Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Sunday 31 August 2014

it's 1st september..

Assalamualaikum kawan2.. "Amboi, amboi, ambooiiii.. lameee menyepi cik kak, pergi mana??" hahahaha.. takde pegi mana pun uoolzzzz, tapi maaflah kekangan masa untuk coret-coret disini.. heee.. camne kawan sume? sihatt?? kalau sihat alhamdulillah.. sekarang ni musim demam, ramai sangat orang yang aku kenal demam, dannn itu termasuk la orang yang tengah menaip ni.. wakakakaka.. :D Agak teruk juga demam selesema dan batuk ni, tapi nasib baik juga bukan demam panas.. haaihhh, orang yang jarang demam kan, sekali kena rasa lemah sangat badan ni.. :'(

ok la, tutup cerita demam!! pejam celik pejam celik, aikkk dah masuk 1 September rupanya.. kalau dah masuk 1 September, mesti dah 31 Ogos kannnn?? soooo, HAPPY BIRTHDAY MALAYSIA!! yang ke 57 tahun.. Alhamdulillah, masih kekal sebagai negara yang aman dan semoga Malaysia ku terus maju dari segi ekonominya, teknologinya dan rakyatnya sendiri yang merdeka dari pengaruh-pengaruh luar yang tidak sihat.. WE 'HEART' MALAYSIAAA!!! <3 <3 <3 

Syawal pun dah melabuhkan tirainya untuk tahun ini pada selasa lepas.. tapiiii penghujung bulan Ogos tu ada juga yang masih wat openhouse!! niceeeeee, nampaknya masih cerah peluang aku untuk makan free walaupun raya dah abisss.. heee.. "Sape pulak yang buat openhouse lepas raya ni SM??" haaa, spe lagi klu bukan cik fadhilah cosmos kiteeeee.. sebenarnye, panjang kisah perjalanan kami 30/8/14 ni.. dari paaagiiii kuar, malaaammm baru smpai umah.. pegi mne lame bonar tu?? ha, meh sini nak story.. wakakakaka.. :D

pagi tu, kul 7.30pagi aku dah kuar rumah, berjalan kaki ke umah elvis (*dengan beg galas gemok, dengan baju bersangkut hanger dan sebelah tangan lagi pegang kasut).. "Eh, dah tu baju ape yang dipakainye??" baju sukaaannn uoollzzzz!! Alkisahnye sebenarnya dari malam semalam tu aku dah rasa macam nak demam, tekak perit hidung pun duk meleleh jee.. tapi disebabkan dah janji dan nak pegi jumpa fadhilah esok, gagahkan juga la walaupun agak panas juga badan aku pagi tu.. xpe, yakin dengan 'the power of will'.. haaaa tudia, SM speakinggg~ wakakakaka.. dan ready sume, dalam kul 8 lebih juga gerak ke sek 13 amik makcik mira.. 1st time uollzz i bawa exora, cuak juga aku ni.. bkn pe, takut ngn parking sbnrnye.. dah la kete orang kan, kang calar pe, kemek ke, mampuihhh cheeeqqq.. huhu.. dah la aku biasa bawa kancil je, exora ni 2 kali ganda kancil tau x!!! huhuhuhuhu.. xpe2, yakin dengan diri, bismillahirahmanirrahin, vroommm.. :)

dah amik mira, next station kami, isi perut duluuuu.. kat mana?? khalifah sek 4.. dah pekena tosai garing sepinggan, kenyang perut moh la kite buang lemak balik.. wakakaka.. dalam kul 10 lebih juga la baru tiba di Taman Bukit Cahaya Seri Alam, or aka Bukit Cerakah.. buat ape kek sini? joging leerrrr.. masuk2 je bukit cerakah, 1st thing yang bermain kat fikiran aku, parking.. cmne aku nk prking niihhh.. aaahhh, bontot je laaaa.. try2, xmasuk mula2 sampai mati-mati enjin kau.. maaluuuuuuu.. wakakakaka.. dh berlalu dah zaman aku bawa kete mati2 enjin ni, tp sebab bawa kete yang xbiasa bwa so leh diterima la.. huhu.. 3 kali juga kedepan kebelakang baru ok.. tu pun sengettt uuoollzzz.. auwwww, i'm sooo maluuu.. huhuhu.. dh prking, apa lagi, dngan penuh keterujaan kami masuk la bukit cerakah tu.. 1st thing, cari basikal.. maaaakkk aaaiii, RM10 sejammm??!! hmm rasanya lebih dari sejam kot nk berjalan dalam tu.. so, cannot.. melebihi bajet.. nak tunggu bas shuttle, lambat pulaaak.. kesudahannya, berjalan jela kami.. 

yang bestnye outing bukit cerakah kali ni, kitorang dh ikut laluan yang sepatutnya.. bukan hutaaaannn memanjang, tapi dapat jumpa taman haiwan, jumpa my little pony, jumpa si kuda, jumpa rusa dan macam2 lagi haiwan.. well, sini bukan zoo jadi mana yang mengharap nak jumpa pak rimau tu, memang xde la kat sini ye.. harap maklum.. heeee.. puas berjalan menikmati keindahan ciptaanNya, berenti sat, lek lu, makan aiskrim pop duluuu.. xpadan dengan demam minah ni, aiskrim pop ngap, air botol sejuk pun telan.. aisshhh, ubat katanye yee.. wakakakaka.. 2 jam juga la berjalan dalam tu, at last, badan aku pun dah sampai limit dah.. nee nooo neee nooo nee noooo.. pening bak hangg, dengan badan rasa lemah sangat dengan serba lenguh.. huhu.. dah tau awk tu demam, GEGEH nak berjalan.. ini makan dia.. huhu.. daripada pagi tadi yang xberapa nak panas sangat, ttibe badan jd panas.. hembus nafas rasa macam nk kuar api je.. huhu.. dah rehat kejap then sambung trus drive ke bangi pula nak pegi openhouse fadhilah.. awat laaaa jauhh sangat rasanya bangiii niii.. xsampai2 rasanye bawa kete tu.. lepas satu highway, ke highway len.. kalau suh gi lagi sekali memang xingat jalan dah.. hahaha.. :D

dah hampir nak sampai tu ttbe teringat, eh aku bwa sluar jeans ke x eh????? dah korek segala harta dalam beg, tengok2 xdeeeeee!!! adohaaaaiiiii kassimmmmmmmm.. xkan nak pegi openhouse pkai sluar track kot.. memang xlaaaa kaaannnn.. rse cam nak patah balik je.. wakakakaka.. tapi alih2 gi la cari sluar jeans murah kat Giant Bangi, ok la not bad.. dapat sehelai sluar jeans RM19.. ok kan?? slesa pun selesa.. xyah mahal2 der, tu pun beli topup duit mira skit, xde la bwa duit banyak mne, xsangka lak kne beli sluar.. huhhuhu.. tapi xpe, ada hikmahnye juga.. memang dah lama rasa nak beli sluar jeans baru sebab asyik duk ulang sluar tuuu jee.. kalau tu basuh, dahh xde sluar nak pakai.. so, dalam keadaan terdesak macam ni, dapat juga capaikan impian aku.. aaauuwwww, hepy, hepy.. hahaha.. :D inilah namanya, pelangi selepas hujan ribut dalam kete.. wakakakaka.. dah dapat sluar, apa lagi, sume duk operasi tukar baju laaa.. 1st time mandi dalam toilet Giant ok, nasib bek la toilet dia bersih dan ada tempat nak letak barang.. mandi la spuas hati aku, wangi2 skit lepas dah keluar peluh kat Bukit Cerakah tadi kan.. huuu leggaaaaa.. 

dalam kul 3 lebih hmpir 4 juga kami smpai umah fadhilah.. huuu, lapaq weehh lapaqqqq.. masuk2 nampak nasi dagang.. waaaoowwwww, shining mata sorg2 nampak nasi.. wakakakaka.. yela lepas penat berjalan tu mana ada makan pape pun.. seriusly, nasi dagang mak fadhilah ialah yang terbaik aku pernah makan.. Dabommm punyer nasi dagang.. original orang terengganu yang masak kan, memang la terbaikkk!!! tapi sayang xleh nak makan byk, tekak perit, susah nak telan nasi.. huhuhuhu.. tapi xpela, dapat rasa skit pun dah lepas kempunan.. heee.. yang palingg bessstttt bukan nasi dagangnye ye, tapi bessstt dapat jumpa family fadhilah lepas dah lamaaaa xjumpa.. lebih setahun kot rasanya.. dapat jumpa adik fadhilah, si hanis my geng tu, lagi tnggi dah dari aku ni haa.. aaaiissshh, xleh jadi niii.. kena banyak gayut la ni.. wakakakaka.. 

eh eh, lupa pula diri ni tengah demam kan.. masa jumpa fadhilah ok je kepala ni duk borak2, gelak2, xde lak sakit dia.. dah kuar je umah, drive trus rasa pening yang amat.. xleh jadi.. singgah surau, baring untuk legakan kepala sikit then fatin ngn mira dah bebel, trus shoooott cari actifast.. dah telan actifast tu lega skit.. kuat juga ubat ni, tapi dinasihatkan kawan2, ubat tahan sakit macam panadol ni jangan la diamalkan makan selalu.. bile btul2 rasa perlu sahaja!! ada side effect ubat2 ni, untuk jangka masa panjang.. sebab tula aku kalau boleh nak mngelak dari makan ubat, tapi apakan daya, kena drive kan, terpksa la makan.. takut terbabas pulak sebab pening.. huhu.. next station ke mid pulak.. motiffff?? hahhaha.. bkn nak berjalan ye, tapi nak amik kakak elvis balik kje, dah alang2 sekali jalan jela kan.. sementara tunggu kakak dia habis keje, kami pun jimba la sat, nak survey bag katanya.. sume pakat nk cari beg g kelas.. wakakaka.. alih2 bukan beg yg dibeli, baju pulak yang dirembat.. biasalah mira, queen of express shopping.. dalam masa pendek tu pun leh je membeli.. tengok2 dah ada kat kaunter bayar dah.. wakakaka.. mira, mira.. :D :D :D

akhirnya, otw balik s.alam.. huuu legaaa sebab jalan clear xjam.. risau juga sebab ambang merdeka kan, ramai orang kluar nak tengok bunga api la, jalan2 la, macam2.. tapi alhamdulillah, kete tu banyak tapi xjam.. tu yang penting.. apalagi, sshoottttt 120-140km/h juga aku lenjan kete orang tu.. huhuhu.. maaaaffff!! nk cepat sampai katanya. heee.. dah selamat sampai sumenye, aku pun dh xrupe orang dh.. serius penat sangattt.. kepala yang pening lg.. huhuhu.. rasanya esok makin teruk aku ni, hmm memang teruk pun.. terbaring je satu hari tu ha.. xlarat gile.. satu badan lenguh.. tp, sakit2 badan pun, bestt sbb dapat kuar jauh2 dengan kawan2 plus dapat jumpa fadhilah yg dah lamaaa xjumpa.. hee.. doakan aku sempat sihat sebelum masuk sem ni yeeeee.. xpe sakit sekarang, jangan sakit time tgh klz nanti.. heee.. 

ok la, tudiiaaaaaaaaaa baq haangggg.. panjangnye bebeeellll.. 10 perenggannnn!!! wuuuuu.. maaf la uoollzzzz, rancak pulak jari2 comel aku ni menari atas keyboard ni.. heeee.. spe yang baca sampai abis tu memang tabikk sprinngg wa sama lu.. haha.. tq, tq.. ^_^

few pics from the most pack day.. until next entry, Assalamualaikum.. :) 


spot smething?? wakakakaa.. :D











Friday 22 August 2014

Wanita solehah

Assalamualaikum sume.. entry kali ni SM nak share sikit untungnya jadi seorang wanita ni.. yup, aku pun seorang wanita.. lambat laun akan bergelar isteri dan ibu, insyaAllah.. jom luangkan masa kejap baca info ni.. dan anda2 yang bergelar wanita di luar sana tu, BERUNTUNGLAHH!! :)




‎6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM

1.) Dia bekerja dengan Allah.....jadi 'kilang' manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.......


Until next entry, Assalamualaikum.. 
(n_n)








Thursday 21 August 2014

mengenang MH17.. :'(




Bismillahirahmanirrahim.. Assalamualaikum kawan2.. 

Allahummasolliala saiyidina muhammad, waalaalihi sayidina muhammad.. 

Hari ini, 22 Ogos 2014, sebilangan daripada jenazah anak kapal serta penumpang pesawat malang MH17 yang ditembak jatuh di ruang udara Ukraine pada 17 Julai 2014 yang lalu akhirnya bejaya dibawa pulang untuk disemadikan di tanah air, Malaysia..  Pesawat khas MAS yang membawa pulang 20 jenazah mangsa selamat tiba di KLIA pada jam 9.54 pagi tadi.. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan mayat-mayat mangsa nahas telah pun dibawa pulang ke kediaman masing-masing bagi urusan pengebumian jenazah.. 

Innalillahiwainnalillahirojiun.. Dari Allah kita datang, dan kepadaNya kita kembali.. 

Semoga roh-roh yang beragama Islam bersemadi dengan aman dan ditempatkan dalam golongan yang beriman, amiinn.. 

Ya Allah, kurniakanlah kekuatan dan ketabahan kepada ahli-ahli keluarga mangsa dalam menghadapi ujianMu.. Semoga ibu bapa mereka, isteri, suami mereka, anak-anak mereka, adik beradik mereka, kenalan-kenalan mereka sentiasa redha dengan pemergian insan tersayang dan meneruskan hidup mereka dengan penuh ketabahan dan keimanan, ya Allah.. 

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.. Sedangkan seluruh rakyat Malaysia yang tiada perikatan dengan mangsa-mangsa pun berasa sebak dan pilu melihat ketibaan jenazah mereka, apatah lagi kaum keluarga serta sahabat handai para mangsa.. kuatkanlah mereka ya Allah, kuatkanlah mereka ya Allah, kuatkanlah mereka ya Allah..



Bismillahirahmanirrahim..

Alhamdulillahirabbil alamin..
Arrahmanirrahim..
Malikiyau'mmiddin..
Iyyakanakbudu waiyyakanastain..
Ihdinassiratol mustaqim..
Sirratollazi naa'namtaalaihim..
Wguarimaddu bialaihim..
Waladdhallin.. 

Amiinn..


Cucurilah rahmat ke atas roh mereka, tempatkanlah mereka dalam golongon yang beriman ya Allah.. 









Wednesday 20 August 2014

with THE BLOOMING FLOWERs again.. :)

Assalamualaikum kawan2.. ehem2, dah banyak hari xde update entry baru pun cik SM ni kan? hahaha.. maaf la uoollzz, kesibukan dan kepenatan sejak beberapa hari ni.. tapi, sebenarnya xde siapa pun yang menunggu entry baru blog ni kan? wakakaka.. :p syok sendiri betul minah ni. :D :D :D 

Apa2 pun, apa khabar sume?? sihat kah kalian? kalau sihat, alhamdulillah.. aku? hmm sejak kebelakangan ni rasa macam nak demam pulak dah.. aissshhh, jangan2, dah nak mula semester baru ni.. jangan buat hal cik SM oiiiiiii!! huhuhu.. xpe2, demi pembelajaran aku, aku akan kuatkan badan ni, xleh terima apa2 pun sakit masuk!! heee... insyaAllah, izinkanlah ye ya Allah.. hee.. :)

"Chop, chop choopp!! Apa?? semester baru dah nak mula???!!" iyeeeee, dah nak masuk sem baru dah aku ni.. huhu.. xterasa pun cuti sem kali ni, sebab sibuk dengan puasa dan raya kan.. haha.. amboii, bunyi macam beraya sakan je aku ni.. wakakaka.. enggak sihh, raya2 pun duk umah je, xde la sakan mana.. berjalan je banyak aku cuti sem ni.. haha.. ha, cakap pasal berjalan ni, seronok betul aku rasa cuti kali ni sebaaaaabbbb banyak luangkan masa dengan 'bunga-bunga' kesayangan aku tu.. geng 6 DEMON ANGELS, fatin, mira, elvis, caty dan pisang.. mereka la my BLOOMING FLOWERS tuuuu.. heeee..

Selasa yg lepas, 19/8/14, kami berempat, aku, mira, fatin dan elvis kuar sama2 lagi.. tapiii keluar kali ni xde proper plan punyer.. men redaahh je orang kata.. wakakaka.. :D first thing first, bawa makcik mira ngn fatin tu berjalan2 dalam uitm s.alam.. nak pegi PTAR 1 katanya.. Aduhaiiii, aku sendiri pun xpernah masuk library tu walaupun student sana.. hahaha.. dah alang2 deme nak pegi tu, aku pun amik la kesempatan nak masuk library tu untuk pertama kalinya.. jakuunnn abissss tigo2 minah ni sampai kena marah dengan librarian tu.. hahahaha.. :D

Alkisahnya sebenarnya, kami ni xckup kad matrik nak masuk sebab mira akan masuk degree semester akan datang ni, jadinya dia xde la kad matrik.. aku xtau pulak nak masuk library tu kena scan kad macam kat KTM tu.. ha hambik ko, tercegat la tiga2 depan mesin tu.. takut nak scan sebab takut kantoi punyer pasal.. haha.. orang yang niat jahat kan, memang selalu rasa ketakutan camtu.. wakakaka.. :D dalam kekalutan aku dengan fatin duk fikirkan strategi len untuk bagi mira masuk, senyap2 je mira try scan kad matrik diploma fatin kat mesin tu.. "Eh, weh korang!! leh buka laaa!!" "Haa?? Yeke,yeke??!!" excited gileeeee tengok penghadang tu buka lepas scan tu, punyer la seronok kemain.. tapi duk seronok2 xmasuk2 juga.. alih2 kena marah dengan librarian kat situ sebab sekali dah scan, dah xleh scan masuk lagi.. wakakakaka.. :D :D :D nampak nau sorang student s.alam tapi xpernah masuk library dan dua orang lagi memang bukan budak s.alam.. kantoiiii!! pppfftttt.. :D

bila dah berjaya masuk tu, bermula la sesi menemani dak2 sains cari buku.. ape bende ntah, campbell ke apa ntah buku yang dorang beria nak cari tu.. aku ingatkan novel omputih, tapi buku Biology sebenarnya.. wakakaka.. i don't know la, netveski aku tau la.. :D dah masuk library, lagi satu kisah kelakar jadi kat kitorang.. nek je tangga ada pintu kiri, ada pintu kanan.. ok la fine, kitorang blur ayam nak masuk pintu mana, so pilihlah kanan.. lebih afdal orang cakap.. so carilah buku campbell tu.. dah jumpa, tapi hanya rujukan pulak, xleh pinjam.. so kluar balik dan tanya la dengan librarian kat mana lagi buku tu.. kami pun masuk pintu kiri pulak, untuk cari di bahagian sana.. ok, dah jumpa.. tapi still hanya rujukan sahaja.. tapi, ada something yang aku rasa cam xkena je masa kat rak buku tu.. "Weh, asal aku rasa macam kita dah pergi sini eh tadi? kenapa susunan buku dia macam sama je?? ke memang dia bahagikan dua tempat dan susun dengan susunan yang sama ek?"  memang sohihh sangat ktorang pegi tempat yang sama 2 kali sebenarnye.. wakakaka.. berkikih-kikih gelak masing2 keluar dari library tu.. :D aiiihhh, buat onar pulak geng joyah ni dalam library.. :D :D :D


-buku yang menjadi dambaan makcik berdua ni.. wakaka..-

-sains, sains, sainsssss-

-dua makcik sibuk membelek buku-

-dalam terowong gambar di menara SAAS-


sambil berjalan2 ke fakulti orang tu, sambil2 juga mencari ilham untuk FYP sem depan... aduhhhaii, apa la nak wat untuk projek ni ye? hmm kekontangan idea.. huhuhu.. setakat ni, adalah beberapa idea yang aku terfikir, cuma xtau sesuai dan mampu ataupun tidak.. nak tak nak, kena juga tunggu sem depan dan bincang dengan supervisor kan? sabau, sabau syafiqahh!! ok la, lepas sesi tour dalam uitm tu, kami pergi la lunch.. tapi sebelum tu amik elvis kat ofis dia duluuuuu.. hee.. lokasi pilihan? PECEL LELE PADANG JAWA!! yeaaahh, inilah makanan yang sesuai untuk perut2 comel yang sedang berbunyi rancak minta disumbat nasi.. wakakakaka.. :D

perut dah kenyang, mata pun dah ngantuk tapi kami tetap segar bugar nak berjimba.. next station? unplanned, SETIA CITY MALL.. elvis? terus kerja half day minah tu sebab mengikut kami ke SCM.. wakakaa.. aiiippp, bukan aku yang menghasut ok.. haha.. :p spending almost 6 hours kat dalam tu, memang xrupa orang la aku bila dah masuk waktu2 kemuncak tu kan.. penat berjalannnn, tapi beesssttt!! yang paling best, orang lain yang nak cari barang, orang len yang shopping.. wakakaka.. bgus btul kawan2 aku ni kan.. :D dan for the first time in forever (*nyanyi ala2 frozen skitt.. :p), aku dapat menjejakkan kaki kat padang SCM tu.. waaaahhhhhhh, exciteddnyyeeeeee dapat tengok orang men belon sabun gergasi tu dengan dekat.. nak men sendiri tapi takut membazir pulak kalau xreti men kan.. hee.. so, tengok pun dah cukup membahagiakan untuk aku.. auuwwwww.. :p :p :p

penat seharian berjalan dengan dorang, alhamdulillah, semuanya sampai di rumah dengan selamat.. mestilah selamat, aku personally hantar sorang2 depan pintu pagar tau.. wakakaka.. :D satu2nya perkara yang xbest hari ni ialah, geng kami xckup korum.. pisang ngn caty xde.. kalau dorang ada mesti lagi happening macam pegi Sunway haritu kan.. heee... tapi, xpe.. insyaAllah ada rezeki ada jodoh, leh je jumpa lagi kan.. :)

inilah kisah kami, sekawan dari zaman sekolah menengah sampailah sekarang.. insyaAllah semoga sampai ke akhir hayat dan ke jannah ye, kawan2 kesayanganku? :)

cukuplah jari comel aku menari atas keypad laptop ni, jumpa di entry yang seterusnya k.. tapi sebelum tu, enjoy few pics of us k..

until next entry, Assalamualaikum.. :)
#prayforpalestine #prayforgaza #supportgaza

















Sunday 17 August 2014

Memori tercipta~

Assalamualaikum sume.. entry kali ni khas untuk kawan2 zaman diploma dulu.. rindu yang membuak2 dengan kenangan dulu, masa yang dihabiskan bersama teman2 seperjuangan, semua tu aku harap sangat boleh berulang kembali.. "Disini jua memori tercipta, walau seketika terjalin kasih kita.. Mungkin disini kita kan terpisah, kenangan bersama tiada kulupa.." ye, aku xkan lupa kenangan itu semua. yang pahit, yang manis, semua itu kenangan terindah buat aku.. :')

terima kasih korang sebab bagi aku satu memori yang terlalu hebat maknanya untuk aku simpan dan genggam sampai bila2, insyaAllah.. Lagu Memori Tercipta, syira yang kenalkan aku dengan lagu ni.. setiap baris liriknya memang kena sangat dengan persahabatan kitorang.. dan inilah lagu tema persinggahan hidup aku di UiTM Melaka, tahun 2010 - 2013.. :')



-Memori Tercipta-

Bergetar jiwa dipersada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka

Disini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mengalun suara sesuci bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada ku terduga pintunya terbuka

Disini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya


*play the video and enjoy~ :')






















































<3 Diploma Sains Komputer dan Matematik UiTM Alor Gajah, Melaka, kemasukan Julai 2010. <3