Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label kuih muih. Show all posts
Showing posts with label kuih muih. Show all posts

Saturday, 2 July 2016

Tersimpul kasih..~

Assalamualaikum semuanyaaa~~ yuhuuu, apa khabar uolss? Kurang dari 2 hari lagi kita nak menyambut Aidilfitri kan.. sekejap je rasa sebulan Ramadhan, xpuas lagi Ya Allah.. Semoga kita semua dipanjangkan umur untk berjumpa Ramadhan tahun depan pulak.. amiinn.. :) :)

"Tersimpul kasih..~" apa bende yang tersimpul-simpul pulak ni sm oi?? Hahaha.. Kasih tersimpul dengan Simpulan Kasih yang berintikan serunding daging yang sedaaaapppp!! "Dramanyaaaa tersimpul kasih bagaaiiii.." hahahhaha.. biasalah uoollss, hidup ini penuh dengan drama.. haha.. 

Ok, sebenarnya entry kali ni aku nak share cara-cara buat Simpulan Kasih ni.. Nampak mudah, tapi perlukan skill tau nak simpul bende ni.. aku yang beginner ni memang terkial-kial la tangan tu.. hahahha.. tapi bila dah buat banyak tu lama-lama jadi mudah la.. Jom cuba buat untuk tambah dalam balang kuih raya korang tahun ni, best juga dapat buat sendiri sekali-sekala kan.. lagi2 jenis yang memang kuih 'tunjuk' je semua macam aku ni.. kahkahkahkah.. :p

Bahan yang paling penting yang menentukan kesedapan popia korang tu sebenarnya ialah serunding dia tu.. Kalau sedap, jadi sedap la.. Untuk supplier serunding Simpulan Kasih aku, aku kirim dekat member office sebenarnya, ada orang jual serunding yang sedaappp dan muraahhh dekat dengan rumah dia.. sooooo aku kirim la.. bijak kan? hahaha.. Thank you, natrahh!! <3 (*aku akan provide details supplier serunding tu nanti k,. kot2 korang nak order dengan dia juga.. hee)

Bahan-bahan:
Kulit popia
Serunding
Bancuhan 1 sudu tepung dan sedikit air
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
1. Potong kulit popia kepada 4 bahagian.
2. Hamparkan dan letak serunding dalam kuantiti yang tidak terlalu banyak. Susah korang nak simpul nanti kalau padat sangat.
3. Gulung serunding dalam kulit popia, gulung ketat-ketat, rapat-rapat supaya senang nak disimpul kasihnya gituuu..
4. Hujung kulit popia tu, letak sikit bancuhan tepung sebagai gam.
5. Simpul popia korang tadi slow2.. Jangan la ganas benor, koyak pulak kulit popia tu nanti.
6. Tarik hujung simpulan tu perlahan-lahan untuk ketatkan simpulan.
7. Bila dah siap semua bolehlah digoreng dan disimpan dalam balang sedia untuk dingap-ngap.


Sedapnyaaa bila dah ada dalam balang tu, haaa sekejap je kang dah licin.. lagi2 kaki ngap macam aku ni haa.. hahahaha.. ok la, ni ada few videos daripada youtube yang korang boleh usha tengok ye..


Kulit popia jenama KG Pastry atau Kawan ok, aku pernah beli yang jenama len rapuhh baq hang! belum sempat simpul dah koyak.. :(

Isi serunding tu lebih kurang gitu la kuantitinya.

Simpul then korang tarik hujung dia perlahan-lahan, kasi ketat sikit.

Bila dah banyak2 ni, boleh la korang goreng sampai keemasan.. ranguppp gituu~

Selamat mencuba uoollzz~ Sempat lagi ni nak bersimpul sebelum hari raya.. hihihi.. oppss! lupa pulak.. Aku dah janji nak share details supplier serunding tu kan? haa meh ni amik details kat bawah ni.. Serunding daging dia memang terbaikkk!! murah pun murah berbanding kat kedai lain.. :)

Serunding Asli Kelantan
Alamat: Kampung Laut Serunding House Ent, 
Lot 3677, Jalan Tok Morah 2, Kg Sg Merab Luar, 
43000 Kajang, Selangor.
Tel: 019-2225680, 019-2285680, 019-2722528


Until next entry, Assalamualaikum.. :)

Saturday, 25 June 2016

Resepi: Popia Ketam Cheese Tarikkk~

Assalamualaikum uoolllss!! Salam Ramadhan..Waahh sekejap je dah masuk malam ke 21 Ramadhan.. Allahu, kurang dari10 hari lagi Ramadhan akan tinggalkan kita.. 10 malam yang terakhir ni sama-samalah kita jadi 'tamak pahala', kumpul sebanyak yang boleh ye sahabatku tersayang.. Semoga kita diberi peluang oleh Allah untuk bertemu dengan Lailatul Qadar, malam yang lebih baik dari seribu bulan.. InsyaAllah.. ok, now soalan wajib, sihat ke kalian2 nii?? Apa khabar ibadah puasa kita? Yang dah ter'raya' awal tu, jangan lupa ganti pulak ye.. hihi.. 

Nowwww, balik ke tajuk entry kali ni; Resepi: Popia Ketam Cheese Tarikkk~ Haaa, terliur xkorang baca nama popia ni? hahaha.. Serius talk ni aku bgtau korang, nak buat popia ni senang gileeeee.. xpayah masak apa-apa, kecuali goreng popia tu la kan.. hahaha.. Resepi ni sebenarnya aku dapat dari feed Facebook, masa terscroll kat resepi popia ni, peerrrghh dia punya rasa teringin nak makan tu, sanggup balik ofis singgah Giant beli bahan2 nak buat buka puasa hari tu juga.. hahahaha.. ok2, dah cukup bebel, now korang leh usha resepi yang aku tulis kat bawah ni k! :*

Bahan-Bahan

Popia:
1 paket kulit popia (saiz besar)
1 paket jejari ketam
300 gram keju Mozarella
1 sudu tepung gandum
2 sudu air
Minyak untuk menggoreng

Sos:
3 sudu besar mayonis
2 sudu jus perahan lemon
1 sudu madu
1 biji cili padi (diracik halus)
Daun bawang (diracik halus)


Cara-cara

Sos:
1. Campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati.
2. Sejukkan dalam peti sejuk.

Popia:
1. Bancuh tepung bersama air. Bancuhan ni korang akan gunakan sebagai gam untuk popia tu nanti.

2. Hamparkan kulit popia, letakkan jejari ketam dan keju Mozarella. Kuantiti keju tu jangan terlalu banyak, dan jangan terlalu sikit pulak ye.. agak2 sepadan dengan ketam tu ok la tu.

3. Balut seperti popia biasa, dan gam kan dengan bancuhan tepung tadi di hujung kulit popia.

4. Goreng dalam minyak panas hingga perang keemasan. Tos dan hidangkan semasa panas, barulah tarikkkkk kejunya.. hee..




Dah siaapp!! Mudahkan nak buat popia ni.. Resepi semudah ABC, tapi rasa dia peerrghhhh xpuas rasanya aku makan hari tu.. Terbayang2 rasa macam nak buat lagi popia ketam ni.. hahaha.. Few pictures of the popia ketam cheese yang seddaappp sangat2.. Enjoyyy!!


Kulit popia

Jejari ketam


Keju Mozarella

Balut popia korang dengan kuantiti keju lebih kurang macam ni


Nampak taaakk keju cair tuuuu.. Ya Allah dugaan!! :D

Isi dalam popia ketam cheese

Bila dah buat banyak, boleh la korang frozenkan popia ni.. nak agih2 kan untuk bagi kawan2 pun besstt!

Last word, selamat mencuba, selamat ber'popia ketam cheese'.. hahahahaha.. ok la uolss, jam pun ntah pukul berapa dah ni.. time to tutup laptopppp~ Until next entry, assalamualaikum.. :)

Thursday, 23 June 2016

Resepi: Cucur Badak Keledek Manis~

Assalamualaikum semuaaaa~~ Lamanya si SM seorang ni tak menaip kat blog comel ni kan? hahaha.. Soalan wajibbb!! Sihat ke kawan2 semua? Salam Ramadhan buat yang beragama Islam, semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna dan lebih baik dari yang sebelumnya.. hee.. "SM ni tanya orang, dia tu apa khabar? Dah la lamaaa menyepi ye idokk?" Kahkahkah.. Alhamdulillah makin sihat ni uollss, macam2 makan, macam2 sumbat.. sihat kemain.. hahaha.. 

Ok, tutup sudah muqadimah merepek aku, now back to our title kali ni; Resepi: Cucur Badak Keledek Manis~ "Uisshh, manis sangat ke cuq badak SM ni?" Haaa korang kenalah try buat nak tahu manis ke x.. haha.. Alkisahnya cucur badak ni, request dari anak buah tersayang aku tu ha.. dua orang anak dara tu sibukkk sangat nak makan cucur badak acu buat, sedap katanya.. nampak na menipu, aku mana pernah buat cucur badak bgai sebulum ni.. hahaha.. Busy busy pun kenalah cari masa untuk puaskan kerenah dorang ni.. Baik kan acu dorg? ppfffttttt.. hahahaahha.. Ok, korang boleh cuba resepi yang aku bagi kat bawah ni k, senang sangat2! Buat sekali mesti rasa nak buat lagi, gituuu~ ;)

Bahan-Bahan

Inti:
1/2 biji kelapa parut putih
100 gram udang kering
1 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
3 sudu pes cili yang telah dikisar
Secubit gula dan garam untuk perasa
Minyak untuk menumis

Doh:
250 gram ubi keledek manis (warna ungu)
3 1/2 sudu tepung gandum
Minyak untuk menggoreng

Cara-Cara

1. Kisar bersama udang kering, bawang putih, bawang besar dan pes cili sehingga halus.

2. Tumis bahan yang telah dikisar tadi sehingga sedikit kering. 

3. Masukkan kelapa parut dan goreng bersama sehingga kering dan kelapa masak. Anggaran masa adalah dalam 10 minit macam tu. Tengok uga la kelapa korang tu dah ringan ke belum ye.

4. Dah masak, ketepikan dan biarkan sejuk.

5. Untuk doh, basuh dan rebug keledek manis korang tu sampai lembut. Lepas dah lembut, keluarkan dari periuk dan kupas la kulit dia ye. (*Tips!! rebus sekali keledek tu dengan kulitnya, lagi manis dan berkhasiat).

6. Lenyek sampai halus keledek tu, dan gaulkan dengan tepung gandum yang ditambah sikit demi sedikit. Untuk tepung ni, quantiti nya jangan la korang lurus sangat ikut benor2 aku tulis kat atas tu. Kalau dah 3 sudu tapi adunan korang masih melekat-lekat dan lembik, korang tambah la lagi sikit-sikit sampai doh tu jadi nicee je untuk korang bulat-bulatkan nanti.

7. Uli doh bulat-bulat lebih kurang besar bola golf tu, kemudian letakkan inti kelapa tadi di tengah-tengah. Golek-golekkan atas telapak tangan korang untuk pastikan inti tadi tertutup rapi.

8. Ulang langkah 7 sampai habis doh dan kelapa korang. Sementara tu boleh la panaskan kuali dan minyak untuk menggoreng.

9. Goreng cucur badak tadi sehingga warna perang keemasan, jangan sampai hitam pulaakkk!! tu badak jadinya.. :D 


Taraaaa dah siaapp!! Bolehlah dihidangkan sebagai kuih untuk berbuka puasa ataupun moreh lepas terawih pun sodap jugaa ni~~ Senang kan? 1 2 3 je dah siap.. Gituu ayat aku.. hahahaha.. ok la, dah share resepi, share gambar la pulak kan.. hihi.. Kalau korang nak tau, keledek manis ni bila dilenyek dia akan kaler hijau skit.. korang jangan la takut pulaakkk, dah memang warnanya begitu.. hahaha.. rileekkss ok, bila dah goreng, korang makan, peergghh confirm jatuh cinta.. *overnya perumpamaan.. :D


Cucur badak keledek manissss


Inti sambal kelapa yang ummpphhhh!! Dahsyat! :D


Sekarang, list bahan dan ada, resepi pun dah apa, apa lagii uolllss.. pergi la Mydin ke Giant ke beli bahan2 untuk cucur badak korang,k. Selamat mencubaaaa!! <3 Until next entry, assalamualaikum.. :)





Thursday, 7 August 2014

Resepi: Puding Karamel Gebuusssss

Assalamualaikum sume.. Kabare? Waras? Haaa, tudia baq hang, speaking javanese pulak aku ni.. haha.. Harapnya kawan2 sume sihat2 je ye.. yela, kena sihat ni, sebab lepas baca entry ni nak kena pegi dapur dan masak.. "Aiikkkk?? Ape nak masak pulak ni???" Biasanya pagi2 atau petang2 orang suka makan kuih muih kan? haaa, ni cheq nak share resepi simple paling mudahhhh gileeee nak wat puding karamel gebusss yang macam korang nampak org jual kat kedai tu.. hihihihihihi..

Puding karamel ni leh dikatakan kuih bermusim juga la kalau kat Shah Alam ni.. leh jumpa kuih ni masa bulan puasa je.. bulan len hampeehhh satu pun xnampak.. so, aku assume tempat len pun lebih kurang la kan? hahaha.. orang jual kuih boleh la bermusim, perut mengidam nak menelan puding karamel mne lak nak bermusim kan? ok la, cite dah panjang, taip dah 2 perenggan, jommm kite tgk resepi mudah ni dan cuba sendiri wat kat rumah k.. ^_^

      PUDING KARAMEL
      Bahan-bahan: 
- 400cc(400ml) susu segar/susu cair
- 5 sudu besar gula halus
- 3 biji telur- pada suhu bilik
- 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
- 2-3 titik esen vanila

[ KARAMEL ]
- 5 sudu besar gula
- 2 sudu besar air


Cara-cara: 
1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree celcius. Jangan sampai mendidih.
4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit.
6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
7. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
8. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais.

"Macam remeh je.." Mesti korang cakap camni kan?? xde, seriusly ini antara kuih yang sedapp dan senannggg untuk dibuat.. kalau aku yang jarang2 turun dapur ni cakap senang, korang yang hari2 mengasapkan dapur tu apatah lagi kan.. kacang punyer laahh!! heee.. ni ialah hasil puding karamel yang aku wat.. mungkin sebab aku guna loyang yang diameternye lebar, jadi puding karamel aku jadi pendek la skit.. mcam kne penyek gitu.. hahaha.. penyek xpenyek, janji rasanya uummpphhhh!! terangkat habis!!! 


Selamat mencuba!!!! dah wat nanti sharing2 la k.. heee.. ^_^ ok la, mata pun dah layuuuu je ni, selamat malam ye kawan2.. until next entry, Assalamualaikum,.. :)

*eh lupe pulak nak kreditkan resepi ni.. thanks sis Hasue untuk resepi yang bessstttt ni.. kawan2 nak usha resepi len leh la blog walking kat blog sis ni ye..^_^  http://sue-hasue.blogspot.com/    


#prayforpalestine #prayforgaza #supportgaza

Friday, 21 December 2012

minat baru~ :)

Assalamualaikum w.b.t sume.. alhamdulillah masih diberi kesempatan nak berblogging, menjenguk blog ke ni.. well, well, entry yang lepas aku ada cite yang itorang dah mula ber'mid term' kan?? so keberadaanku skrang ni di SHAH ALAMMMM!!! yeeaaahhhh!! xkisah la bpe orang pun yang cakap s.alam ni bosan ke ape ke, s.alam tetap dihatiku uoollzzzz~~~ hahaha.. dh dari perut mak lagi dh stay s.alam an, mne xsayang nye negeri yang aman damai ni?? cehhhwaahhh.. :D

ok la, alkisahnya nak cerita tentang minat baru aku sejak berjinak2 dengan orang2 bisnes ni.. seperti yang kita tahu, ada hadis yang mngatakan tentang 9 daripada 10 rezeki adalah datangnya dari bidang perniagaan.. btul2, kalau nak dibandingkan dengan bekerja makan gaji, orang kata, gaji kita fixed setiap bulan, kalau kerja keras skit, adalah nek dalam berapa peratus je.. lain pula kisahnya dengan bisnes ni, apa yang kita dapat setiap bulan tu bergantung la pada effort kita sendiri.. makin rajin, makin banyak la kita pulun kan? kalau agak2 kurang shat badan tu, kurang la skit incomenye.. so, kebanyakan orang bisnes ni memang perlukan kerajinan yg konsisten ye.. susah tu nk dapat semangat cmtu, tp ble tgkkan incomenye, mgkin bersemangat la kan?? hehe..

bermula dari sem lepas sebenarnya dah mula berjinak skit ngn bisnes ni, tp skit je la jinaknye.. masa tu berkolaberasi ngn cik abg, EWAN MAZLAN, ktorg tolong jualkan kopi miss wan.. kopi bukan sebarang kopi eh, kopi mineral dari Hai-O, best sgt kopi ni.. try sendiri baru leh tau apa kelebihannye, gitu.. tapi sem lepas tu just anggap tolong miss je, xde brniat nk bisnes btul2 pun.. tapi segala semangat baru ni aku dapat lepas aku ngn syamimi mengikut miss wan pegi satu talk tentang bisnes di kajang.. well, sangat scary gak mula2 tu, sbb semua orang yang berada dalam talk tu semuanya aura yang positif, bersemngat gle!!! "ok, aku perlukan masa nk biasakan  dri ngn dorg ni.." dalam seminggu lpas balik dari kajang tu, hmm ada la terfikir nk berbisnes kecil-kecilan.. since modal pun xde sangat kan, so kita mulalah dengan yang kcil2 je.. insyaAllah slow2 kita naikkan dia nnt.. insyaAllah, amin ya Allah.. :)

dalam hdup ni, banyak yang kita nak kejarkan kan? di dunia mahupun di akhirat nanti.. masing2 ada kepentingannya, klu fikirkan dunia je, sesat la, klu fikirkan akhirat je pun xseimbang lak dengan fitrah kita an? sama gak ngn aku, nak mncari duit lebih bukan kata nak berjoli, tapi bila dah agak2 umur 20 ni, dh kne plan la tuk masa depan an.. tuk pembelanjaan study, tuk berbakti kat mak ayah, at least dorang merasa la duit anak2nya ni kan, pastu macam2 lagila, termasuklah menabung sedikit demi sedikit tuk majlis perkahwinan puteri bongsu EN MUNIR & PN ZUBAIDAH ni.. entah bila tiba saatnya, just bersedia dari awal je.. biasalah klu dah berangan pasal kahwin tu, nak tema itu, tema ini, nak wat kat tasik la, kat gunung mne la, bukit bukau mne la, nk unik la katakan.. macam2 berangannye, klu xde ongkos nye, gimana mau merealisasikan impian sume ni??? hmm, hanya tinggal sekadar angan2 mat jenin je la.. hahaha..

ok la, macam dah xtau nk merepek apa, better la aku stop an.. dah ngntuk sebenarnye ni, tu yang meraban je aku dalam blog ni.. haha.. sory r uoolllzzz klu mmbosankan ye.. *mmg mmbosankan pun entry kali ni.. kuikuikui.. ok2, dah2 nite2 everyone, mimpi2 indah k..btw, rindu sgt ngn  SI BUNCIT EWAN MAZLAN ni.. sdikit note buat cik abg:

p/s: whai si dia yang jauh dimata, sentiasa ku igt drimu dalam setiap doaku, setiap sjudku.. ku kirimkan salam rinduku melalui angin, ku harap dikau dapat merasa kerinduan ku terhadapmu yang xterkira tingginya.. walaupun kejauhan, ku harapkan jarak ni sebagai peluang tuk kita masing2 mmperbetulkan kesilapan diri, kekurangan diri kita, insyaAllah.. smoga jarak ini menjadikan kita dri yang lebih matang, lebih bersedia mghadapi cabaran, dugaan yang Allah berikan.. smoga jarak ini juga menguatkan lagi kasih antara kita, berlandaskan kepercayaan, kesetiaan, kejujuran dan sangka baikkkk aja selalu ye.. hehe..


bismillahirahmnirrahim...
ya Allah, jika benar dia yang telah Kau jodohkan untuk aku, permudahkanlah segala urusan kami, kuatkanlah kesetiaan kami, limpahkanlah rezeki yang merimpah ruah buat kami.. namun, jika sebaliknya takdirMu ya Allah, ku mohon, redhakanlah hati kami.. jauhkanlah kami dari terus sayang menyayangi ya Allah.. ku mohon, kuatkanlah hati kami, kuatkanlah ya Allah supaya kami trus redha dengan apa jua takdirMu.. amin, ya rabbal alamin.. :')

Thursday, 20 December 2012

selamat bercuti~ ;) wink, wink..

Assalamualaikum w.b.t kwan2.. alhamdulillah, ada rezeki nk meng'hupdate' blog CoTCET mRs.SM ni.. syukur2.. sperti biasa, shatkah kwan2?? cik abg syg ku, shat xawk kat sana tu? hehe.. mesti sihat kan, bahkan makin sihat.. tambah2 buncit perut ngn buncit pipi tu an? haha.. :D *uuoopppss, sory ye, jgn marah..~ ;) dah beberapa hari xmenjenguk blog ni, byk gak story yang terkumpul.. menunggu masa je nk ditaip dlam blog ni.. haha.. btw, hari2 ku di uitm ni hmmm xterlalu busy, xjugak terlalu lapang.. walaupun hanya dua subjek je yang aku amik sem ni, dua subjek tu la subjek killer so need more time untuk fokus study, pahamkan, wat latihan sendiri kat umah.. 

"haaaaahhhh???? syafiqah wat latihan sendiri???? keajaiban!!" haha.. mesti korang2 yang dah biasa ngn aku pikir cam tu an? hehe.. sebenarnya, sem ni semangat baru, macam yang dalam entry dulu tu, semesta baru, suasana baru, kawan baru dan.. SEMANGAT BARUUU!!! :) jadi segala perlakuan, tabiat sume kena la tukar, sdikit demi sedikit kan? means, yang mne kurang baik tu, cuba2lah hapuskan, mana yang baik lak, keep it up!! gitu~ haha.. aku pernah tanya kawan aku, fatin aqilah, ape cara dia study.. sebabbya, bpaklah bijaksana kawan aku sorang ni, every sem pointer 3.8 keatas beb!! wooww, serius respect sgt2 kt ko weh.. so katanya, setiap lecture tu dia akan rakam pastu dengar bila study balik kat bilik or kolej.. sbenarnya teknik ni aku dah ada niat nak try masa aku sem 5 dulu, tapi biasalah mnusia, mudah lupa, mudah alpa kan? so, alih2 niat ke mana, rakam ke mana.. hahaha.. alhamdulillah sem ni, azam baru, aku mula rakam setiap lecture.. ada la efford tuk berubah skit an? hehe.. walaupun cinenot je efford, but still an efford ok?? haha.. :D

bila dah masuk minggu yang ketiga ni, alhamdulillah, Allah kuatkan hati aku, Allah kuatkan semangat aku, Allah berikan ketenangan kat aku, aku dah mula terbiasa hidup sendiri.. sorang2.. even, bile berteman ni aku rasa pelik lak.. hahaha.. itulah kuasa Allah taala kan, benda yang aku rasa aku memang xboleh buat, benda yang aku rasa aku xkuat sangat, alhamdulillah, Allah jadikan itulah kekuatan aku sekarang.. syukur ya Allah, Kau angkat doa hambaMu ini.. :') "setiap dugaan tu Allah akan bagi setakat mana hambaNya mampu tanggung dan setiap dari dugaan tu akan ada pelangi sebaliknya" , kehidupan aku sekarang alhamdulillah makin bahagia kot..??? hahaha.. bukanlah maksud aku dlu ada kwan2 aku xbahagia, tapi sekarang ni macam rasa tenang sangat.. rasa rilek sangat.. mgkin aku dah xpayah kisah nak jaga hati orang, jaga hati kwan2 since mmg xde spe2 kat sini an? pastu mungkin, semua benda skrang bergantung kat diri aku sendiri, salah, salah aku sendiri, betul pun, sendiri punya betul la.. gitu.. paham x?? ttbe aku pun dah terkonfius ngn ayat tu.. hahahaha.. :D

cara aku bersosial skrg ni, on9, then jalan2 menikmati keindahan alam Allah, on9 lagi, lepak2 ngn lecture, borak2 skit ngn dak2 kelas.. hahaha.. bersosial ke tu, syafiqah oi?? :D tapi itulah rutin harian aku, bgun pagi, on9 jap, g kelas, balik kelas, klu rajin g mkn luar, kalau xbrapa rajin makan kat umah je la.. pastu study smpai rse badan dh penat, selalunya malam la, then msuk bilik on9 jap, then sadakallahulazzim, nite2, tdo la.. hehe.. bosan kan bagi korg? tapi inilah kehidupan yang aku dapat merasa ketenangan sekarang ni.. syukur, kesederhanaan yang membahagiakan.. :) aku bersyukur sbenarnya, Allah tarik kawan2 aku jauh dari aku, tapi Allah hadiahkan seorang roommate baru aku yang seriusly aku betul2 bersyukur kenal dia.. org kata, ngammm je bile ngn dia, xde la krik2 moment ke pe ke.. ok la, best, mmberi inspirasi sebenarnya kwan aku sorang ni.. syukur2..

bebel punyala pnjang, cite dia nak gtau pasal dah mula cuti je... hahahaha.. smpai dah 4 perenggan bebel xabis, soryy la uoollzzz, excited dah lama xhupdate kan? hahaha.. ok la, sebenarnya nak gtau yang ktorang akan mula bercuti tuk krismas + mid term + new year mulai esookkkkk!!!! yeeaaahhhhh!!! diingtkan, hari ni hari khamis ye kwan2.. haha.. so, sok petang aku akan amik bas ke s.alam.. waaahhh, xsabar nak balik umh, mkn mak masak, jmpa si kecik syahran tu.. aaaiihhhhggghh, betul2 xsabar nak balik.. smoga perjalanan ku, perjalann kawan2ku yang lain dipermudahkan.. semoga cepat je smpai umh masing2 an..insyaAllah, amin..

walaupun bunyi dia "CUTI" tapi rasanya macam tak kot.. almaklumla, saya si budak tembam comel ni kan nak berpraktikal, so kenalah mncari tempat2 yang sesuai tuk wat praktikal.. pagi tadi madam suriana AKA PA kami dah bagi tugasan, "cari tempat korang nak praktikal, pilih la yang agak2 elaun tinggi ye.." kuikuikui.. leh tahan madam ni, baiklahh!!! paling tinggi punyer saya akan pilih.. hahahahaha.. :D ok la, dalam kepala ni adalah beberapa tempat dah, just xpasti syarikat ni amik ke xstudent praktikal kos sains komputer ni.. hmm, harap2 at least satu la yang terima.. amin.. 

ada story yang best lagi nak cite, tapi di entry yang akan datang k.. wat semak je kat entry ni nnt.. hahahaha.. :D oklah kwan2 sume, yang still bergelar pelajar uitm, selamat bercuti diucapkan.. jangan lupa selesaikan misi yang madam bagi tu ye.. kpada yang ex-student uitm ataupun lagi sopannya alumni uitm, selamat bercuti gak!! xkira, sume pun selamat bercuti..!!!!!!! hahaha.. ok la, mood sengal dah mai, sebelum merepek meraban lagi baiklah aku ttup entry ni.. ok, until next entry!! buubbyyeeee, assalamualaikum.. :)




packing! skit je bwa balik bju, well bobo ngn meon tu tinggal melaka ye.. xckup tgn nk bwaa!!!! :D

Friday, 14 December 2012

2 days of happiness..~ :)

Assalamualaikum w.b.t sume.. hmm agak lame ye blog ni kesepian tanpa entry baru.. huhu.. lama xlama sangat la kan?? hahaha.. rindu gle nak update blog ni, macam2 nak kongsi story ngn korang tapi mood tu jarang la yang datang.. haha.. lgpun biasalah bila dah mula kelas kat uitm ni, mmg agak kemalasan nk mngarang ayat nk update blog ni.. on lp stakat nk on9 jap, nk wat kje ke, tgk movie skit ke.. hahaha.. itula realiti kehidupan pelajar ipt.. cehceh.. poyozz aje ayat aku ni an? haha.. :D

ok la, kisahnye entry kali ni, dua hari kebahagiaan.. translate gitu.. haha..12/12/12 adalah satu tarikh yang cantik kan? bak kata org, kita perlu mnunggu seabad lgi tuk kuar tarikh yang patternnya sama dr ari, bulan dan tahun.. (ke dekad eh??) tarikh ni, mmg seriusly ramai la pasangan2 pengantin baru yang melangsungkan majlis akad nikah mereka.. ye la, ari khamis, bersamaan malam jumaat kan.. keberkatan disitu.. kepada yang telah pun melagsungkan perkahwinan anda, tahniah diucapkan.. smoga bahagia, kekal hingga ke akhir hayat, insyaAllah amin.. :)

jadinya, ape lak kaitan org kawin ngn aku??? hahahahha.. :D bukan la korg, aku lum lagi masuk cte pasal aku ni.. hehe.. sbnarnya, 12/12/12 ari tu, segerombolan manusia2 dari melaka, johor, negeri sembilan dtg berkumpul di melaka, uitm lendu ni.. hmm segerombolan bunyi cam byk nau.. hahaha.. kwan2 yang aku rindu, cik abg syg yang mmg xterkata rindu aku kat dia, datang tuk wat clerance dorang as student diploma.. alhamdulillah, syukur Allah s.w.t bagi kesempatan tuk aku jmpa kwan2 yang sangat aku rindu.. syira, yana, spark, adhwa, tapa, alia, bunny, farah dan semestinya ewan mazlan.. hohohoho.. :D

"xde r segerombolan mana.." dh agak dh, msti korg ckp cmtu punye.. haha.. mmg la, aku an suka je berhyperbola an.. hehe.. aktivitinya?? lepaking, boraking, makanking.. haha.. asal makanking tu pelik sgt je bunyi dia??? huhu.. hepi gle sbb dh lama au xrasa makan smbil gelak2, story2, sambil membahan org. haha.. serius rindu gle.. lepas juga la rindu aku kat kwan2 kan? tempat yg dituju, seperti biasa, jusco la mne lagi.. mmg situ je la tmpatnye ble nk reunion cm gini pun situ gak yg mnjadi pilihan.. haha.. tapi, dalam hepi2 sbnarnya agak sadis gak aku tgk cik abg aku ni.. xshat.. demam, sakit tekak,xbermaya je muka... huhu.. terharu sbnarnya dia sggup gak trun melaka dalam keadaan cmtu, " i dah jnji ngn dorang, tu yang turun gak.. xlarat sangat sebenarnye.." thanks syg, disebbkan janji u ngn kwan2, i leh gak jmpa u an? :')

sme2 spend time malam tu, destinasi terakhir, pantai klebang.. :) hmm, byk kenangan kt sni.. teringt first2 date dlu, ktorg tgk sunset kt sni.. then tringat datang ngn ara ngn awe don, mkn donat kt tepi pntai tu.. haihh, byk lagi la, xmmpu nk tulis satu2.. hehe.. sebenarnya aku tau sgt cik abg ni lapar gle2 sbbnya last dia mkn ptg, tu pun stakat bubur semgkuk je.. huhu.. perut lelaki lak, mne ckup.. sedangkan aku pun xckup au klu makan tu je.. smpai2 je kt klebang tu, smntara tgu dak2 yg len, cik abg kata nk mkn burger.. ermm, aku agak was2 gak nk bg dia mkn sbb bygkan makan nasi pun sakit, inikan pula burger, mstila lagi sakit tekak tu.. huhu.. tapi nak wat cmne, mmg xde la nk cari bubur nasi kt klebang tu.. akhirnya mkn je la.. ya Allah, peritnya aku tgk dia mkn.. serius kesian weh, sakit kot.. nk telan pun keruk2 je muka tahan sakit.. huhu.. time tu seriusly aku rasa aku ni gf yg sgt2 jahat, pentigkan dri.. serius nk ngis, serius.. aku tau dia lapar, tapi aku ni pntgkan dri je, nk jln2 spend time konon, xajak pun dia g mkn.. npe la aku xbwa dia g mkn bubur drpd brjlan xtntu arah mlm tu.. huhu.. i mnta maaf, syg.. i btul2 mnta maaf.. :'( xkisah la kwan2 ckp aku tatp muka cik abg time mkn tu, tp serius aku xmmpu nk alihkan pndangn mata aku dr tgk dia.. klu la bleh aku kongsikan sdikit sakit dia tu, kurangkan sikit sakit dia... :(

malam pertama reunion brsama kawan2 just end kat klebang.. balik tu masing2 mmg dah ngntuk, penat berborak gamaknye.. hehe.. penat xpenat, ngntuk xngntuk, adalah dalam sejam gak aku berborak ngn syira sbelum tdo tu.. haha.. macam2 cerita kuar, teringat dak2 kelas, dak2 dorm.. lawak je.. serius aku hepy gle syira tdo umh sewa aku mlm tu, yela, dh lme kot xtdo ngn dia, rindu bhai.. haha.. dak2 ni balik umh masing2 sok, so, hmmm nk wat ape ye last present aku tuk dorg???? :)

bgun2 je pagi tu, bersemangat waja, masak bubur nasi tuk cik abg.. yela, xbreakfast cmne nk drive jauh2 kan? huhu.. berbekalkan ilmu yang mak ajar aku, plus sdkit pengawasan dr syira, taraaaaaa bubur nasi bersama sosej ayam siapp!!!! hehe.. smbil2 tu, wat juga la air asam jawa, kebetulan ada asam jawa kat umh.. siaplah satu hdangan breakfast plus lunch cik abg.. beria2 masak tuk dia, aku ngn syira nk mkn ape??? hahaha.. so dh selesai msak bubur tu, mulala operasi cekodok lemak manis aku.. sbnarnya smlmnya lagi nak try masak cekodok tu tp xberkesempatan.. so, dh alang2 nk mkn pagi ni, aku wat je la.. again, sdkit pegawasan dr syira, taraaaaa cekodok lemak manis siapp!!! haha.. agak keras skit, tp hmm sumbat je la.. haha.. agak cuak gak aku tgk cik abg mkn bubur tu, sbb first time dia rase makann yg aku mask.. haiihh, macam peserta masterchef yg makanannya dirasa chef2 juri au.. gitu la perasaan aku time tu.. berkerut2 aku tgk si ewan mkn, alamk xsdap ke?? huhu.. baru aku sedar masin skit so ble mkn bnde masin tekak yg luka tu sakit skit sbb garam an.. next air asam jawa lak.. wooooo, lagi la.. mggigil weh dia mnum air tu.. sakit, pedih wehhhhh.. huhuhuhuhu.. nk wat cmne, mnum la smpai abis, ubat tu.. huhu.. sadis btul la ewan ni.. huhu..

lpas ewan mkn tu, g singgah umh amy.. rindu kat dia, borak2 kul 2 bru gerak g u blik.. hehe.. aku teman syira clerance, cik abg lak dh nk geark ke kluang trus. huhuhu.. beratnya hati nk lepaskan dia balik, tp mmg kena balik pun.. huhu.. lpas je cik abg blik tu, ktorg pun melalah bergerak kesana sni nk wat clerance.. memandangkan xsmpat dh nk kjar bas blik seremban, syira tdo lagi kat umh aku.. hihihihi.. ptg tu ttbe tapa ngn spark ajak kuar, hmm nk g mne lak dak2 ni.. ble ditya xnk gtau.. ape da.. rupa2nya, destinasi ke taman tasik ayer keroh!!! waaaahhhhhhh, xcited kemain aku sbb disinilah tempatnya memori bersama kwan2 tercipta time part1 ngn part2 dlu.. macam dak2 je ktorg men buian.. pastu nek paddle bot..  dalam fikiran aku "klu la ewan blik esok, leh spend time ngn dia kat sni" huhu.. sbnarnya, pergi taman tasik ayer keroh ngn cik abg ni aku plan time part 4 dlu, bygkan dh stahun xdpt pegi2 lagi.. hahaha.. leh tahan sengal aku ni, asyik trlupa je.. huhu.. lpas berpaddle bot tu, kami ke umh tapa, tgk tapa sembelih kambing.. sejujurnya, ni first time aku tgk org smbelih haiwan dpan2 mata sndiri.. slama ni klu korban tu, xpernah nk tgk, takut darah la katakan.. huhu.. agak pening2 mual2 gak aku lpas tgk tapa mnyembelih dan lapah kambing tu.. tapi pengalamn, terigin nk tgk, akhirnya dapat gak.. alhamdulillah.. :)

lpas maghrib apa lagi, tgk bola la ktorang.. tmpatnya, restoran kt pengkalan.. hmm kenangan oh kenangan.. satu demi satu menerpa masuk je dalam fikiran aku ni.. keputusan bola mlm tu, kalah uoollzzz.. sadis tul tgk padang dia, teruk.. pemain pihak lawan pun haihh men ksar je.. si pengadil yg hampeh tu lg la cam sengal.. agak tensi aku tgk bola mlm tu.. tensi xtensi terkebil2 gak aku tgk.. rasa badan ni penat gle, kepala ni berat je.. bak kata spark, effect tgk darah ptg td la tu.. huhu.. ye la kot agaknye.. lpas bola, dorang antar balik, aku mmg dh tertdo dlm kete.. penat sgt3.. dah smpai umh lbih kurang kul 11, tp xmasuk2 sampai kul 1.. hahahha.. mengong kan? dok berborak kt dpan umh tu, mne nk msuk.. hehe.. mcam2 story, lwak, sedih, bengang sume kuar.. 5 sem dgn dorang, kenangn tu xyah ckp la byk mne.. hehe.. 

msti korg bosan je bce blog aku ni.. byk nau tulisan.. hahaha.. xpe, xkisah, just aku nk luahkan je semuanya dlm blog ni.. thanks la kpda yg mmbaca smpai abis tu, tabik spring!!!! hahaha..

xde byk gmbar pun smpat disnap.. terlupa abis nk amik gmbar, rancak je berborak msing2 an.. hehe.. btw, still, few pics.. :)

bumblebee ewan.. huhu.. ble la dpt nek lg kan? hehe..

berpaddle bot di tasik ayer keroh.. spark, tapa, syira.. aku? bhide the scene.. haha.. :D

sepetg di umh tapa.. :)

si tembam yg tembam!! haha.. smoga cpt baik tekak tu k syg.. huhu..

ok la, smpai sni sja entry kali ni.. just hopefully len kali dpt la lepak sme2 ngn korg mcm ni lg.. insyaAllah, jika ada rezeki k.. btul2 have fun 2 hari ni.. msuk hari yg ketiga je, brmulala khidupan aku yg pegi klaz balik klz tu.. hahaha.. btw, ni la perjuangan sbgai seorg plajar an.. :)

until next entry, assalamualaikum.. :)

Friday, 7 December 2012

semesta baru, suasana baru, kawan baru dan... SEMANGAT BARUUU!!! :)

Assalamualaikum w.b.t sume!!!! waahhhh, semangat2!! hahaha.. ok la, soalan pertama dan soalan wajib setiap kali aku mmbuka entry baru, ape khabar kwan2?? sihat kah? bahagiakah?? hehe.. harap2 sumenya sihat, berbahagia bersama family, kawan2, teman2.. insyaAllah.. aku?? hmm jangan ditanya sih.. hehe.. xde la, alhamdulillah dikurmiakan ksihatan yang brpanjangan, smoga trus sihat.. amin.. :)

ok la, tajuk entry kali ni "semester baru, suasana baru, kawan baru dan... SEMANGAT BARUUU!!! :)".. so officially keberadaan aku skarang ni adalah di MELAKA BANDAR BERSEJARAH!! bukan di shah alam lg ye.. hehe.. tarikh 2/12/12 yang lepas, merupakan hari aku meninggalkan rumahku syurgaku tuk sambung semester di melaka ni.. perasaan ketika itu?? sedih, xbrsemangat, lemau je.. yela, mana xlemaunye, kwan2 seperjuangan aku yang dlunya mmg berkepit je skrg dah xde dah.. masing2 dah melangkah ke dunia yang baru, dunia yang lebih mncabar daripada diploma ni.. cuma rezeki aku lmbat skit dari dorg.. insyaAllah aku percaya satu ari nnti msti aku pun akan jadi macam dorang, masa menentukan segalanya kan? hehe.. 

how's my days without them?? hmm cuba korang bayangkan diri korang di tempat aku.. korang rapat sgt ngn kwan2 sekelas, sebilik.. pergi mana2 msti ada dorang, wat ape2 pun msti dengan dorang.. bayangkan tetibe satu ari tu korang terpaksa melalui hari2 yang sama tapi tanpa kehadiran dorang.. korang sorang2, pergi mana2 pun xde yang teman, wat ape2 pun sume sorang je.. hmm seriusly mungkin still xdpt sama ape yang aku rasa dgn ape yang korang bayangkan.. hehe.. sje je nk suh korang berangan2 skit an.. hahaha.. :D

btw, ari2 ku tanpa kawan2 seriusly sunyi sgt.. rse macam lmbatnya la masa tu berlalu.. masa hari pertama sampai melaka, lalu bndar alor gajah, ya Allah Dia saja la yang tau perasaan aku masa tu... btul2 rasa nak nangis, tapi aku cakap ngn diri aku, "kuat syafiqah, kuatt!!! ko bleh hdup tanpa dorang, ko kne kuat sayang!! tahan airmata tu, tahan hati tu.. semua ada hikmahnya, ingat janji Allah.. astaughfirullah halazzim, astaughfirullah hallazzim~.." begitula aku trus beristighfar byk2 spanjag perjalann tu supaya Allah kuatkan hati aku.. syukur, aku xnangis masa mak abah antar dpn umh sewa.. :) 

kemas2 barang, rindunya ngn syira, yan, mira, tyra, faezah, ira, shasha, ekyn.. kalau dorang ada dgn aku, msti kemas brang gelak2, story mory xabis2 smpai nk tdo pun story lgi.. haha.. teringat knangan tu mmbuatkan aku xterdaya dah nk menahan mutiara jernih ni dari mengalir.. aku biarkan je dia mengalir bebas di pipi, mngalirlah airmata, harap inilah kali terakhir kau mengalir disebabkan ini.. :'( akhirnya aku trtdo sambil mngangis tringtkn kawan2.. esok bermulalah kelas aku tuk sem baru ni, dan aku sedar ini barulah permulaannya.. banyak lagi cabaran aku kne tempuh di masa hadapan, aku xleh terus terikat ngn bayang2 kenangan bersama mereka2 yang dah xde kat sisi aku lagi skrg ni.. aku kne kuat!! itu matlamat aku.. 

kelas pertama, semangat punya pasal, bukn men awal aku kuar umh.. klas kul 2.30, kul 12 aku dah kuar.. hahaha.. sengalkan?? :p ada plan sbnrnya, nk tgk jadual, pastikan btul2 tempat masa sume.. then nk survey kerja.. tapi xsgka lak skjap je rupanay aku dh settlekan dua2 bnde tu.. dalm kul 1 aku dh xtau nk wat ape smntara tggu klz.. huhu.. jln2 dlm kmpus, g library ttbe terdengar suara gelak2 kwan2, terbayang ktorg brgurau senda.. dh!! aku xnk pndang library lg.. dlm hati kata, kuat syafiqahh!! then jln lg lalu dpan dataran keris.. lagi skali terbyg krusi yg kosong tu dipenuhi dgn byangan kwan2 waktu kitorg study sme2, lpak sme2.. dahh laaaaa.. aku xnk dduk kat dataran keris ni lagi!! "mne aku nak lari ni ya Allah, mne aku nk pegi utk aku lupakan segala kenangan tu.." ttbe aku rse penat sgt badan ni, dduk la kt library bwah.. sje aku pilih meja yg ktorg study sme2 time final dlu.. segala emosi aku, segala perasaan aku, aku lpaskan.. segalanya aku lepaskan!! betapa kuatnya rindu aku kt kwan2, betapa aku sangat2 mghargai segala kenangan tu.. tringat pesan bunny, pesan ewan, "syafiqah, ko kne kuat tau! blaja rajin2, kuatkan semangat, jgn sdih2 k.. nnt klu ada msa ktorang datang jumpa ko au.. syg ko!! ".. biarlah airmata ni yang mnjelaskan segala.. kisah pulak aku an ada satu geng ni pndang2 time aku tgh lyan perasaan tu.. hhahaha.. tp pkir2 balik bapaklah sadis aku ni ngis sorg2 kt lib time ari pertama msuk klz.. hahahahahaha.. :D

tamat je kelas ari isnin tu, aku nekad!! aku xboleh lagi sedih2, aku kne igt tujuan aku, niat aku dtg sni.. aku nak blaja, aku nk grade macam kwan2, aku nk banggakan mak abah, aku nk berjaya!! apa guna aku dtg melaka ni klu hati aku still lagi terikat ngn semua kenangan tu.. apa guna aku truskan stdy aku sem ni klu duk melaka ni nak ngis je kje..??!! dengan semangat yang baru tu, aku tersedar dr mimpi aku.. aku kne btul2 kuatkan hati.. btul, bukan semua orang mmpu jadi kuat ble berdepan ngn situasi macam ni, tapi xmustahil dengan izin Allah kan?.. roommate bru aku, suraya, slalu ckp, "walau serapat mna pun kita ngn seseorang tu, walau sehebat mne pun persahabatan yg dibina, akan ada satu masa nnti kite trpaksa move on tanpa kehadiran dia.." btul kata dia, dan dgn segala semangat yg ntah dari mana aku kumpulkan, alhamdulillah, skrg aku dh xngis lgi ble trigat kwan2.. once ble terlintas je dihati ni ttg dorang, aku akan mendoakan supaya dorang merasakn rndu aku trhadap dorg, supaya dorang shat2, hepy2 brsama family.. insyaAllah, amin.. :)

semester baru ni, ramai gak kawan baru yang aku dapat.. housemate aku yang xpernah aku kenal pun sebelum ni.. memey, kwan suraya yang sangat baik, sempoi dan klakar.. haha..:D they make my day, walaupun baru kenal tapi alhamdulillah, ok jugala kwan ngn dorang.. at least ada la yang mengisi kekosongn dalam hati aku ni tanpa kwan2.. "yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti" bak kata malek dan black dalam lagu Teman Pengganti tu an.. hehe.. tapi xde ape yg boleh mnggantikan segala kenangan tu, mmg xkan pernah aku lupa, 5 sem bersama korg.. smoga aku trus diberikan kekuatan oleh Allah utk hadapi segala ujian, halangan dan dugaan sepanjag sem 6 ni.. insyaAllah.. 

ok la, pnjg bonar dah cerita kisah sadis ni an.. btw, hepi ending!!! hahaha.. semoga terus tenang hati ni, semoga sem 6 ni aku mnjadi btul2 fokus, bersemangat!! yela, dh xde geng nk kuar jln2 berfoya2 lagi an.. dh xde kereta nk g mkn kt pgkalan lg..  hahahaha.. :D duk umh, memasak, mkn tdo jela aku ble xde klas.. xpe syafiqah, bas ada, kete sewa pun ada, xde hal k.. *nk juga berjalan tu.. :D ok la, sdikit pics umh sewa baru aku.. hmm dapur kami ni sntiasa berasap tau, yg dduk dlm umh ni chef2 lak, mne xberasap an?? hikhikhik.. poyoossssszzz aje.. :p

dapurrr~ baru lepas msak lauk tuk lunch.. :)

katilku..~ (??) meon xkan trpisah ngn bobo.. haha.. :D

meja belajarku yg comel.. berangan ala2 dak tadika an, mje meriah ngn gambar.. :D

ok la, itu saja entry kali ni.. aku mnharapkan kwan2 mndoakan yg terbaik untuk aku dan mereka2 yang still ada dgn aku kat sni.. doakan smoga segalanya brjalan lncar, smoga semuanya brsemangat waja nk stdy sehabis baik!! insyaAllah amin.. kpda kwan2 yg mnunggu tuk kmasukan degree, aku doakan smoga korg trus sukses!!! hrap2 la dpt kt s.alam, senang skit nk jmput klu ada wat knduri an.. eeeeehhhhhhh??? haha.. jgn la salah phm, knduri aqiqah ke, knduri doa selamat ke.. gitu.. :p

ok la, tamat sudah la entry sedih2 ni.. lpas ni no more sadis2 k syafiqahhh!!! hihi.. gud luck tuk diri aku, gud luck tuk kwan2 yg still kt melaka ni, n gud luck tuk kwan2 yg tggu offer degree.. insyaAllah ada jodoh ada rezeki kita jumpa, lepak sme2 k!!! sayang koraanngggg!!! muuaaaaahhh.. ha hambik ko.. haha.. :D

assalamualaikum.. ;)



Saturday, 24 November 2012

resepi - craving for DURIAN CREPE!! :D

Assalamualaikum kawan2.. new entry lagi tuk ari ni.. haha.. seperti tajuk entry kali ni, ceritanya mestilah berkenaan dengan DURIAN CREPE' yang seakan-akan seperti satu trend lak sekarang ni.. dah 2 orang yang aku kenal try sndiri mmbuat durian crepe ni, xkurang juga yang craving sssgggttt3.. well, sekarang kan musim durian so memang makanan berasaskan durian expecially dessert durian crepe ni mmg sangat terkenal dalam kalangan suri rumah, xkurang juga penggemar2 resepi2 baru.. aku pun sebenarnya teringin gak nak try wat durian crepe ni.. ber'googling2' td nmpak macam agak simple resepinya, bahan2 yang mmg mudah nak dapat, cara atau method yang xtrlalu complicated.. hmm, insyaAllah, kalau sempat, inilah hidanagn yang wajib aku wat sebelum balik melaka... insyaAllah.. :)


dah bercerita panjang ni, baiklah aku post resepinya kat sini kan.. manala tau kawan2 leh la try cuba.. seriusly sangat simple.. check it out!! :)

RESEPI 'DURIAN CREPE'

BAHAN BAHAN
250 gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanila
3 biji telur saiz sederhana
500 ml santan
1/ 2 sudu kecil garam (atau mengikut citarasa)
1 sudu kecil paste pandan/pewarna makanan
1 sudu besar  butter di cairkan 
350 gm krim (dalam kotak)


CARA CARA
  1. masukkan tepung, esen vanila, santan, garam, telur dan blend menggunakan blender. method ni untuk pastikan adunan kita betul2 halus..
  2. sementara blend tu, leh la panaskan mentega tu dalam pan dan tuang mentega yang telah dicairkan tu dalam adunan dan blend bersama lagi. 
  3. akhirnya, masukkan paste pandan ataupun pewarna makanan dalam adunan tu dan again blend lagi.. sampai betul2 sebati warnanya..
  4. tapis adunan trsebut.
  5.  panaskan kuali-tidak-melekat, dan masakkan adunan tu seperti lempeng. dalam anggaran satu senduk setiap kali masak.. *jangan terbalikkan dalam kuali.. 
  6. ulang sampai habis adunan yang kita wat td..
  7. bagi filling nya pula, putar krim sehingga btul2 kembang.
selesai persediannya, sekarang cara2 tuk menggulung crepe kita tu td.. 
  1. hamparkan crepe yang kita masak td di atas permukaan rata.
  2. letakkan filling (whipped cream) tindihkan pula dengan isi durian di tengah2 crepe tu.
  3. lipatkan bahagian kiri dan kanan dan gulung crepe tu.
  4. dh siap, smpan dlm peti ais k, barulah seddaapp makan sejukk222.. hihihi.. 

kwan2 leh gak gantikan filling whipped cream tu dengan kastard.

FILLING CUSTARD
200 gm susu segar
2 kuning telur
30 gm gula halus
Kacau atas double boiler hingga pekat.

250 gm whipping non dairy ~ putar kental
* Satukan kedua dua bahan kaedah kaup balik.

 
bagi kwan2 yang creative dan suka mencuba resepi yang baru, leh la try menggantikan durian tu dengan jagung ataupun mangga.. so we can have mango crepe or corn crepe.. woooowww, bunyinye sangat menyelerakan!! hahaha..  



sekian kwan2, assalamualaikum.. :)



the making of durian crepe-youtube.. :)

Saturday, 3 November 2012

Kahwin Muda : Kebun atau Kuburan Cinta?

Assalamualaikum w.b.t sume.. shat2kah kwan2 ku ari ni? diharapkan smoga kawan2 shat2 belaka, insyaAllah.. aku plak, ohh tidaaakk... keracunan makanan la plak, muntah2, cerryy beerryy sume.. huhu.. dugaan2.. ntah ape la salah msuk mulut ni kan. huhu.. 

okla, entry hari ni, "Kahwin Muda : Kebun atau Kuburan Cinta?".. hmm cam biasa je dengar topik ni dalam kalangan warga2 student ipt an? ada yang mengimpikan perkahwinan di usia awal, xkurang gak yang TTAAAKK NNNAAAAAKKKK!! haa, nak tau lebih lnjut tntang kahwin muda ni, kite intai2 skit artikel dr iluvislam.com ni.. setiap bhan yg dibaca setiapnya mnambahkan ilmu kite, insyaAllah.. sama2 kita bace k.. :)


<<<<<<<<Kahwin Muda : Kebun atau Kuburan Cinta?>>>>>>>

Ramai di antara pelajar IPTA mahupun IPTS yang ingin membina mahligai ini. Terutamanya bila sering mendengar kuliyah-kuliyah berkenaan zina, perhubungan dan sebagainya. Ada yang berkata 'Oh, aku kena kahwin kalau macam ni, elak zina". Katanya salah seorang ahli qaryah dengan nada gurauan. Dan tidak dinafikan itu alasan kebanyakkan mereka.

Saya tidak mengatakan ini salah dan itu betul. Cuma kita perlu melihat banyak aspek lain lagi untuk mengelak zina lebih daripada satu jalan sahaja iaitu perkahwinan. Isu nafkah, isu hak dan tanggungjawab antara suami isteri, isu tanggungan anak dan isu agama mesti diperhatikan. Ingat, bahawa ketidaksediaan kita dari aspek itu akan menjerumus perkahwinan tidak menjadi kebunan percintaan yang boleh dipetik hasilnya akan tetapi ia juga boleh membawa kepada kuburan percintaan yang ditinggalkan bila tidak lagi bernyawa. Saya bukanlah seorang yang telah berkahwin, tapi sekadar mengambil ibrah daripada orang-orang berjaya dan juga gagal dalam mengharungi alam ini. Bacalah dengan nama Tuhanmu gugusan kata ini.

Kebunan Percintaan
Perkahwinan diasaskan oleh cinta kemudian diakhiri dengan tanggungjawab. Cinta merupakan kepatuhan sementara tanggungjawab ialah bebanan. Bila sahaja kita melafazkan "aku terima nikahnya" ia bermakna kita berkata "aku bertanggungjawab keatasnya". Bukankah cinta telah menjadi penghias kepada tanggungjawab? Maka segalanya terletak di atas bahu si lelaki, terutamanya perkara melibatkan maruah dan dosa. Jika tidak dijaga selayaknya himpunan pahala berganda boleh bertukar menjadi gugusan dosa yang bertimbun.
Kebunan itu tidak boleh dipisahkan daripada aspek islam sebagai pendukung kehidupan. Islam adalah fitrah maka jalannya adalah juga selari dengan fitrah manusia. Islam terdiri daripada 3 aspek utama akidah(keimanan), syariat (peraturan) dan akhlak. Akidah ialah aspek iman yang mana mesti menjadi dasar kepada pembinaan kerukunan rumah tangga.
Selalu kita mengaitkan perkahwinan dengan istilah akan terbinanya sebuah masjid. Masjid merupakan tempat ibadah yang suci dan didasari pembinaanya atas dasar iman dan taqwa, tertegak di atas peraturan dan lahir daripadanya akhlak yang mulia. Apabila mahligai itu didasari oleh iman diawalannya maka apabila wujudnya krisis, ia akan lebih mudah kerana kita boleh kembali ke dasar tadi iaitu iman. Kita berkahwin kerana apa? Adakah kerana cinta ? kerana ikut sunnah? Kerana ikut-ikut? Kerana ingin membentuk keluarga bahagia? Ataupun kerana Allah Azzawajalla.
Bila kita berjaya untuk membentuk 'Basic Structure' maka senang untuk dirujuk daripada apa jua permasalahan. Persoalan memenuhi hak tidak lagi menjadi persoalan utama kerana hak Allah didahulukan lebih mengatasi hak suami isteri. InsyaAllah bila hak yang pertama didahulukan maka yang utama akan diutamakan. Allah didahulukan Keluarga diutamakan.
Apabila ini berlaku keduanya akan membentuk suatu perjalanan yang penuh berperaturan berlandaskan syariat. Hidup penuh berperaturan ini menjamin keduanya berada pada landasan kepatuhan. Agar apabila berjauhan tidak gundah, berpisah tidak gelisah. Si suami boleh memainkan peranan dan bertindak selayaknya atas dasar peraturan. Suami adalah 'king control' dalam sesebuah kebunan percintaan, mengawal, mendukung, melindung dan mendidik. Bila tugas ini selari dengan syariat maka akan lahirnya aspek akhlak.
Akhlak terbina atas dasar kepatuhan yang sudah sedia ada yang menjadi 'rules of life' peraturan kehidupan yang mesti dipupuk sejak pertama kebunan percintaan tadi terbina. Anak-anak akan merasakan indahnya apabila mempunyai ayah dan ibu berpegang pada syariat tidak hanya adat. Syariat bererti mendidik dan adat hanyalah menjaga. Bila mana ketiga-tiga faktor ini berlegar dalam ruang lingkup keluarga maka kita akan berjaya membina masjid dipertengahan malah hingga ke penghujung. Bukan sekadar pada permulaan. Ayah sebagai imam, ibu sebagai bilal dan anak-anak sebagai makmum.

 Mulakanlah Sesuatu Yang Baik Itu Dengan Kebaikan
Berbalik soal pembinaan masjid bahawa adat mestilah kalah dengan ibadat. Terdapat adat-adat dalam majlis perkahwinan yang selayaknya dikaji semula. Soal membatalkan air sembahyang, kenduri walimah secara berlebihan (pembaziran) terdapat unsur nyanyi-nyanyian, mas kahwin yang tinggi dan bermegah dengannya (RM 8,888 dan sebagainya) adalah contoh sesuatu yang baik tetapi diselangi keburukan. Bukankah Nabi menyebut sebaik-baik wanita yang dikahwini ialah yang rendah maharnya?
Cubalah untuk mengubah cara itu berlandaskan syariat. Kita sebenarnya kadang-kadang mesti melawan arus. Mungkin ada di antara kita yang bertanya "kalau pihak keluarga perempuan atau lelaki hendak buat juga macam mana?". Bagi saya jalan yang terbaik adalah dengan adakan musyawarah atau berbincang/berunding. Sediakan hujah dan ilmu bercakap (komunikasi). Ingin bercakap bukan sahaja dengan mulut tetapi dengan hati yang penuh berhati-hati. Meskipun ditolak oleh pihak keluarga, yakinlah yang sebenarnya kita telah melakukan pada yang sepatutnya. InsyaAllah jika dilakukan dengan berhati-hati maka akan lunak hati lain yang mendengarnya. Cuba untuk berlebih kurang tetapi penuh dihiasi dengan komitmen yang tinggi.
Cinta Tiga Segi
Seorang Ilmuan pernah berkata kepada saya bahawa percintaan tidak cukup hanya berdua. Kurang keseronokannya dan nilai tambah dalam perhubungan.
"Macam mana tu ustaz?" soalan ini terus tercetus kerana menggambarkan seolah-olah berkahwin lebih daripada satu itu mempunyai nilai tambah.
"Saya berkata begitu sebab bila hanya hanya bercinta iaitu antara lelaki dan perempuan, maka tidak akan ada yang menjamin si suami atau si isteri akan selamanya setia pada kita. Mungkin saja di hadapan kita pijak semut pun tak mati tapi di belakang gajah yang sebesar itu dilanyaknya". Jawabnya dengar nada gurauan.
"Kalau begitu siapa yang menjamin kesetiaan antara mereka?". Saya bertanya mahukan penjelasan walaupun jawapan ringkasnya sudah berada dalam minda.
"Tak lain adalah kita menjadikan Allah sebagai kayu ukur terhadap kesetiaan dan kepatuhan. Katakan padanya samada suami atau isteri yang kita mencintainya kerana Allah. Maka cinta itu akan segar dan sentiasa mekar", jelasnya lagi.
Inilah yang menjadi idaman semua, cinta ibarat bunga mekar tidak hanya kembang hanya diwaktu pagi (awalan). Dan ianya akan mudah dirujuk (kembali kepada persoalan pertama iaitu iman). Jika kasih kita kepada isteri bertambah bermakna bertambahlah kecintaan kita kepada Allah. Sebaliknya jika kecintaan kita kepada isteri kita sudah berkurang bermakna kurang juga cinta kita kepada Allah.

Kitaran Perkahwinan
Dengan meletakkan Allah sebagai "key performance indicator" ia akan lebih bersifat maknawi, lebih kukuh dan mengukuhkan. Persoalan ibadah akan menghiasi dinding-dinding kesepian. Mencintai ialah hak Allah yang mewujudkan kita daripada hak ketiadaan. Yang memelihara kita dengan nikmat yang tidak terhingga. Daripada kegelapan berlapis tiga (kegelapan malam, alam rahim dan mata) hingga ke dunia.
Jika ini dapat dilakukan semoga dengannya "berjauhan kita tidak gundah, berpisah tidak gelisah"
Suami Bertuan Di mata Beraja Di hati
Sejak kebelakangan ini berlaku banyak kes perceraian yang membimbangkan. Kajian mendapati tidak ramai pasangan-pasangan muda yang mampu bertahan sehingga mencecah 10 tahun perkahwinan mereka iaitu 59.9 peratus iaitu daripada sebanyak 135,136 perkahwinan didaftarkan pada 2009, manakala 27,116 kes perceraian pula direkodkan pada tahun berkenaan. Sebagai imam di mana letaknya kekuatan lelaki yang tidak mampu untuk mempertahankannya.
"الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاء بِمَا فَضَّلَ اللّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَبِمَا أَنفَقُواْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ"
Ertinya : "Lelaki itu adalah ketua ke atas wanita disebabkan kerana kurniaan yang diberikan kepada mereka dan disebabkan nafqah yang mereka berikan" -(Surah An-Nisa ayat 34)
Pernahkan kita mendengar perkahwinan ibarat belayar dengan bahtera manakala persekitaran ialah ombak lautan? Tanpa bekalan yang cukup, kesediaan dan kukuhnya bahtera yang dibina oleh ketua maka bahtera yang dibina sudah tentu tidak akan mampu bertahan. Apabila bahtera tadi pecah, maka posisi nakhoda akan terjejas (suami), anak dan isteri jatuh di dalam lautan masalah (perceraian). Kasih sayang sudah berbagi antara cinta dan air mata. Benar sekali jika perkahwinan boleh sahaja menjadi kuburan percintaan, menguburkan perkahwinan yang terbina dengan cinta.

Bukan Soal Cepat Atau Lambat Tetapi Bersedia Atau Tidak
Persoalan di atas terjawab dengan ilmu. Bagi saya pasangan muda haruslah menyediakan diri dengan ilmu berumah tangga. Dan ia tidak semestinya dengan membaca semata-mata tetapi mengutip butiran hikmah daripada orang yang lebih tua. Bukan hanya Ilmu munakahat yang mesti menjadi pokok perbincangan tetapi ilmu-ilmu yang mendukung tertegaknya munakahat seperti, tauhid, feqah dan saya cadangkan buku Muhimmah Fil Ilmi Hadis (kemanisan dalam mempelajari hadis),  berkenaan taktik berumah tangga tidak kurang juga ekonomi.
Kesediaan dari sudut pengukuhan kewangan adalah penting tetapi tidaklah sampai ke tahap terpenting. Pernahkah kita mendengar "everything needs money but money isn't everythings"?. Perlu difikirkan bagaimana hendak menyara hidup terutamanya bagi si suami. Terdapat juga pandangan pesimis daripada ibubapa, "kau nak bagi makan apa pada isteri kalau masih belajar, nak bagi makan pasir?" Mendengarnya menjadikan pasangan muda yang ingin berkahwin agak pedih lagi memeritkan bukan? Saya serahkan kepada anda fikirlah jalan yang terbaik dan kebanyakkan kita tahu jawapannya.
Ibubapa ini terkadang risau bukan marahnya itu rajuk. Bagi ibubapa yang berada mungkin mereka tidak kesah kerana masih lagi mampu mengisi kekurangan itu tapi bagi yang kurang berada bagaimana? Kadang-kadang semua itu menyindir kita. Seolahnya kita mendapatkan segalanya yang mungkin sedangkan sebenarnya tidak. Mereka sebenarnya tidak menyindir cuma sekadar merajuk. Pujuklah.
"Kata orang dunia ini agak  pelik sedikit. Kadang-kadang kita dikaburi masa yang singkat sehinggakan kita terlupa masa yang panjang kerana mengejar masa yang singkat. Sedangkan masa yang panjang adalah yang hakikat. Jangan kita hanya memandang yang benar sebaliknya pandanglah disebalik yang benar. Jika benar itu mengaburi kebenaran"
Ilmu tidak akan habis sebaliknya ia satu proses. Belajar perlu sebelum, semasa dan selepas perkahwinan. Cubalah bersedia daripada pelbagai sudut. Belajar sebelum adalah berseorangan, belajar semasa sudah pasti berdua dan belajar selepas adalah bertiga malahan lebih (bersama anak-anak).
 Piawaian Berkasih
Sebelum perkahwinan ramai pasangan yang membina mahligai yang kononnnya nanti akan dihiasi dengan pengharapan. Berharap selepas kahwin ada itu dan ini, kereta yang besar, rumah yang mewah, anak-anak yang berjaya tidak kurang juga suami dan isteri yang romantik dan memahami. Semuanya yang indah-indah belaka. Bukan salah untuk berharap tetapi jangan pula harapan tinggal angan-angan.
Terimalah seadanya dan cuba untuk berbuat apa yang patut. Kita selalu mengidamkan sesuatu yang lebih daripada sedikit kelebihan. Cubalah untuk memahami dan meneliti. Perkahwinan bukan satu pengakhiran tapi ia sebuah permulaan. Sesudah berkahwinan segala baru sahaja bermula kerana zina yang ingin dielakkan pada awal perbincangan tadi telah semakin berat. Mengelak dari sesuatu untuk berhadapan dengan sesuatu. Itulah yang kita lakukan.
Tidak hanya kita mahukan kereta yang besar tapi kita mahukan kereta, rumah, anak-anak yang berkat. Untuk itu suami dan isteri mestilah mencari yang berkat. kita selalu berterima kasih dan mengatakan "she or he is the answer of my prayer". Pada permulaan segalanya akan kelihatan baik dan lama-lama ia akan berubah. Bersedia untuk perubahan itu. Setiap pasangan akan mula menunjukkan wajah sebenar ketika telah lama berumah tangga. Bila saja rasa cinta itu terbeban dengan tanggungjawab dan tersisih daripada keseronokan.
Kata-kata yang dulunya berbunga hilang serinya, kuntuman kasih muncul hanya sekali sekala. Bagai bunga kembang tak jadi. Bila mana mencapai kepenatan, kaki sudah lenguh, hati sudah jemu dan lain-lain berkaitan kerja  dan rumah tangga. Untuk mencapai kebahagiaan mesti dahulu mengenal erti kesengsaraan kerena dengannya akan lahir pengawasan dan penelitian.
Berkahwin memang seronok tapi bukan untuk seronok-seronok. Ia mengharapkan kekuatan samada kejiwaan mahupun kepatuhan. Kejiwaan untuk kekuatan dan kepatuhan untuk ketenangan. Saya pernah menjelaskan bahawa hati wanita berbeza dengan hati lelaki (tekan disini). Lelaki biasanya akan terbeban dek kerana kesibukkannya mengurus rumah tangga.
Lelaki yang dulunya lebih romantis akan kehilangan nadanya kerana bebanan kerja yang banyak.  Ironinya isteri yang dulunya sopan sudah semakin banyak tuturnya. Manakan tidak keletihan pada tulang-tulang sudah pergi ke tarikan urat-urat mulut yang tidak henti-henti mengeluh akibat kepenatan. Memasak, mengemas, membasuh pakaian menyebabkan wanita berkelakuan seperti itu.
Oleh itu jangkalah apa yang tidak disangka. Kata orang lama, wanita itu bagaikan angin lalu. Bila dia bertiup sayu maka terlena kita dibuatnya. Bila angin mula berubah menjadi ribut kalut kita dan bila ia berubah menjadi taufan lari lintang pukang kita. Begitulah sebaliknya.
******************************************************
Warkah Kata Buat Permulaan Kita
Untuk bakal suamiku,
Wahai bakal suamiku, sesungguhnya dirimu amat ku nanti dalam perjalanan hidup ini. Di siang mahupun malam hari. Ku tulis warkah ini dari hati moga ia menjadi lakaran permulaan yang indah buat kita. Pertamanya aku ingin mengucapkan setinggi terima kasih kerana sudi mengambilku sebagai isteri. Terasa tidak lengkap kiranya aku hanya hidup bersendirian di alam ini tanpamu. Kebahagiaan kita sekeluarga berada di tangan mu. Dikaulah yang menjadi peneraju dan nakhoda rumah tangga ini. Aku tahu tugas dan amanah ini sangat berat. Ia menagih keikhlasan, keimanan dan kejujuran yang tinggi daripada mu.
Semasa engkau melamarku wahai suami, masa itu syukurnya hanya Allah yang tahu. Air mata ini mengalir tidak terasa, mengalirkan kegembiraan penuh makna. Udara itu senang untuk digapai. Rasa yang tidak pernah ku alami. Hargailah aku selalu.
Wahai suamiku, rindu itu buah cinta. Jika ia tiada maka cinta tidak akan berbuah dan layu. Oleh itu hidup denganmu aku berharap rindu itu sentiasa bersemi. Biarpun terkadang diisi dengan air mata dan kesakitan. Namun, perasaan itulah yang sentiasa ada buat kita. Suamiku, bahtera yang kita bina ini ku harap sentiasa utuh dalam perjalanan kita bersama. Kau suamiku adalah pelindung dan pengemudi bahtera ini.
Aku berharap pengorbanan yang bakal kita lalui adalah merupakan pahit ubat yang menjadi penyembuh. Tidak aku pengharapkan pengorbananmu semahal nabi Allah Muhammad s.a.w terhadap Khadijah, mahupun seutuh kasih nabi Allah Ibrahim terhadap anaknya Ismail. Suamiku, pengorbanan itu sesuatu yang perlu di waktu susah dan senang. Kerana ianya adalah mahar segala janji dan mahar yang paling berharga daripadamu.
Suamiku, aku berharap cinta kita terikat bersama dengan cinta kita terhadap Allah. Jika berkurang maka ditambah, jika bertambah maka syukur. Di dalam hidup, aku berharap kepadamu tidak mengangapku terlalu sempurna kerana aku hanya insan biasa. Bimbinglah tanganku dalam melayari lautan ganas bersamamu. Sesungguhnya engkau adalah cerminan bagiku. Jika berjaya engkau maka berjayalah aku, jika gagal maka gagallah aku. Ya Allah, terima kasih kerana dia ada dihati dan jiwaku.
Sekian daripadaku,
Bakal Isterimu.

Untuk bakal isteriku,
Dalam batasan perjalanan waktu, saat hampir diikat denganmu terasa lapang dada ini. Pilihanku terhadapmu ku harap mendapat restu Ilahi. Tidak ada daya dan upaya ku untuk menentukan yang terbaik buat dirimu. Hanya DIA tempat berharap. Dalam bertatih di dunia ramai yang telah singgah mengajar berbagai erti. Hadirnya kamu wahai isteriku, ku harap dapat kau ajarkan aku erti marah, rajuk, rindu dan sayang.
Kesetiaan dan pengorbanan mu sebagai isteri dan ibu amat ku tagih. Bersama didalamnya kita bina keyakinan dan kesepaduan. Tanpa pengobanan maka tidak ada kebahagiaan. Marilah kita sama-sama belajar untuk melepas sesuatu demi menuntut sesuatu yang lebih berharga. Semoga menjadi insan terindah dalam mengharungi lautan mahupun denai kebahagaian.
Sesungguhnya hati ini setia padamu, padamu aku letakkan cinta terhadap seorang isteri. Agar engkau dapat menjagaku urusan dunia dan akhiratku. Sesungguhnya tipu daya tika ini sangat menakutkan. Dengan hadirmu wahai isteriku akan menambah seribu keyakinan dalam diriku. Menempis segala kekusutan dan tohmahan. Kerana hidup kita terlalu singkat, aku berharap kepadamu wahai isteriku agar kita tidak berlebihan atau berkurangan dalam segenap hal. Di dalam warkah ini ada kegembiraan, pengharapan dan keredhaan. Tatapilah ia buat bekalan kita nanti.
Sekian daripadaku,
Bakal Suamimu.

- Artikel iluvislam.com

sekian entry kali ni, sehingga jumpa lagi, assalamualaikum.. :)