat, kita perlukan air rebusan sayuran yang sedap.. Cara-caranya, kita rebuskan bawang merah, lobak dan kiub pati ayam (*pangkal lobak yang tidak digunakan pun boleh direbus sekali..) sehingga semua bahan empuk.. tapiskan air rebusan, dan sayuran yang dah masak tu kita boleh gunakan dalam masakan len.. jangan buang tau, membaziaqq!!

 -cuci bersih bahan2 sebelum dicampakkan kedalam periuk ye.. hee..-

-rebus sampai lobak dan bawang betul2 empuk ye.. btw, suka betul bau dapur masa rebus stok ni, wanggiiii jeeeee.. :) -

5. Panaskan mentega di dalam periuk dan masukkan tepung gandum.. kacau (whisk) sehingga tepung xberketul-ketul.. Tuangkan air rebusan sayuran tadi dan kacau sehingga pekat..

6. Masukkan sos lada hitam, sos tiram serta garam.. Pastikan rasanya sesuai, tidak terlalu masin dan tidak terlalu tawar.. Letakkan sedikit lada hitam halus untuk menaikkan seri sos tu.. heee.. 


7. Taraaaaaa!! kentang dah siap, sos pun dan siap.. Jom ajak satu family makan Kentang Putar dabboommmm bersama Sos Lada Hitam Terangkat Ala Kepsi~ 



-kenapa sos tu berketul2?? sebab silap sendiri terkurang letak mentega, so tepung xleh nak larut sepenuhnya.. huhu.. don worry, dalam resepi yang aku bagi tu dan dibetulkan amount mentega yang secukupnya.. heee...-




ok la, perut pun dah kenyang.. alhamdulillah, puas makan bila masak sendiri kat rumah.. orang kata, orang perempuan ni biar la xpandai memasak tapi jangan MALAS MEMASAK!! huhuhu.. sentap mak ngah sekejap.. haha.. so gegurllzzz sekalian, jom sama2 kita usaha untuk jadi orang yang RAJIN MEMASAK.. heee.. daripada xmahir, lama2 jadi expert macam masterchef pulak.. baru syookkkk.. hee..

ok la uoolzz, sampai sini saja entry kali ni.. selamat mencuba yeeee~ daaaa, assalamualaikum.. :)




#prayforpalestine #prayforgaza #supportgaza

Thursday, 7 August 2014

Resepi: Sup Krim Cendawan bersama Roti Garlic, hidangan romantik untuk dinikmati bersama.. ^_^

Assalamualaikum w.b.t sumeeeeee, morning2~~~ Soalan wajib setiap kali buka entry baru, sihatkah kawan2? Apa khabar hari ni? Soalan cepusan skit, apa khabar iman hari ni? heee.. Diharapkan sihat2 la belaka ye.. aku? secara fizikalnya alhamdulillah sihat walafiat, tapi dalamannye, cheq nerbeesssss banggaaaattt nihhh.. huhuhuhuhu.. "Awat nerbes2 ni? Apa kes??" Yela, nerbes la menghitung hari je untuk result semester 4 kami keluar.. ooohhhhh, dup dap dup dap jantungku ini.. tapi, apa2 pun keputusannya, kita sume dah usaha yang terbaik kan.. redha, dan usaha lebih lagi untuk semester depan, insyaAllah.. heeee.. (*dup duppp dup duppp xabis lagi ni walaupun tulis camtu.. wakakakaka.. :D)

"Aisshhh cik SM ni selalu sangat lari topik bila menulis kan?" heee.. maaf la uoolllzzz, excited, excited!! haha.. ok la, kembali ke tajuk entry kita, 'Resepi: Sup Krim Cendawan bersama Roti Garlic, hidangan romantik untuk dinikmati bersama.. <3'.. (*waaaooowwwww, hidangan romantik.. nak wat laaahhhh!! tapi lum kahwin lagi nak romantik dengan siapa??? huhu..) Aiipppppp!! korang ingat dengan suami isteri je ke leh romantik? haha.. Aku masak hidangan ni 'for a romantic dinner with my parents'.. haaaa, apa salahnya sekali sekali tukar skit mood makan biasa2, kepada yang luar biasa.. selera meningkat, masa berkualiti pun dapat diluangkan bersama.. kan? Aku perasan memang ramai yang gemooorr makan sup krim cendawan ni, tapi xrajin nak wat sendiri.. beli sup tin 'kembel', panaskan dalam periuk, dah.. Isk3, tapi nk dikabokan aku pun camtu juga sbnrnye.. wakakakaka.. TAAAPPIIIII, resepi kali ni mesti korang suka punyer.. sebab ape? sebab leh makan sup krim cendawan yang korang sukaaaaa sangat tu sampai puaasss!! serius puas tau!! jom tengok resepi dia kat bawah ni.. ^_^

Bahan-bahan:
  • 1 tin cendawan butang (jenama apa pun xkisah, yg penting no Israel product ye..) - hiris nipis
  • 3 sudu mentega
  • 1/2 biji bawang besar Holland (bawang kuning) - cincang halus
  • 3-4 ulas bawang putih - cincang halus
  • 1 liter stok ayam (cara wat kat bawah k)
  • 1 cawan krim / 2 cawan susu segar (mana yg ada la kat umah korg k..)
  • 6 sudu tepung gandum
  • garam
  • lada hitam
  • parsley (kalau xde pun xpe.. hee..)
-bawang putih dicincang halus-

-bawang besar Holland dicincang halus-

-mentega untuk menggoreng-


-untuk resepi ni aku pilih untuk guna susu segar, sebab xbanyak pengalaman guna krim masakan, risau juga kot2 xmenjadi kan.. hee..-

-lada hitam dikisar halus, atau leh juga korang beli yang dh siap2 kisar punyer..-

-cendawan dihiris nipis-

-larutkan tepung gandum dengan sedikit air, ketepikan-



Cara-cara:

1. Untuk sediakan stok ayam, macam yang aku tengok kat tv dorang rebus ayam dengan tulang2 sekali then amik air dia kan? korang yang dah biasa wat stok macam tu, leh je gunakan cara tu.. tapi untuk cheq yang xbiasa ni, kite wat stok ayam cara cepat dan mudah ye.. hee.. 

2. Amik 2 kiub pati ayam, dan korang rebuskan dengan 1 liter air sampai mendidih.. taraaa, kita dah dapat stok ayam kita~



3. Dah siap stok ayam tu, kita ketepikan dulu k.. 

4. Amik periuk (yang ckup besar untuk sup kita), panaskan mentega dan masukkan bawang Holland dan bawang putih yang dicincang halus tadi.. Goreng sampai layu sahaja, jangan sampai bawang bertukar warna.. Masukkan stok ayam kita dan biarkan mendidih.. kemudian masukkan tepung gandum yang dilarutkan dengan air tadi.. kacau sehingga pekat..

5. (*optional) Untuk mendapatkan tekstur sup yang halus, korang leh la blend sup tadi.. tapi pastikan dibiarkan sejuk dulu ye.. kang berasap pulak blender tu.. hahaha.. tapi, kalau xnak blend pun xpe, lagi best bila makan ada terasa biji2 bawang tu.. heee..

6. Masukkan cendawan dan susu segar.. kacau sebati dan pastikan sup xberketul2.. 

7. Perisakan dengan garam secukup rasa dan lada hitam yang dikisar halus.. biarkan mendidih.. (lada hitam jangan letak banyak, panaassss je rasa bila makan tu kang.. hee..) 

8. Taraaaa!! Dah siap sup krim cendawan kita.. Hidangkan dalam mangkuk cantik dan hiaskan dengan skit daun parsley k.. ^_^


Tak lengkap laaa sup krim cendawan kalau xde roti garlic kan?? Mana kenyang makan sup saja, ye idokk.. soo, next, kite wat roti garlic pulak.. biasanya, aku akan siapkan sup dlu then baru wat roti garlic sebab kalau wat awal nanti takut sejuk dan keras bila nak dihidangkan.. 


Bahan-bahan roti garlic:
  • roti (apa2 jenis pun xkisah, ikut kesukaan korang.. aku pilih roti buku biasa tu je.. hee.. )
  • bawang putih - dicincang haluussssss 
  • mentega
  • sedikit serbuk lada hitam

Cara-cara:
  1. Campurkan bawang putih dengan mentega, amount bawang dan mentega kenalah serasi.. kalau terlebih bawang nnt bila makan lidah rasa pelik pulak.. 
  2. Amik roti, sapukan 'garlic spread' kita tadi tu atas roti.. 
  3. Untuk rangupkan roti kita, korang leh bakar sekejap dalam oven xpun pembakar roti.. Untuk aku, aku pilih untuk goreng atas pan tanpa menggunakan minyak (sebab garlic spread dah ada mentega) sehingga warna golden2 gitu.. 
  4. Taraaaaa!! Dah siap roti garlic kita.. ^_^

Sup dah siap, roti dah siap, apalagi.. makan timmeeee!! Selamat ber'romantik' bersama orang tersayang dengan Sup Krim Cendawan dan Roti Garlic ni ye.. :)



*Taraaaa!! xdo la cntik mana pinggan mgkuk tu, tapi yang penting ianya lain daripada makan malam biasa.. heee.. Selamat mencuba!!! Dah cuba tu, meh la sharing2 skit k.. hee..

*btw, daun yang aku hiaskan atas sup tu bukan parsley tau.. jangan ada lak kawan2 yang terkonfius nnt.. hahaha.. 

Until next entry, Assalamualaikum.. ^_^




#prayforpalestine #prayforgaza #supportgaza



Resepi: Puding Karamel Gebuusssss

Assalamualaikum sume.. Kabare? Waras? Haaa, tudia baq hang, speaking javanese pulak aku ni.. haha.. Harapnya kawan2 sume sihat2 je ye.. yela, kena sihat ni, sebab lepas baca entry ni nak kena pegi dapur dan masak.. "Aiikkkk?? Ape nak masak pulak ni???" Biasanya pagi2 atau petang2 orang suka makan kuih muih kan? haaa, ni cheq nak share resepi simple paling mudahhhh gileeee nak wat puding karamel gebusss yang macam korang nampak org jual kat kedai tu.. hihihihihihi..

Puding karamel ni leh dikatakan kuih bermusim juga la kalau kat Shah Alam ni.. leh jumpa kuih ni masa bulan puasa je.. bulan len hampeehhh satu pun xnampak.. so, aku assume tempat len pun lebih kurang la kan? hahaha.. orang jual kuih boleh la bermusim, perut mengidam nak menelan puding karamel mne lak nak bermusim kan? ok la, cite dah panjang, taip dah 2 perenggan, jommm kite tgk resepi mudah ni dan cuba sendiri wat kat rumah k.. ^_^

      PUDING KARAMEL
      Bahan-bahan: 
- 400cc(400ml) susu segar/susu cair
- 5 sudu besar gula halus
- 3 biji telur- pada suhu bilik
- 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
- 2-3 titik esen vanila

[ KARAMEL ]
- 5 sudu besar gula
- 2 sudu besar air


Cara-cara: 
1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree celcius. Jangan sampai mendidih.
4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit.
6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
7. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
8. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais.

"Macam remeh je.." Mesti korang cakap camni kan?? xde, seriusly ini antara kuih yang sedapp dan senannggg untuk dibuat.. kalau aku yang jarang2 turun dapur ni cakap senang, korang yang hari2 mengasapkan dapur tu apatah lagi kan.. kacang punyer laahh!! heee.. ni ialah hasil puding karamel yang aku wat.. mungkin sebab aku guna loyang yang diameternye lebar, jadi puding karamel aku jadi pendek la skit.. mcam kne penyek gitu.. hahaha.. penyek xpenyek, janji rasanya uummpphhhh!! terangkat habis!!! 


Selamat mencuba!!!! dah wat nanti sharing2 la k.. heee.. ^_^ ok la, mata pun dah layuuuu je ni, selamat malam ye kawan2.. until next entry, Assalamualaikum,.. :)

*eh lupe pulak nak kreditkan resepi ni.. thanks sis Hasue untuk resepi yang bessstttt ni.. kawan2 nak usha resepi len leh la blog walking kat blog sis ni ye..^_^  http://sue-hasue.blogspot.com/    


#prayforpalestine #prayforgaza #supportgaza

Friday, 21 December 2012

minat baru~ :)

Assalamualaikum w.b.t sume.. alhamdulillah masih diberi kesempatan nak berblogging, menjenguk blog ke ni.. well, well, entry yang lepas aku ada cite yang itorang dah mula ber'mid term' kan?? so keberadaanku skrang ni di SHAH ALAMMMM!!! yeeaaahhhh!! xkisah la bpe orang pun yang cakap s.alam ni bosan ke ape ke, s.alam tetap dihatiku uoollzzzz~~~ hahaha.. dh dari perut mak lagi dh stay s.alam an, mne xsayang nye negeri yang aman damai ni?? cehhhwaahhh.. :D

ok la, alkisahnya nak cerita tentang minat baru aku sejak berjinak2 dengan orang2 bisnes ni.. seperti yang kita tahu, ada hadis yang mngatakan tentang 9 daripada 10 rezeki adalah datangnya dari bidang perniagaan.. btul2, kalau nak dibandingkan dengan bekerja makan gaji, orang kata, gaji kita fixed setiap bulan, kalau kerja keras skit, adalah nek dalam berapa peratus je.. lain pula kisahnya dengan bisnes ni, apa yang kita dapat setiap bulan tu bergantung la pada effort kita sendiri.. makin rajin, makin banyak la kita pulun kan? kalau agak2 kurang shat badan tu, kurang la skit incomenye.. so, kebanyakan orang bisnes ni memang perlukan kerajinan yg konsisten ye.. susah tu nk dapat semangat cmtu, tp ble tgkkan incomenye, mgkin bersemangat la kan?? hehe..

bermula dari sem lepas sebenarnya dah mula berjinak skit ngn bisnes ni, tp skit je la jinaknye.. masa tu berkolaberasi ngn cik abg, EWAN MAZLAN, ktorg tolong jualkan kopi miss wan.. kopi bukan sebarang kopi eh, kopi mineral dari Hai-O, best sgt kopi ni.. try sendiri baru leh tau apa kelebihannye, gitu.. tapi sem lepas tu just anggap tolong miss je, xde brniat nk bisnes btul2 pun.. tapi segala semangat baru ni aku dapat lepas aku ngn syamimi mengikut miss wan pegi satu talk tentang bisnes di kajang.. well, sangat scary gak mula2 tu, sbb semua orang yang berada dalam talk tu semuanya aura yang positif, bersemngat gle!!! "ok, aku perlukan masa nk biasakan  dri ngn dorg ni.." dalam seminggu lpas balik dari kajang tu, hmm ada la terfikir nk berbisnes kecil-kecilan.. since modal pun xde sangat kan, so kita mulalah dengan yang kcil2 je.. insyaAllah slow2 kita naikkan dia nnt.. insyaAllah, amin ya Allah.. :)

dalam hdup ni, banyak yang kita nak kejarkan kan? di dunia mahupun di akhirat nanti.. masing2 ada kepentingannya, klu fikirkan dunia je, sesat la, klu fikirkan akhirat je pun xseimbang lak dengan fitrah kita an? sama gak ngn aku, nak mncari duit lebih bukan kata nak berjoli, tapi bila dah agak2 umur 20 ni, dh kne plan la tuk masa depan an.. tuk pembelanjaan study, tuk berbakti kat mak ayah, at least dorang merasa la duit anak2nya ni kan, pastu macam2 lagila, termasuklah menabung sedikit demi sedikit tuk majlis perkahwinan puteri bongsu EN MUNIR & PN ZUBAIDAH ni.. entah bila tiba saatnya, just bersedia dari awal je.. biasalah klu dah berangan pasal kahwin tu, nak tema itu, tema ini, nak wat kat tasik la, kat gunung mne la, bukit bukau mne la, nk unik la katakan.. macam2 berangannye, klu xde ongkos nye, gimana mau merealisasikan impian sume ni??? hmm, hanya tinggal sekadar angan2 mat jenin je la.. hahaha..

ok la, macam dah xtau nk merepek apa, better la aku stop an.. dah ngntuk sebenarnye ni, tu yang meraban je aku dalam blog ni.. haha.. sory r uoolllzzz klu mmbosankan ye.. *mmg mmbosankan pun entry kali ni.. kuikuikui.. ok2, dah2 nite2 everyone, mimpi2 indah k..btw, rindu sgt ngn  SI BUNCIT EWAN MAZLAN ni.. sdikit note buat cik abg:

p/s: whai si dia yang jauh dimata, sentiasa ku igt drimu dalam setiap doaku, setiap sjudku.. ku kirimkan salam rinduku melalui angin, ku harap dikau dapat merasa kerinduan ku terhadapmu yang xterkira tingginya.. walaupun kejauhan, ku harapkan jarak ni sebagai peluang tuk kita masing2 mmperbetulkan kesilapan diri, kekurangan diri kita, insyaAllah.. smoga jarak ini menjadikan kita dri yang lebih matang, lebih bersedia mghadapi cabaran, dugaan yang Allah berikan.. smoga jarak ini juga menguatkan lagi kasih antara kita, berlandaskan kepercayaan, kesetiaan, kejujuran dan sangka baikkkk aja selalu ye.. hehe..


bismillahirahmnirrahim...
ya Allah, jika benar dia yang telah Kau jodohkan untuk aku, permudahkanlah segala urusan kami, kuatkanlah kesetiaan kami, limpahkanlah rezeki yang merimpah ruah buat kami.. namun, jika sebaliknya takdirMu ya Allah, ku mohon, redhakanlah hati kami.. jauhkanlah kami dari terus sayang menyayangi ya Allah.. ku mohon, kuatkanlah hati kami, kuatkanlah ya Allah supaya kami trus redha dengan apa jua takdirMu.. amin, ya rabbal alamin.. :')

Thursday, 20 December 2012

selamat bercuti~ ;) wink, wink..

Assalamualaikum w.b.t kwan2.. alhamdulillah, ada rezeki nk meng'hupdate' blog CoTCET mRs.SM ni.. syukur2.. sperti biasa, shatkah kwan2?? cik abg syg ku, shat xawk kat sana tu? hehe.. mesti sihat kan, bahkan makin sihat.. tambah2 buncit perut ngn buncit pipi tu an? haha.. :D *uuoopppss, sory ye, jgn marah..~ ;) dah beberapa hari xmenjenguk blog ni, byk gak story yang terkumpul.. menunggu masa je nk ditaip dlam blog ni.. haha.. btw, hari2 ku di uitm ni hmmm xterlalu busy, xjugak terlalu lapang.. walaupun hanya dua subjek je yang aku amik sem ni, dua subjek tu la subjek killer so need more time untuk fokus study, pahamkan, wat latihan sendiri kat umah.. 

"haaaaahhhh???? syafiqah wat latihan sendiri???? keajaiban!!" haha.. mesti korang2 yang dah biasa ngn aku pikir cam tu an? hehe.. sebenarnya, sem ni semangat baru, macam yang dalam entry dulu tu, semesta baru, suasana baru, kawan baru dan.. SEMANGAT BARUUU!!! :) jadi segala perlakuan, tabiat sume kena la tukar, sdikit demi sedikit kan? means, yang mne kurang baik tu, cuba2lah hapuskan, mana yang baik lak, keep it up!! gitu~ haha.. aku pernah tanya kawan aku, fatin aqilah, ape cara dia study.. sebabbya, bpaklah bijaksana kawan aku sorang ni, every sem pointer 3.8 keatas beb!! wooww, serius respect sgt2 kt ko weh.. so katanya, setiap lecture tu dia akan rakam pastu dengar bila study balik kat bilik or kolej.. sbenarnya teknik ni aku dah ada niat nak try masa aku sem 5 dulu, tapi biasalah mnusia, mudah lupa, mudah alpa kan? so, alih2 niat ke mana, rakam ke mana.. hahaha.. alhamdulillah sem ni, azam baru, aku mula rakam setiap lecture.. ada la efford tuk berubah skit an? hehe.. walaupun cinenot je efford, but still an efford ok?? haha.. :D

bila dah masuk minggu yang ketiga ni, alhamdulillah, Allah kuatkan hati aku, Allah kuatkan semangat aku, Allah berikan ketenangan kat aku, aku dah mula terbiasa hidup sendiri.. sorang2.. even, bile berteman ni aku rasa pelik lak.. hahaha.. itulah kuasa Allah taala kan, benda yang aku rasa aku memang xboleh buat, benda yang aku rasa aku xkuat sangat, alhamdulillah, Allah jadikan itulah kekuatan aku sekarang.. syukur ya Allah, Kau angkat doa hambaMu ini.. :') "setiap dugaan tu Allah akan bagi setakat mana hambaNya mampu tanggung dan setiap dari dugaan tu akan ada pelangi sebaliknya" , kehidupan aku sekarang alhamdulillah makin bahagia kot..??? hahaha.. bukanlah maksud aku dlu ada kwan2 aku xbahagia, tapi sekarang ni macam rasa tenang sangat.. rasa rilek sangat.. mgkin aku dah xpayah kisah nak jaga hati orang, jaga hati kwan2 since mmg xde spe2 kat sini an? pastu mungkin, semua benda skrang bergantung kat diri aku sendiri, salah, salah aku sendiri, betul pun, sendiri punya betul la.. gitu.. paham x?? ttbe aku pun dah terkonfius ngn ayat tu.. hahahaha.. :D

cara aku bersosial skrg ni, on9, then jalan2 menikmati keindahan alam Allah, on9 lagi, lepak2 ngn lecture, borak2 skit ngn dak2 kelas.. hahaha.. bersosial ke tu, syafiqah oi?? :D tapi itulah rutin harian aku, bgun pagi, on9 jap, g kelas, balik kelas, klu rajin g mkn luar, kalau xbrapa rajin makan kat umah je la.. pastu study smpai rse badan dh penat, selalunya malam la, then msuk bilik on9 jap, then sadakallahulazzim, nite2, tdo la.. hehe.. bosan kan bagi korg? tapi inilah kehidupan yang aku dapat merasa ketenangan sekarang ni.. syukur, kesederhanaan yang membahagiakan.. :) aku bersyukur sbenarnya, Allah tarik kawan2 aku jauh dari aku, tapi Allah hadiahkan seorang roommate baru aku yang seriusly aku betul2 bersyukur kenal dia.. org kata, ngammm je bile ngn dia, xde la krik2 moment ke pe ke.. ok la, best, mmberi inspirasi sebenarnya kwan aku sorang ni.. syukur2..

bebel punyala pnjang, cite dia nak gtau pasal dah mula cuti je... hahahaha.. smpai dah 4 perenggan bebel xabis, soryy la uoollzzz, excited dah lama xhupdate kan? hahaha.. ok la, sebenarnya nak gtau yang ktorang akan mula bercuti tuk krismas + mid term + new year mulai esookkkkk!!!! yeeaaahhhhh!!! diingtkan, hari ni hari khamis ye kwan2.. haha.. so, sok petang aku akan amik bas ke s.alam.. waaahhh, xsabar nak balik umh, mkn mak masak, jmpa si kecik syahran tu.. aaaiihhhhggghh, betul2 xsabar nak balik.. smoga perjalanan ku, perjalann kawan2ku yang lain dipermudahkan.. semoga cepat je smpai umh masing2 an..insyaAllah, amin..

walaupun bunyi dia "CUTI" tapi rasanya macam tak kot.. almaklumla, saya si budak tembam comel ni kan nak berpraktikal, so kenalah mncari tempat2 yang sesuai tuk wat praktikal.. pagi tadi madam suriana AKA PA kami dah bagi tugasan, "cari tempat korang nak praktikal, pilih la yang agak2 elaun tinggi ye.." kuikuikui.. leh tahan madam ni, baiklahh!!! paling tinggi punyer saya akan pilih.. hahahahaha.. :D ok la, dalam kepala ni adalah beberapa tempat dah, just xpasti syarikat ni amik ke xstudent praktikal kos sains komputer ni.. hmm, harap2 at least satu la yang terima.. amin.. 

ada story yang best lagi nak cite, tapi di entry yang akan datang k.. wat semak je kat entry ni nnt.. hahahaha.. :D oklah kwan2 sume, yang still bergelar pelajar uitm, selamat bercuti diucapkan.. jangan lupa selesaikan misi yang madam bagi tu ye.. kpada yang ex-student uitm ataupun lagi sopannya alumni uitm, selamat bercuti gak!! xkira, sume pun selamat bercuti..!!!!!!! hahaha.. ok la, mood sengal dah mai, sebelum merepek meraban lagi baiklah aku ttup entry ni.. ok, until next entry!! buubbyyeeee, assalamualaikum.. :)




packing! skit je bwa balik bju, well bobo ngn meon tu tinggal melaka ye.. xckup tgn nk bwaa!!!! :D

Friday, 14 December 2012

2 days of happiness..~ :)

Assalamualaikum w.b.t sume.. hmm agak lame ye blog ni kesepian tanpa entry baru.. huhu.. lama xlama sangat la kan?? hahaha.. rindu gle nak update blog ni, macam2 nak kongsi story ngn korang tapi mood tu jarang la yang datang.. haha.. lgpun biasalah bila dah mula kelas kat uitm ni, mmg agak kemalasan nk mngarang ayat nk update blog ni.. on lp stakat nk on9 jap, nk wat kje ke, tgk movie skit ke.. hahaha.. itula realiti kehidupan pelajar ipt.. cehceh.. poyozz aje ayat aku ni an? haha.. :D

ok la, kisahnye entry kali ni, dua hari kebahagiaan.. translate gitu.. haha..12/12/12 adalah satu tarikh yang cantik kan? bak kata org, kita perlu mnunggu seabad lgi tuk kuar tarikh yang patternnya sama dr ari, bulan dan tahun.. (ke dekad eh??) tarikh ni, mmg seriusly ramai la pasangan2 pengantin baru yang melangsungkan majlis akad nikah mereka.. ye la, ari khamis, bersamaan malam jumaat kan.. keberkatan disitu.. kepada yang telah pun melagsungkan perkahwinan anda, tahniah diucapkan.. smoga bahagia, kekal hingga ke akhir hayat, insyaAllah amin.. :)

jadinya, ape lak kaitan org kawin ngn aku??? hahahahha.. :D bukan la korg, aku lum lagi masuk cte pasal aku ni.. hehe.. sbnarnya, 12/12/12 ari tu, segerombolan manusia2 dari melaka, johor, negeri sembilan dtg berkumpul di melaka, uitm lendu ni.. hmm segerombolan bunyi cam byk nau.. hahaha.. kwan2 yang aku rindu, cik abg syg yang mmg xterkata rindu aku kat dia, datang tuk wat clerance dorang as student diploma.. alhamdulillah, syukur Allah s.w.t bagi kesempatan tuk aku jmpa kwan2 yang sangat aku rindu.. syira, yana, spark, adhwa, tapa, alia, bunny, farah dan semestinya ewan mazlan.. hohohoho.. :D

"xde r segerombolan mana.." dh agak dh, msti korg ckp cmtu punye.. haha.. mmg la, aku an suka je berhyperbola an.. hehe.. aktivitinya?? lepaking, boraking, makanking.. haha.. asal makanking tu pelik sgt je bunyi dia??? huhu.. hepi gle sbb dh lama au xrasa makan smbil gelak2, story2, sambil membahan org. haha.. serius rindu gle.. lepas juga la rindu aku kat kwan2 kan? tempat yg dituju, seperti biasa, jusco la mne lagi.. mmg situ je la tmpatnye ble nk reunion cm gini pun situ gak yg mnjadi pilihan.. haha.. tapi, dalam hepi2 sbnarnya agak sadis gak aku tgk cik abg aku ni.. xshat.. demam, sakit tekak,xbermaya je muka... huhu.. terharu sbnarnya dia sggup gak trun melaka dalam keadaan cmtu, " i dah jnji ngn dorang, tu yang turun gak.. xlarat sangat sebenarnye.." thanks syg, disebbkan janji u ngn kwan2, i leh gak jmpa u an? :')

sme2 spend time malam tu, destinasi terakhir, pantai klebang.. :) hmm, byk kenangan kt sni.. teringt first2 date dlu, ktorg tgk sunset kt sni.. then tringat datang ngn ara ngn awe don, mkn donat kt tepi pntai tu.. haihh, byk lagi la, xmmpu nk tulis satu2.. hehe.. sebenarnya aku tau sgt cik abg ni lapar gle2 sbbnya last dia mkn ptg, tu pun stakat bubur semgkuk je.. huhu.. perut lelaki lak, mne ckup.. sedangkan aku pun xckup au klu makan tu je.. smpai2 je kt klebang tu, smntara tgu dak2 yg len, cik abg kata nk mkn burger.. ermm, aku agak was2 gak nk bg dia mkn sbb bygkan makan nasi pun sakit, inikan pula burger, mstila lagi sakit tekak tu.. huhu.. tapi nak wat cmne, mmg xde la nk cari bubur nasi kt klebang tu.. akhirnya mkn je la.. ya Allah, peritnya aku tgk dia mkn.. serius kesian weh, sakit kot.. nk telan pun keruk2 je muka tahan sakit.. huhu.. time tu seriusly aku rasa aku ni gf yg sgt2 jahat, pentigkan dri.. serius nk ngis, serius.. aku tau dia lapar, tapi aku ni pntgkan dri je, nk jln2 spend time konon, xajak pun dia g mkn.. npe la aku xbwa dia g mkn bubur drpd brjlan xtntu arah mlm tu.. huhu.. i mnta maaf, syg.. i btul2 mnta maaf.. :'( xkisah la kwan2 ckp aku tatp muka cik abg time mkn tu, tp serius aku xmmpu nk alihkan pndangn mata aku dr tgk dia.. klu la bleh aku kongsikan sdikit sakit dia tu, kurangkan sikit sakit dia... :(

malam pertama reunion brsama kawan2 just end kat klebang.. balik tu masing2 mmg dah ngntuk, penat berborak gamaknye.. hehe.. penat xpenat, ngntuk xngntuk, adalah dalam sejam gak aku berborak ngn syira sbelum tdo tu.. haha.. macam2 cerita kuar, teringat dak2 kelas, dak2 dorm.. lawak je.. serius aku hepy gle syira tdo umh sewa aku mlm tu, yela, dh lme kot xtdo ngn dia, rindu bhai.. haha.. dak2 ni balik umh masing2 sok, so, hmmm nk wat ape ye last present aku tuk dorg???? :)

bgun2 je pagi tu, bersemangat waja, masak bubur nasi tuk cik abg.. yela, xbreakfast cmne nk drive jauh2 kan? huhu.. berbekalkan ilmu yang mak ajar aku, plus sdkit pengawasan dr syira, taraaaaaa bubur nasi bersama sosej ayam siapp!!!! hehe.. smbil2 tu, wat juga la air asam jawa, kebetulan ada asam jawa kat umh.. siaplah satu hdangan breakfast plus lunch cik abg.. beria2 masak tuk dia, aku ngn syira nk mkn ape??? hahaha.. so dh selesai msak bubur tu, mulala operasi cekodok lemak manis aku.. sbnarnya smlmnya lagi nak try masak cekodok tu tp xberkesempatan.. so, dh alang2 nk mkn pagi ni, aku wat je la.. again, sdkit pegawasan dr syira, taraaaaa cekodok lemak manis siapp!!! haha.. agak keras skit, tp hmm sumbat je la.. haha.. agak cuak gak aku tgk cik abg mkn bubur tu, sbb first time dia rase makann yg aku mask.. haiihh, macam peserta masterchef yg makanannya dirasa chef2 juri au.. gitu la perasaan aku time tu.. berkerut2 aku tgk si ewan mkn, alamk xsdap ke?? huhu.. baru aku sedar masin skit so ble mkn bnde masin tekak yg luka tu sakit skit sbb garam an.. next air asam jawa lak.. wooooo, lagi la.. mggigil weh dia mnum air tu.. sakit, pedih wehhhhh.. huhuhuhuhu.. nk wat cmne, mnum la smpai abis, ubat tu.. huhu.. sadis btul la ewan ni.. huhu..

lpas ewan mkn tu, g singgah umh amy.. rindu kat dia, borak2 kul 2 bru gerak g u blik.. hehe.. aku teman syira clerance, cik abg lak dh nk geark ke kluang trus. huhuhu.. beratnya hati nk lepaskan dia balik, tp mmg kena balik pun.. huhu.. lpas je cik abg blik tu, ktorg pun melalah bergerak kesana sni nk wat clerance.. memandangkan xsmpat dh nk kjar bas blik seremban, syira tdo lagi kat umh aku.. hihihihi.. ptg tu ttbe tapa ngn spark ajak kuar, hmm nk g mne lak dak2 ni.. ble ditya xnk gtau.. ape da.. rupa2nya, destinasi ke taman tasik ayer keroh!!! waaaahhhhhhh, xcited kemain aku sbb disinilah tempatnya memori bersama kwan2 tercipta time part1 ngn part2 dlu.. macam dak2 je ktorg men buian.. pastu nek paddle bot..  dalam fikiran aku "klu la ewan blik esok, leh spend time ngn dia kat sni" huhu.. sbnarnya, pergi taman tasik ayer keroh ngn cik abg ni aku plan time part 4 dlu, bygkan dh stahun xdpt pegi2 lagi.. hahaha.. leh tahan sengal aku ni, asyik trlupa je.. huhu.. lpas berpaddle bot tu, kami ke umh tapa, tgk tapa sembelih kambing.. sejujurnya, ni first time aku tgk org smbelih haiwan dpan2 mata sndiri.. slama ni klu korban tu, xpernah nk tgk, takut darah la katakan.. huhu.. agak pening2 mual2 gak aku lpas tgk tapa mnyembelih dan lapah kambing tu.. tapi pengalamn, terigin nk tgk, akhirnya dapat gak.. alhamdulillah.. :)

lpas maghrib apa lagi, tgk bola la ktorang.. tmpatnya, restoran kt pengkalan.. hmm kenangan oh kenangan.. satu demi satu menerpa masuk je dalam fikiran aku ni.. keputusan bola mlm tu, kalah uoollzzz.. sadis tul tgk padang dia, teruk.. pemain pihak lawan pun haihh men ksar je.. si pengadil yg hampeh tu lg la cam sengal.. agak tensi aku tgk bola mlm tu.. tensi xtensi terkebil2 gak aku tgk.. rasa badan ni penat gle, kepala ni berat je.. bak kata spark, effect tgk darah ptg td la tu.. huhu.. ye la kot agaknye.. lpas bola, dorang antar balik, aku mmg dh tertdo dlm kete.. penat sgt3.. dah smpai umh lbih kurang kul 11, tp xmasuk2 sampai kul 1.. hahahha.. mengong kan? dok berborak kt dpan umh tu, mne nk msuk.. hehe.. mcam2 story, lwak, sedih, bengang sume kuar.. 5 sem dgn dorang, kenangn tu xyah ckp la byk mne.. hehe.. 

msti korg bosan je bce blog aku ni.. byk nau tulisan.. hahaha.. xpe, xkisah, just aku nk luahkan je semuanya dlm blog ni.. thanks la kpda yg mmbaca smpai abis tu, tabik spring!!!! hahaha..

xde byk gmbar pun smpat disnap.. terlupa abis nk amik gmbar, rancak je berborak msing2 an.. hehe.. btw, still, few pics.. :)

bumblebee ewan.. huhu.. ble la dpt nek lg kan? hehe..

berpaddle bot di tasik ayer keroh.. spark, tapa, syira.. aku? bhide the scene.. haha.. :D

sepetg di umh tapa.. :)

si tembam yg tembam!! haha.. smoga cpt baik tekak tu k syg.. huhu..

ok la, smpai sni sja entry kali ni.. just hopefully len kali dpt la lepak sme2 ngn korg mcm ni lg.. insyaAllah, jika ada rezeki k.. btul2 have fun 2 hari ni.. msuk hari yg ketiga je, brmulala khidupan aku yg pegi klaz balik klz tu.. hahaha.. btw, ni la perjuangan sbgai seorg plajar an.. :)

until next entry, assalamualaikum.. :)