Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Thursday 7 August 2014

Resepi: Sup Krim Cendawan bersama Roti Garlic, hidangan romantik untuk dinikmati bersama.. ^_^

Assalamualaikum w.b.t sumeeeeee, morning2~~~ Soalan wajib setiap kali buka entry baru, sihatkah kawan2? Apa khabar hari ni? Soalan cepusan skit, apa khabar iman hari ni? heee.. Diharapkan sihat2 la belaka ye.. aku? secara fizikalnya alhamdulillah sihat walafiat, tapi dalamannye, cheq nerbeesssss banggaaaattt nihhh.. huhuhuhuhu.. "Awat nerbes2 ni? Apa kes??" Yela, nerbes la menghitung hari je untuk result semester 4 kami keluar.. ooohhhhh, dup dap dup dap jantungku ini.. tapi, apa2 pun keputusannya, kita sume dah usaha yang terbaik kan.. redha, dan usaha lebih lagi untuk semester depan, insyaAllah.. heeee.. (*dup duppp dup duppp xabis lagi ni walaupun tulis camtu.. wakakakaka.. :D)

"Aisshhh cik SM ni selalu sangat lari topik bila menulis kan?" heee.. maaf la uoolllzzz, excited, excited!! haha.. ok la, kembali ke tajuk entry kita, 'Resepi: Sup Krim Cendawan bersama Roti Garlic, hidangan romantik untuk dinikmati bersama.. <3'.. (*waaaooowwwww, hidangan romantik.. nak wat laaahhhh!! tapi lum kahwin lagi nak romantik dengan siapa??? huhu..) Aiipppppp!! korang ingat dengan suami isteri je ke leh romantik? haha.. Aku masak hidangan ni 'for a romantic dinner with my parents'.. haaaa, apa salahnya sekali sekali tukar skit mood makan biasa2, kepada yang luar biasa.. selera meningkat, masa berkualiti pun dapat diluangkan bersama.. kan? Aku perasan memang ramai yang gemooorr makan sup krim cendawan ni, tapi xrajin nak wat sendiri.. beli sup tin 'kembel', panaskan dalam periuk, dah.. Isk3, tapi nk dikabokan aku pun camtu juga sbnrnye.. wakakakaka.. TAAAPPIIIII, resepi kali ni mesti korang suka punyer.. sebab ape? sebab leh makan sup krim cendawan yang korang sukaaaaa sangat tu sampai puaasss!! serius puas tau!! jom tengok resepi dia kat bawah ni.. ^_^

Bahan-bahan:
  • 1 tin cendawan butang (jenama apa pun xkisah, yg penting no Israel product ye..) - hiris nipis
  • 3 sudu mentega
  • 1/2 biji bawang besar Holland (bawang kuning) - cincang halus
  • 3-4 ulas bawang putih - cincang halus
  • 1 liter stok ayam (cara wat kat bawah k)
  • 1 cawan krim / 2 cawan susu segar (mana yg ada la kat umah korg k..)
  • 6 sudu tepung gandum
  • garam
  • lada hitam
  • parsley (kalau xde pun xpe.. hee..)
-bawang putih dicincang halus-

-bawang besar Holland dicincang halus-

-mentega untuk menggoreng-


-untuk resepi ni aku pilih untuk guna susu segar, sebab xbanyak pengalaman guna krim masakan, risau juga kot2 xmenjadi kan.. hee..-

-lada hitam dikisar halus, atau leh juga korang beli yang dh siap2 kisar punyer..-

-cendawan dihiris nipis-

-larutkan tepung gandum dengan sedikit air, ketepikan-



Cara-cara:

1. Untuk sediakan stok ayam, macam yang aku tengok kat tv dorang rebus ayam dengan tulang2 sekali then amik air dia kan? korang yang dah biasa wat stok macam tu, leh je gunakan cara tu.. tapi untuk cheq yang xbiasa ni, kite wat stok ayam cara cepat dan mudah ye.. hee.. 

2. Amik 2 kiub pati ayam, dan korang rebuskan dengan 1 liter air sampai mendidih.. taraaa, kita dah dapat stok ayam kita~



3. Dah siap stok ayam tu, kita ketepikan dulu k.. 

4. Amik periuk (yang ckup besar untuk sup kita), panaskan mentega dan masukkan bawang Holland dan bawang putih yang dicincang halus tadi.. Goreng sampai layu sahaja, jangan sampai bawang bertukar warna.. Masukkan stok ayam kita dan biarkan mendidih.. kemudian masukkan tepung gandum yang dilarutkan dengan air tadi.. kacau sehingga pekat..

5. (*optional) Untuk mendapatkan tekstur sup yang halus, korang leh la blend sup tadi.. tapi pastikan dibiarkan sejuk dulu ye.. kang berasap pulak blender tu.. hahaha.. tapi, kalau xnak blend pun xpe, lagi best bila makan ada terasa biji2 bawang tu.. heee..

6. Masukkan cendawan dan susu segar.. kacau sebati dan pastikan sup xberketul2.. 

7. Perisakan dengan garam secukup rasa dan lada hitam yang dikisar halus.. biarkan mendidih.. (lada hitam jangan letak banyak, panaassss je rasa bila makan tu kang.. hee..) 

8. Taraaaa!! Dah siap sup krim cendawan kita.. Hidangkan dalam mangkuk cantik dan hiaskan dengan skit daun parsley k.. ^_^


Tak lengkap laaa sup krim cendawan kalau xde roti garlic kan?? Mana kenyang makan sup saja, ye idokk.. soo, next, kite wat roti garlic pulak.. biasanya, aku akan siapkan sup dlu then baru wat roti garlic sebab kalau wat awal nanti takut sejuk dan keras bila nak dihidangkan.. 


Bahan-bahan roti garlic:
  • roti (apa2 jenis pun xkisah, ikut kesukaan korang.. aku pilih roti buku biasa tu je.. hee.. )
  • bawang putih - dicincang haluussssss 
  • mentega
  • sedikit serbuk lada hitam

Cara-cara:
  1. Campurkan bawang putih dengan mentega, amount bawang dan mentega kenalah serasi.. kalau terlebih bawang nnt bila makan lidah rasa pelik pulak.. 
  2. Amik roti, sapukan 'garlic spread' kita tadi tu atas roti.. 
  3. Untuk rangupkan roti kita, korang leh bakar sekejap dalam oven xpun pembakar roti.. Untuk aku, aku pilih untuk goreng atas pan tanpa menggunakan minyak (sebab garlic spread dah ada mentega) sehingga warna golden2 gitu.. 
  4. Taraaaaa!! Dah siap roti garlic kita.. ^_^

Sup dah siap, roti dah siap, apalagi.. makan timmeeee!! Selamat ber'romantik' bersama orang tersayang dengan Sup Krim Cendawan dan Roti Garlic ni ye.. :)



*Taraaaa!! xdo la cntik mana pinggan mgkuk tu, tapi yang penting ianya lain daripada makan malam biasa.. heee.. Selamat mencuba!!! Dah cuba tu, meh la sharing2 skit k.. hee..

*btw, daun yang aku hiaskan atas sup tu bukan parsley tau.. jangan ada lak kawan2 yang terkonfius nnt.. hahaha.. 

Until next entry, Assalamualaikum.. ^_^




#prayforpalestine #prayforgaza #supportgaza



No comments:

Post a Comment