Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Thursday 21 August 2014

mengenang MH17.. :'(




Bismillahirahmanirrahim.. Assalamualaikum kawan2.. 

Allahummasolliala saiyidina muhammad, waalaalihi sayidina muhammad.. 

Hari ini, 22 Ogos 2014, sebilangan daripada jenazah anak kapal serta penumpang pesawat malang MH17 yang ditembak jatuh di ruang udara Ukraine pada 17 Julai 2014 yang lalu akhirnya bejaya dibawa pulang untuk disemadikan di tanah air, Malaysia..  Pesawat khas MAS yang membawa pulang 20 jenazah mangsa selamat tiba di KLIA pada jam 9.54 pagi tadi.. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan mayat-mayat mangsa nahas telah pun dibawa pulang ke kediaman masing-masing bagi urusan pengebumian jenazah.. 

Innalillahiwainnalillahirojiun.. Dari Allah kita datang, dan kepadaNya kita kembali.. 

Semoga roh-roh yang beragama Islam bersemadi dengan aman dan ditempatkan dalam golongan yang beriman, amiinn.. 

Ya Allah, kurniakanlah kekuatan dan ketabahan kepada ahli-ahli keluarga mangsa dalam menghadapi ujianMu.. Semoga ibu bapa mereka, isteri, suami mereka, anak-anak mereka, adik beradik mereka, kenalan-kenalan mereka sentiasa redha dengan pemergian insan tersayang dan meneruskan hidup mereka dengan penuh ketabahan dan keimanan, ya Allah.. 

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.. Sedangkan seluruh rakyat Malaysia yang tiada perikatan dengan mangsa-mangsa pun berasa sebak dan pilu melihat ketibaan jenazah mereka, apatah lagi kaum keluarga serta sahabat handai para mangsa.. kuatkanlah mereka ya Allah, kuatkanlah mereka ya Allah, kuatkanlah mereka ya Allah..



Bismillahirahmanirrahim..

Alhamdulillahirabbil alamin..
Arrahmanirrahim..
Malikiyau'mmiddin..
Iyyakanakbudu waiyyakanastain..
Ihdinassiratol mustaqim..
Sirratollazi naa'namtaalaihim..
Wguarimaddu bialaihim..
Waladdhallin.. 

Amiinn..


Cucurilah rahmat ke atas roh mereka, tempatkanlah mereka dalam golongon yang beriman ya Allah.. 









No comments:

Post a Comment