Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Sunday 15 November 2015

[DIY] Rantai Kunci Cik Meowww ^,^

Assalamualaikum sumeee!! Uisshh, lamanya Cik SM ni tak meninjau blog ek.. hihihi.. maaf ye uoollzz, kekangan masa sedikit.. ok la, soalan wajib! Sihat tak sume pembaca-pembaca blog ni? Kalau sihat alhamdulillah.. Aku? hmmmm makin sihat je sejak mula praktikal ni.. mana tidaknya, kat ofis makan saja kejenye.. hahahaha.. Opppss!! Kantoi pulak tak de wat keje eh.. :'D

ok la, balik ke topik kita untuk entri kali ni, DIY.. "Ape dia cik meoww ni SM oi? Habaq mai sikittt." Ha, ni nak habaq la ni.. DIY kali ni, aku gunakan kain 'felt' sebagai bahan asasnya.. Kain 'felt' ni macam mana? Kain ni dia tebal xmacam kain orang duk buat baju nuh.. Korang boleh dapatkan kain ni di kedai-kedai kraftangan yang buat hantaran tu, xpun di Mr.DIY pun hadoo.. Untuk first entri pasal kraf felt ni, aku post kan 'keychain' atau rantai kunci yang dibuat menggunakan kain 'felt'.. Korang yang rajin dan rasa nak cuba buat, leh la follow step ni ok.. :)

Bahan-bahan yang korang perlukan:

  • Kain 'felt' - 4 warna (badan, kaki, mata, pipi)
  • Benang - benang hitam untuk hidung dan benang untuk 'stitch' tepi
  • 'Wool' - isi perut Cik Meoww (leh dapatkan di kedai kraftangan)
  • Reben - tali rantai kunci
  • Gam UHU (atau mana2 gam untuk fabrik)
  • Barang asas jahitan 

Dah lengkap dah bahan-bahan korg? ha, jom mulakan! 
  1. Lakarkan di atas sehelai kertas, bentuk Cik Meoww yang korang nak.. Bulat, kurus, lebar, pendek, haa sumeeee ni korang boleh pilih nak bentuk macam mana.. Lukiskan juga bahagian yang lain; kaki mata, pipi..
  2. Dah lukis tu, guntinglah.. Tekapkan pada kain 'felt' yang korang dah beli tadi.. Warna apa? ikut kreativiti masing2, kalau korang suka merah, merahla.. kalau biru, birulah.. heee.. (*SM ni sume ikut masing2 je, baik xyah tutorial.. hahahahaha.. :p)

    ****penting! korang mesti cukup satu set untuk hasilkan 1 Cik Meoww.. 2 keping badan, 4 keping kaki, 2 keping hiasan kepala, 2 keping mata dan 2 keping pipi***
  3. Ambil satu bahagian badan, jahitkan hidungnya dengan benang hitam.. Selepas itu, korang cantumkan 2 bahagian badan, jahit keliling kain tu.. Bila tiba di bahagian tepi, selitkan reben di antara 2 keping kain itu dan jahit bersama dengan badannya..
  4. Pastikan korang tinggalkan sedikit ruang untuk masukkan isi 'wool' tu, dan kemudian baru jahit sampai penuh.. Sumbat je 'wool' tu sepenuh yang boleh, pastikan kawasan telinga Cik Meoww kita tu berisi ye, jangan kosong pulak.. lagi best kalau ada kayu kecil yang tumpul, tolak isi tadi sampai betul-betul penuh.. hihi..
  5. Da siap jahit, apa lagi, kita hiaskan Cik Meoww kita.. Tampalkan bahagian2 lain dengan gam fabrik lepas tu, taraaaaaaaa!!! Siap dah rantai kunci Cik Meoww korang..

Ini hasil kraf Cik SM sendiri, tapi masih 'sloppy' jahitan disitu.. Mianhaee!! 

Mudahkan? aku tau, mesti ada yang hatinya melonjak-lonjak nak pegi kedai beli bahan-bahan ni kan? hahahaha.. rilek, rilek.. sebelum korang nak hentam keromo je jahit ni, meh la tengok video tutorial jahitan untuk kain 'felt' ni dan juga korang boleh usha blog Hapy Friends Shoppe ni.. kat blog sis ni korang boleh dapatkan banyaakk lagi idea2 kraf felt yang soooo kawaaii.. disertakan juga link unuk temlate Cik Meoww ni.. haa, mudah kan, xpayah gigih nak melakar-lakar.. hihi.. 

Credit to blog Hapy Friends Shoppe, for the idea and tutorial.. Thank you!!!! <3 <3 <3 

Link tutorial jahitan (youtube): blanket stitch
Link template (blog): template

Happy Crafting!! <3