Saturday, 18 February 2017

Jogja Istimewa #travel

         Assalamualaikum uolss~ Lamanya tak update blog ni, dah bersarang, berlabah dah.. hahahaa.. korang sihatt? Soalan wajib kan. Harap semuanya sihat-sihat belaka ye. Aku, seperti biasa sihat je, sihaatt sangat.. hahaha.. Ok la, alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah kami gegurls jomblo; aku, Farah dan Sarah diberi kesempatan untuk melawat negeri jiran cuti Hari Raya Cina hari tu.. Ke mana? Ke Yogyakarta, Indonesia! <3 <3

Pengalaman? Best! Tempat dia aku boleh kata Kota Romantis dan Kota Hipsturr.. Haa korang yang acah hipster tu mesti heaven gila mai Jogja ni.. hahhahaha.. k, k gurau, gurau.. :D Entry kali ni panjang sikit, mohon larat la eh untuk baca sampai habis. Kali ni bukan resepi, bukan DIY, entry kali ni aku revealkan kitorang punya itinerary sepanjang ke Jogja 1 Feb - 6 Feb 2017 (6 hari 5 malam).. 

Untuk trip ni, kami tak pakai agen.. Bermula dengan beli tiket secara tiba-tiba (unplanned) sebab duit dalam bank pun cukup kan baru masuk gaji time tu.. hahaha.. Tengok tiket murah kat AirAsia, terus beli pastu krik krik krik.. hahahhaha..Lagi 2 bulan nak fly baruu kitorang betul-betul search everythingg about Jogja, tempat yang menarik, harga tiket masuk setiap tempat tu, hotel, supir semualah.. Nasib baik ada Cik Sarah Masmerah yang handle kan semua booking hotel dan supir.. :D

Hotel, kami stay di Bamboo Bamboo Homestay, book dekat booking.com  Hotel dia pada aku, sangat puas hati. Bilik selesa, bilik air dia besaq baq hang! So tak gaduh nak letak barang-barang korang, lagi-lagi bila kongsi bilik ramai-ramai kan. Ok, tak payah nak bebel lagi Syafiqah, jom kita usha sikit iti kitorang kat sana. :)

------------------------------------------------------------------------------
Itinerary Yogyakarta (6 D 5 N)

Hari 1:
Bertolak dari KLIA2, Malaysia pada jam 3.15 pm. Tiba di Adisucipto International Airport, Yogyakarta pada jam 6.00 pm waktu Jogja (delayed 30 min). Mendarat je kat airport, hujan turun sangatlah lebat. Nasib baik dah pesan hotel pickup kat sana so, dengan kasut sampan kitorang tu, pergi la check in hotel.

Ingatkan malam tu nak ke Alun-alun Kidul, tapi supir kami kata “enggak bisa, Alun-alun nya tutup sih hujan gini”. Ok kecewa. So apa-apa pun, perut nak kena isi gak. Lapar weh! Dalam hujan-hujan tu, berjalan la kami pusing-pusing cari kedai makan sambal main hujan. Hahak! Oh btw, hotel kami terletak di Jalan Prawirotaman, Kota Yogyakarta. Lepas berjalan, balik hotel dan tidooo untuk kumpul tenaga esok.

Tempat dilawat: 
  • Jl. Prawirotaman
Kos untuk hari ni:

  • Hotel Pickup = Rp120k / 3 = Rp40k
  • Makan = Rp21k
  •  Baju hujan = Rp7k
    • Jumlah = Rp68k (RM22.66)

Lets go! Malaysia, see you in 6 days.. :)

Banjiaaqq, sempat beli baju hujan comel ni - Rp7K

Dinner pertama di Kota Jogja - Nasi Remes (Rp13k), Chococino (Rp8k)


Hari 2:
Pagi-pagi lagi jam 7.00 am Mas Thomas dah amik kami di hotel. Tempat pertama, Pantai Timang, orang Jogja panggil Pantai Timang ni pantai orang Malaysia sebab kalau orang kita datang Jogja WAJIB pegi timang. Hahaha. Dari bandar Jogja nak ke sini ambil masa 2 jam. Dalam perjalanan tu, kitorang singgah dulu beli SimPATI, kad prepaid sana – Rp60k. Sebelum sampai ke Pantai Timang, kami singgah di rumah salah seorang penangkap udang karang aka LOBSTER!! Biasanya pelancong-pelancong yang datang ke Pantai Timang ni akan makan lobster di rumah mbak ni, tapi disebabkan sekarang musim hujan, tak ada lobster yang ditangkap, menyorok katanya. So kami pun pesan udang dengan ikan bawal hitam, sekali set dengan nasi, tempe, sayuran dan air untuk lunch kami nanti.

Ok lupakan kejap pasal udang dengan ikan bawal yang tengah masak tu. Sekarang baru mula cerita Timang. Kereta tak boleh pergi sampai ke pantai disebabkan jalannya yang berkarang-karang and plus kecik je jalan dia. Jadi kami terpaksa sewa Ojek iaitu motosikal untuk ke pantai – Rp50k. Kat atas Ojek tu, aku mampu gelak je. Betul-betul tak pernah tercapai akal aku untuk bayangkan jalan dia macam tu. Serius sampai tergeliat la sebelah tangan pegang handle motor kuat sangat! :D Sampai di tebing tu, “Subhanallah, Subhanallah ya Allah lawanyaaa!” itu je perkataan yang keluar dari mulut kitorang. Dengan ombak yang kuat, angin yang kencang tu, air laut yang biru hijau!! Korang tengok lah gambar nanti eh, tak tahu nak express kecantikan pantai tu camne. Hahaha.

Balik dari pantai, again dengan Ojek yang buat tangan aku tergeliat tu, kami singgah di rumah mbak tadi untuk lunch. Tengok macam ikan bakar dan udang goreng sambal biasa, tapi bila masuk mulut, perghh rasa dia. Tak macam rasa udang weh! Rupanya chefnya kata dia letak serbuk perisa lobster, patutla rasa sedap kemain – Rp250k.

Ok sekarang bergerak ke Pantai Jogan, destinasi kedua kami untuk hari ni. Dari Timang ke Jogan mengambil masa dalam 30 min. Pantai Jogan ni pantai yang bertemu dengan sungai. Yang uniknya, disebabkan sungainya mengalir ke tebing pantai yang tinggi, jadilah air terjun sikit kat situ. Sangat lawa view dia ok. Ombak waktu ni sangat la ganas, mungkin sebab musim hujan kan, tapi tula yang buat dia nampak lawaaaaaaaaaaaa! – Rp5k.

Next, kami ke Puncak Kosakora. Dari Jogan nak ke Kosakora mengambil masa lebih kurang 1 jam. Kat sini ada dua pos yang akan collect bayaran untuk masuk. Pos pertama Rp10k, pos kedua kat atas sikit Rp2k. Kenapa bayar dua kali? Jangan tanya, aku pun tak paham. Haha. Ok, Kosakora ni memang koser sangat trek dia. Matching sangat nama. Disebabkan semalam kasut semua dah jadi sampan, kitorang pakai ler slipper je. Ni lagi satu trek yang tak tercapai akal aku. Sepanjang trek hanya mampu gelak je weh (sambil sumpah seranah dalam hati), dahsyat sungguh! Sampai luka-luka la member asyik tergelincir je. Jadi, pesanan khidmat masyarakat kat sini, sila lah pakai kasut proper kalau korang nak naik Kosakora k. Orang kata, lagi susah kita nak capai sesuatu tu, lagi manis kita nampak hasilnya. Yezzaa, rasa nak nangis bila dah sampai puncak. Ya Allah, sangat cantik ciptaanMu. Dari atas puncak ni, boleh nampak dengan jelas ombak yang membadai pantai, dengan tiupan angin yang kencang, ehhh rasa xnak turun la! :’D

Last pitstop kami sebelum balik hotel ialah Bukit Bintang. Dari Kosakora ke BB ni mengambil masa sejam. Kat sini korang boleh menikmati view malam, tengok lampu-lampu kat bandar Jogja dari atas bukit. Udara sini memang sejuk, ala2 Cameron Highland la. Disebabkan kitorang dah kepenatan bergaduh dengan selut dan batu kat Kosakora tadi, jadinya just makan dinner lepas tu tak sabar nak balik hotel. Haha. – Rp25k (Jagung bakar+Indomie+teh panas). Tamat Day 2!

Tempat dilawati:
  • Pantai Timang
  • Jogan
  • Puncak Kosakora
  • Bukit Bintang
Kos untuk hari ni:

  • Hotel = Rp1050000 / 3 = Rp350000
  • SimPATI = Rp60k/3
  • Pantai Timang = Rp 50k (Ojek), Rp10k (platform bergambar), Rp250k/3 (lunch)
  • Pantai Jogan = Rp5k
  • Puncak Kosakora = Rp12k
  • BB = Rp25k
    • Jumlah = Rp555333 (RM185.07)



Gondola Pantai Timang, kami tak naik sebab maheii - Rp200K (*view dia, Subhanallah!)

Lunch kami. Ikan bakar, udang masak sambal, tempe, nasi, ulam, air - Rp250K/3 (*masakan dia, sedap giloss! Serius talk)

Taraaa! Yes, I'm always the smallest one wherever I go :D






Acececehhhh.. apahal feeling sangat kat tebing tu ntah. :D

Pantai Jogan <3

Signboard Kosakora


Macam tangga photobooth kan? haa, lepas tangga ni ada jalan tau. Di sinilah bermula jalan penuh sumpahan kami :D

Nasib baik ada payung mas Thomas tu kitorang bawa :D

Puncak Kosakora.. Fall in love with this view, berbaloi penat woi!

Tengah bincang, "kita nak pegang bendera macam mana ni weh?" , sebelum Mas Thomas datang selesaikan masalah kitorang.. :D


Hari 3:
Plan asalnya nak ke sunrise Gunung Merapi, so kitorang pun bangun la jam 2 pagi bersiap mandi bagai. Tengok-tengok hujan selebatnya, so cancel dan kami breakfast maggi jam 3 pagi (maigadd, habis diet!). Tunggu hujan berhenti, kami bergerak ke Borobudur pada jam 7 am. Perjalanan dari hotel ke candi mengambil masa 1 jam 30 min. Kat sini, Mas Thomas dah ingatkan kami awal-awal. Kalau taknak beli, jangan tunjuk minat kat orang yang jual2 kat tepi jalan tu. And kalau nak beli nanti dalam market lepas lawat candi tu lagi murah. Pesanan khidmat masyarakat lagi. Hahaha. Di Borobudur ada harga special untuk student, half price tau! So korang better bawa kad pelajar mai sini – Rp130k.

Lepas Borobudur, kami bergerak ke Gunung Merapi. Perjalanan dari candi ke Merapi mengambil masa 1 jam 30 min. Kan sini kereta tak boleh naik gunung, soo wajib amik jeep untuk merapi Tour – Rp 400k/3. Mas Thomas perkenalkan kami dengan Mas Andi, antara tokey jeep kat sana. Mas Andi ni, thumbs up la senang cite. Bawa jeep pandai, bercerita pandai, buat lawak pandai, ambil gambar pun pandai. Rasa macam bawa drone je dia amik gambar tu, lawa seh. So sangat recommended!

Habis Merapi Tour kami ke Pasar Beringharjo dan Jalan Malioboro untuk shopinggg. Perjalanan dari Merapi ke bandar Jogja mengambil masa 2 jam. Kat sini, yang murahnya di Pasar Beringharjo. Tapi yang suka cuci mata boleh la jalan2  kat Malioboro. Produk batik, baju, keychain memang banyak, tapi kalau korang cari fridge magnet, kat sini susah sikit nak dapat.

Tempat dilawati:
  • Candi Borobudur
  • Gunung Merapi
  • Pasar Beringharjo
  • Jalan Malioboro
Kos untuk hari ini:

  • Dobi = Rp70k /3
  • Borobudur = Rp130k (student price)
  • Jeep Merapi = Rp400k / 3
  • Lunch = Rp21k
    • Jumlah = Rp307666 (RM102.53)


Inilah breakfast kami jam 3 pagi tu.. hahaha.. berombak perut weh pagi-pagi makan meggi :D

Tiket masuk Borobudur - Rp130K (student price)

Peta Borobudur

Ececeh Farah, nak snap candit ke tuu~? :p

Pasar kat Borobudur. Lagi murah kat sini dari Jl. Malioboro kalau pandai tawar-menawar macam mbak Farah kita.. hahaha.. - 8 helai tshirt Rp100k

Menari ke apa? #the3idiots 

Jeep Merapi Tour - Rp400k, kalau sunrise Rp450k

Di hadapan salah satu rumah yang musnah akibat terkena awan panas (debu) dari gunung Merapi sewaktu meletus.

Tempat yang paling bagi kesan dalam hati aku - Bunker Kaliadem. Tempat prsembunyian ketika berlaku letusan, tapi hanya untuk melindungi dari awan panas (debu). Tahun 2006, tanpa disangka lava panas mengalir di atas bunker dan membunuh 2 orang sukarelawan yang berlindung di dalamnya. Sukarelawan weh.. So sad TT

Mas Andi jjang!
Jalan shopping di Jalan Malioboro. Sini quite mahal, better beli kat Pasar Beringharjo kalau nak shopping.

Lunch kat mall di Jl. Malioboro, Nasi Ayam Bakar, air teh kosong - Rp21k

Kalau korang mai sini, sila la makan aiskrim kat Tempo Gelato ni.. Terboekk! - Rp40k untuk 3 scoop


Hari 4:
Jam 4 pagi, Mas Thomas dah ambil kami di hotel untuk tengok sunrise di Kebun Buah Mangunan – Rp5k. Perjalanan ke sana mengambil masa 1 jam. Untuk ke puncak tu kena berjalan sikit dari tempat parking kereta. Tak jauh pun, tapi sempat la mengah sikit kan. Haha. Kami sampai jam 5 pagi, sempat la duduk-duduk dulu tunggu sunrise kat sini jam 5.30 pagi. Disarankan kalau nak datang sini, kena awal sebab serius ramai oranglagi-lagi kalau korang datang weekend.

Tengok dengan mata sendiri view yang hanya tengok kat Google, betul-betul rasa wow. Kalau malam sebelumnya hujan, lagi tebal kabus awan dia. Lepas dah photoshoot semua, kami pun isi la perut kan. Tengok menu, wahh ada mee rebus la kat sini. Dengan perasaan berkobar-kobar nak makan mee rebus kuah pekat, dengan sayur2 tu, tengok-tengok sampainya maggi sup! Ok tu lawak pertama kami hari ni. :D

Lepas dah kenyang, kami pun menuju ke Gua Pindul. Perjalanan mengambil masa 1 jam. Kat Pindul ni ada banyak pakej korang boleh pilih. Kami ambil pakej penuh iaitu jalan di Gua Pindul dan rafting di Sungai Oya – Rp150k. Selesai di Gua Pindul, kami bergerak ke Umbul Ponggok. Perjalanan ke sini mengambil masa 1 jam 30 min. Umbul Ponggok ni tempat snorkeling air tawar, iaitu dalam kolam air gunung – Rp15k.  Air dia, hmm gigil weh sejuk baq hang! So kalau nak terjun tu, kasi main-main air dulu, jangan terus terjun macam aku :D . Kat sini korang boleh sewa peralatan snorkeling, ada juga props macam basikal, laptop, buaian yang boleh disewa. Kitorang sewa life jacket dan topeng snorkeling je sebab mahei la pulak nak sewa props bagai tu – Rp20k.

Tempat dilawati:
  • Kebun Buah Mangunan
  • Gua Pindul
  • Umbul Ponggok
Kos untuk hari ni:
  • Mangunan = Rp5k
  • Breakfast = Rp10k
  • Gua Pindul = Rp150k
  • Umbul Ponggok = Tiket masuk (Rp15k), equipment (Rp20k)
  • Dobi = Rp90k / 3
  • Street food = Rp7k
    • Jumlah = Rp237k (RM78.98)


Kebun Buah Mangunan - Negeri Atas Awan (Rp5k)
Le squad!

Wajib la kan amik gambar depan signboard - maafkan brader yang tengah seronok sangat bergambar tu.. :D

Breakfast! Inilah mee rebus dan mee goreng kami. Tapi tempe goreng dia serius baikk gile. 

Gua Pindul. Best gile duduk atas 'ban' tu, rasa taknak turun. hahahha. :p - Rp150k
Rafting sikitt kat Sungai Oya. Bayaran rafting ni sekali dengan tiket Gua Pindul tadi.
Err.. rasa macam pelik tak? :D

Yeaahh bebeh, its the signboard. :D - Rp15k

Why? I just desperately need someone's hand to keep me static, in the water.. hahahha.. :D

Hai uols <3

I'm always about the signboard.. :p

Dinner - Nasi Padang (Rp13k)


Hari 5:
Destinasi pertama kami hari ni, Hutan Pinus. Jam 7 pagi Mas Thomas dah amik kami di hotel. Perjalanan mengambil masa 1 jam untuk ke Pinus. Mulai 1 Feb 2017, dorang dah mula kutip bayaran untuk masuk Hutan Pinus ni. Baru dapat permit katanya. Huhu. Tambah la sikit kos kat kat sini, nasib baik Rp2k je sorang. View dia, sebijik dalam gambar yang aku Google (*excited!) hahahahhaha. Cantik, aman, tenanggg je suasana dia. Kalau cuaca panas pun tak terasa sebab banyak pokok-pokok pine yang jadi peneduh.

Next kami ke Puncak Becici. Dari Pinus nak ke Becici 10 min je. Boleh dikatakan dua-dua tempat ni terletak dalam kawasan yang sama.  Apa yang ada kat sini? Pokok pinus yang sama, ditambah dengan view dari puncak yang wow. Kat sini ada disediakan platform untuk korang bergambar – Rp2k seorang. Korang boleh juga sewa hammock, sama ada bertingkat atau satu-satu – Rp10k satu hammock.

Destinasi seterusnya, Candi Ijo. Perjalanan ke sini mengambil masa 1 jam. Tiket masuk sini harga berlainan untuk warga tempatan dan pelancong dari luar. Buat muka konfiden jogja sikit, kami dapat lah harga tempatan. Hahahaha. – Rp5k. Kat sini kami cuba minuman orang tempatan sini, Es Dawet Durian katanya – Rp8k. Rupa ala-ala cendol sikit, tapi not so cendol. Haha. Depan sikit daripada Candi Ijo, ada Tebing Breksi – 10 min je perjalanan dari candi. Tebing ni ialah batuan kapur yang sangat besar, dari atas tebing ni boleh nampak Candi Prambanan dan candi-candi disekelilingnya. Nice2, angin sepoi-sepoi bahasa je gitu, layan ni kalau duduk situ boleh lena weh.

Last pitstop kami hari ni, Candi Ratu Boko. Perjalanan dari Breksi ke sini mengambil masa 10 min je. Inilah satu-satunya tempat yang kami boleh nikmati sunset, akhirnya. Yela, asyik mendung je kan sejak sampai sini, hari ni baru matahari tak menyorok. Haha. Tiket masuk kalau untuk sunset mahal sikit daripada biasa – Rp110k termasuk makanan. Makanan dia semua sedap, korang boleh pilih nasi goreng, mee jawa dan pisang goreng cheese. Nasi dan mee nice portion, tapi pisang cheese tu orang kata untuk celah gigi ja :D

Balik hotel, kami nekad nak ke Alun-alun Kidul dan Jl. Malioboro. Yela, malam terakhir kan, nanti nyesal pulak tak pegi. So sewa la sepeda iaitu basikal untuk pusing-pusing bandar. Rezeki, rezeki, mas kedai sepeda tu offer nak bawa kami ke Alun-alun Kidul dan Malioboro. Alhamdulillah, nasib baik Mas Rangga ada, kalau tak rasanya dah patah balik dah tu sebab sesat :D Sampai di Alun-alun, kami ambil gambar je, tak sempat pun nak naik sebab kejar masa kedai sepeda tutup.

Tempat dilawati:
  • Hutan Pinus
  • Puncak Becici
  • Candi Ijo
  • Tebing Breksi
  • Candi Ratu Boko
  • Alun-alun Kidul
  • Jln Malioboro
Kos untuk hari ini:
  • Hutan Pinus = Rp2k
  • Breakfast = Rp15k
  • Puncak Becici = Rp5k, platform (Rp2k), hammock (Rp10k)
  • Candi Ijo = Rp5k, minuman (Rp8k)
  • Tebing Breksi = Rp5k /3
  • Ratu Boko = Rp110k
  • Sepeda = Rp20k
    • Jumlah = Rp178666 (RM59.54)


Sis-mance? Pffttt.. This picture costs a great back pain, and a great laugh too! :D (*yeah guys, i am heavy you know)






Puncak Bukit Becici

Free hammock for photo!

Foto tebing - Rp2k
Hammock - Rp10k

Bukit Becici - Harga masuk dan bayaran lain-lain mulai 1 Feb 2017

Candi Ijo - Rp5k (harga warga tempatan - berjaya menyamar!)



Tebing Breksi - bayaran masuk seikhlas hati, so Rp5k untuk 3 orang (cukup ikhlas tak? haha)



Candi Ratu Boko - Rp110k harga untuk sunset (termasuk makan malam)






Dinner di Ratu Boko - mee dengan nasi goreng dia sedap gilee, kenyang..
Kebetulan ada sambutan ulangtahun bandar Yogyakarta pada malam terakhir kami kat sini, so ramai gilers manusia kat Jl.Malioboro

Gambar paling proper atas basikal.. yang lain bergoncang kemain.. haha..

Alun-alun Kidul - Rp0k sebab tak naik pun.. hahahha..

Tengah sesat nak cari Alun-alun Kidul - Love this pic! Tq bebeh Sarah snap kan untuk kami. <3

Hari 6:
Last day sudahhh.. TT_TT
Jam 7.30 pagi, Mas Thomas dah ambil kami di hotel untuk checkout. Lepas checkout kami menuju ke Kalibiru, destinasi pertama untuk hari ini. Dari hotel nak ke Kalibiru mengambil masa 1 jam 30 min. Jalan nak ke puncak ni, serius aku adore Mas Thomas boleh bawa kereta macam tu. Dahsyat weh curam bukit dia! Kat Kalibiru ni ada beberapa spot untuk photoshoot. Ada yang berbayar, ada yang free. Tapi pesanan khidmat masyarakat lagi sekali, sila la beratur kat yang berbayar dulu, dah settle baru korang pergi yang free tu. Kitorang terbalik, jadinya tak sempat nak tunggu bergambar atas platform yang kitorang nak sebab kena tunggu 2 jam untuk turn kitorang! :’( Kat pintu masuk Kalibiru ni ada gerai jual seafood goreng yang best dan murah giler! Kitorang borong banyak kat sini. Ketam, udang, ikan bilis, macam-macam lagi la! :D

Next kami ke kilang kueh Bakpia Pathok 25, antara jenama Bakpia yang femes dan sedap kat sini. Lepas shopping Bakpia, kami terus ke Taman Sari – Rp5k. Taman Sari ni istana lama yang diberi nama ‘Istana Atas Air’ disebabkan ada kolam di tengah-tengah istana tersebut. Sini memang lawa, lawa giler tempat dia. Dari Taman Sari ni, korang perlu ke Sumur Gumuling, sambungan istana tu. Jalan sepanjang nak ke Sumur Gumuling tu sangat la hipsturr ok. Lawa! Ok dah lepas ke Taman Sari, kitorang pun pergi la ke airport. Dalam perjalanan tu sempat singgah Indomarket nak rembat ole-ole sambal Jogja dan makanan-makanan lain untuk dibawa balik Malaysia. Indomarket ni macam 7Eleven la kalau kat Malaysia. :D Ada masa lebih sikit, kami singgah ke Pasar Beringharjo untuk habiskan rupiah yang ada. Sampai di airport, sempat lagi rembat PapaRoti sorang satu buat alas perut sementara tunggu flight. Dalam flight, kami order dinner, cover makan tengahari sekali. Haha. Ok done! Tamat sudah short escape ke kota romantis, Yogyakarta. Semoga kite berjumpa lagi, Jogja. <3

Tempat dilawati:
  • Kalibiru
  • Kilang Bakpia Pathok 25
  • Taman Sari
Kos untuk hari ini:
  • Kalibiru = Rp5k
  • Bakpia = Rp35k * 2
  • Taman Sari = Rp5k
  • Supir = Rp2juta / 3
  • Dinner (dalam flight) = RM20
    • Jumlah = Rp746666 + RM20 (RM268.82)


Harga spot-spot foto di Kalibiru

Ayunan - free spot

Taman Sari - Rp10k




Omooo how beautiful is this? #inlove

Tq Mas Thomas, bawa kami jalan pusing-pusing Jogja.. Semoga bertemu lagi ya.. :) (*balik je semua dah jadi Dayang Senandung.. burn teghukk gile kulit.. :D)

Jumlah kos = RM1098.01 (*RM717.60 + RM380.41 (flight 2way))
*TIDAK termasuk duit tandas, ole-ole, shopping

Ok habis dah entri panjangg gile kali ni. Harap akan berguna untuk korang, mana la tau nak berlibur di Jogja nanti kan. InsyaAllah, niat nak datang balik sini, insyaAllah, insyaAllah kalau diizinkan.. <3 #iloveJogja #jogjaistimewa #kotaromantis

**Di Jogja, surau dan masjid memang sangat mudah ditemui, korang tak perlu risau nak solat kat mana sebab even kat tengah hutan pun ada disediakan tempat solat**