Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Saturday 25 June 2016

Resepi: Popia Ketam Cheese Tarikkk~

Assalamualaikum uoolllss!! Salam Ramadhan..Waahh sekejap je dah masuk malam ke 21 Ramadhan.. Allahu, kurang dari10 hari lagi Ramadhan akan tinggalkan kita.. 10 malam yang terakhir ni sama-samalah kita jadi 'tamak pahala', kumpul sebanyak yang boleh ye sahabatku tersayang.. Semoga kita diberi peluang oleh Allah untuk bertemu dengan Lailatul Qadar, malam yang lebih baik dari seribu bulan.. InsyaAllah.. ok, now soalan wajib, sihat ke kalian2 nii?? Apa khabar ibadah puasa kita? Yang dah ter'raya' awal tu, jangan lupa ganti pulak ye.. hihi.. 

Nowwww, balik ke tajuk entry kali ni; Resepi: Popia Ketam Cheese Tarikkk~ Haaa, terliur xkorang baca nama popia ni? hahaha.. Serius talk ni aku bgtau korang, nak buat popia ni senang gileeeee.. xpayah masak apa-apa, kecuali goreng popia tu la kan.. hahaha.. Resepi ni sebenarnya aku dapat dari feed Facebook, masa terscroll kat resepi popia ni, peerrrghh dia punya rasa teringin nak makan tu, sanggup balik ofis singgah Giant beli bahan2 nak buat buka puasa hari tu juga.. hahahaha.. ok2, dah cukup bebel, now korang leh usha resepi yang aku tulis kat bawah ni k! :*

Bahan-Bahan

Popia:
1 paket kulit popia (saiz besar)
1 paket jejari ketam
300 gram keju Mozarella
1 sudu tepung gandum
2 sudu air
Minyak untuk menggoreng

Sos:
3 sudu besar mayonis
2 sudu jus perahan lemon
1 sudu madu
1 biji cili padi (diracik halus)
Daun bawang (diracik halus)


Cara-cara

Sos:
1. Campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati.
2. Sejukkan dalam peti sejuk.

Popia:
1. Bancuh tepung bersama air. Bancuhan ni korang akan gunakan sebagai gam untuk popia tu nanti.

2. Hamparkan kulit popia, letakkan jejari ketam dan keju Mozarella. Kuantiti keju tu jangan terlalu banyak, dan jangan terlalu sikit pulak ye.. agak2 sepadan dengan ketam tu ok la tu.

3. Balut seperti popia biasa, dan gam kan dengan bancuhan tepung tadi di hujung kulit popia.

4. Goreng dalam minyak panas hingga perang keemasan. Tos dan hidangkan semasa panas, barulah tarikkkkk kejunya.. hee..




Dah siaapp!! Mudahkan nak buat popia ni.. Resepi semudah ABC, tapi rasa dia peerrghhhh xpuas rasanya aku makan hari tu.. Terbayang2 rasa macam nak buat lagi popia ketam ni.. hahaha.. Few pictures of the popia ketam cheese yang seddaappp sangat2.. Enjoyyy!!


Kulit popia

Jejari ketam


Keju Mozarella

Balut popia korang dengan kuantiti keju lebih kurang macam ni


Nampak taaakk keju cair tuuuu.. Ya Allah dugaan!! :D

Isi dalam popia ketam cheese

Bila dah buat banyak, boleh la korang frozenkan popia ni.. nak agih2 kan untuk bagi kawan2 pun besstt!

Last word, selamat mencuba, selamat ber'popia ketam cheese'.. hahahahaha.. ok la uolss, jam pun ntah pukul berapa dah ni.. time to tutup laptopppp~ Until next entry, assalamualaikum.. :)

No comments:

Post a Comment