Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Saturday 24 November 2012

resepi - craving for DURIAN CREPE!! :D

Assalamualaikum kawan2.. new entry lagi tuk ari ni.. haha.. seperti tajuk entry kali ni, ceritanya mestilah berkenaan dengan DURIAN CREPE' yang seakan-akan seperti satu trend lak sekarang ni.. dah 2 orang yang aku kenal try sndiri mmbuat durian crepe ni, xkurang juga yang craving sssgggttt3.. well, sekarang kan musim durian so memang makanan berasaskan durian expecially dessert durian crepe ni mmg sangat terkenal dalam kalangan suri rumah, xkurang juga penggemar2 resepi2 baru.. aku pun sebenarnya teringin gak nak try wat durian crepe ni.. ber'googling2' td nmpak macam agak simple resepinya, bahan2 yang mmg mudah nak dapat, cara atau method yang xtrlalu complicated.. hmm, insyaAllah, kalau sempat, inilah hidanagn yang wajib aku wat sebelum balik melaka... insyaAllah.. :)


dah bercerita panjang ni, baiklah aku post resepinya kat sini kan.. manala tau kawan2 leh la try cuba.. seriusly sangat simple.. check it out!! :)

RESEPI 'DURIAN CREPE'

BAHAN BAHAN
250 gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanila
3 biji telur saiz sederhana
500 ml santan
1/ 2 sudu kecil garam (atau mengikut citarasa)
1 sudu kecil paste pandan/pewarna makanan
1 sudu besar  butter di cairkan 
350 gm krim (dalam kotak)


CARA CARA
  1. masukkan tepung, esen vanila, santan, garam, telur dan blend menggunakan blender. method ni untuk pastikan adunan kita betul2 halus..
  2. sementara blend tu, leh la panaskan mentega tu dalam pan dan tuang mentega yang telah dicairkan tu dalam adunan dan blend bersama lagi. 
  3. akhirnya, masukkan paste pandan ataupun pewarna makanan dalam adunan tu dan again blend lagi.. sampai betul2 sebati warnanya..
  4. tapis adunan trsebut.
  5.  panaskan kuali-tidak-melekat, dan masakkan adunan tu seperti lempeng. dalam anggaran satu senduk setiap kali masak.. *jangan terbalikkan dalam kuali.. 
  6. ulang sampai habis adunan yang kita wat td..
  7. bagi filling nya pula, putar krim sehingga btul2 kembang.
selesai persediannya, sekarang cara2 tuk menggulung crepe kita tu td.. 
  1. hamparkan crepe yang kita masak td di atas permukaan rata.
  2. letakkan filling (whipped cream) tindihkan pula dengan isi durian di tengah2 crepe tu.
  3. lipatkan bahagian kiri dan kanan dan gulung crepe tu.
  4. dh siap, smpan dlm peti ais k, barulah seddaapp makan sejukk222.. hihihi.. 

kwan2 leh gak gantikan filling whipped cream tu dengan kastard.

FILLING CUSTARD
200 gm susu segar
2 kuning telur
30 gm gula halus
Kacau atas double boiler hingga pekat.

250 gm whipping non dairy ~ putar kental
* Satukan kedua dua bahan kaedah kaup balik.

 
bagi kwan2 yang creative dan suka mencuba resepi yang baru, leh la try menggantikan durian tu dengan jagung ataupun mangga.. so we can have mango crepe or corn crepe.. woooowww, bunyinye sangat menyelerakan!! hahaha..  



sekian kwan2, assalamualaikum.. :)



the making of durian crepe-youtube.. :)

tamat sudahhh..~

Assalamualaikum w.b.t.. ape khabar kwan2? smoga shat2 belaka hendaknya, insyaAllah.. rse cam dah agak lama aku xupdate blog ni an? hahaha.. maafla, busy uoollllzzz, kerja la.. huhu.. ha, cakap pasal kerja ni, agak2nya ramai x dalam kalangan kwan2 yang dah mula kerja? hmm yela, mostly kawan se'batch' aku dah grade kan.. hehe.. kepada yang baru berjinak2kan dri ngn kerja ni, gud luck k.. kepada yang tengah kerja, teruskan perjuangan anda!! hahahaha.. dan xlupa gak yang dah berenti kerja macam aku, hmm tahniah2, xnak belanja ke?? ttbe.. haha.. :D ehh?? berenti kerja????!!!! jeng, jeng, jeng...

chhopp!! sebelum ada yang salah faham, baik aku terangkan dulu ye.. hehe.. aku bukannya dbrhentikan kerja ok, tapi minta berenti.. hahaha.. sme ke? len kan? ttbe terkonfius pula. haha.. xdela, kan lagi seminggu je lagi aku akan mula balik kelas kat melaka tu, so ada beberapa preparation yang perlu diselesaikan.. yela kan, first time duk luar kampus, cuak gak ni, risau xcukup kelengkapan.. huhu.. mentally dan physically, cehhwaaahh skieping gitu.. :p

pengalaman?? hmm, ok la not bad gak.. dapat ilmu mnegndalikan mesin photostat, pengalaman handle ratusan set photostat, laminating, binding dan sebagainye.. insyaAllah, leh dgunakan dimasa akan datang, mne lah tau kan.. hehe.. dari segi proses awal pembelajaran aku dalam hal2 photostat ni xde la byk masalah sgt since aku sendiri pun mmg pernah ada pengalamn kerja di kedai photostat gak 2 tahun yang lepas.. yang tu lagi la, sorang2 je aku handle, tambah toner, paper jammed, maintenance, semua aku wat sendiri.. so kerja kali ni kira cepat tangkap skit la ilmu tu.. alhamdulillah, berguna gak ilmu aku dua tahun yg lepas tu.. hehe..

lebih kurang macam ni la mesin tu.. hahaha.. sekeping gmbar pun aku xamik kt kedai tu.. busy la katakan.. kuikuikui.. :p

dari segi pengalaman dengan majikan lak, hmm daripada pengalaman kerja aku yang dulu, aku prefer majikan dulu la.. mybe sebab dia jarang sangat datang kedai, just aku handle sorang kan, so pressure dia kurang skit.. dan, majikan tu pun melayu kita, so memang seriusly xde masalah dalam komunikasi.. cehwaahh panjang lebar gitu.. haha.. tapi majikan aku, eh, ex-majikan aku kali ni chinese so dari segi komunikasi memang ada masalah skit, tambahan lak, dia mmg ari2 ada je kat kedai tu so pressuurree woooo.. hahaha.. adalah tambahan beberapa problem yang len yang wat aku rse kurang selesa sebenarnya kerja kat sana.. tapi pape pun, alhamdulillah, berjaya harungi hari2 kerja aku kat sana dengan penuh kesabaran dan keimanan yang tinggi!! hahaha.. pewwaaassaann lah awk ni, syafiqah.. :p

ok la whatever it is, sekarang bermulala operasi aku packing2 tuk balik melaka.. waaaaaa.. sedih sebenarnye, macam mne la aku harungi satu semester yang bakal mndatang ni tanpa kawan2 yang dlunya sama2 study kat library, sama2 wat assignment, sama2 kuar release tension tgk movie bgai, sama2 makan lepas kelas.. hmm, insyaAllah semoga dipermudahkan segalanya.. insyaAllah, amin ya Allah.. huhuhuhu.. cik abg? hmm, bermulalah episode percintaan jarak jauh kami.. smoga kepercayaan, kesetiaan mampu mnjadikan hubungan yang telah terjalin ini bertambah erat, bak kata orang, percintaan jarak jauh ni manisss sebenarnya, bagi yang benar2 menikmati tanpa merungut tentangnya.. insyaAllah, smoga masing2 dberikan kekuatan tuk itu.. amin.. :) haa, MOHAMMAD IZHWAN BIN MAZLAN, jgn nakal2, take care, jaga diri, jaga ibu ayah, jaga adik2 k.. ada rezeki kita jmpa, kalau xde insyaAllah Allah merancang yang lebih baik tuk kite.. :)

ok la, panjang bonar entry kali ni kan? hahaha.. sbelum kari2 kenit aku ni menaip banyak lagi, better berenti.. haha.. ok la, sehingga jumpa di entry akan datang.. haa, btw, wish gud luck kepada kawan2 yang akan sambung semester 6 sem depan bersama aku.. kita jmpa nnt k.. :)

bye, assalamualaikum.. :)

Sunday 18 November 2012

karookkkzzz!!

LAGU “PENDUSTA” DARI KISAH SI

Komposer / Penulis Lirik : Zimi

nyanyian penyanyi berbakat Alif Satar, telah mendapat sambutan luar biasa! Single ini juga telah pun mendapat perhatian daripada peminat muzik.
Paling membanggakan, lagu ini juga pernah menjuarai carta lagu di beberapa buah radio tempatan. Selepas kejayaan lagu LELAKI SEPERTI AKU, Alif Satar kini tampil dengan lagu PENDUSTA.

Lagu Pendusta Alif Satar Kisah Si Curang


Lagu PENDUSTA juga dimuatkan dalam album ke- 2 artis tersebut.
Selain dari menjadi seorang pelakon, pengacara, Alif Satar juga masih bergiat rancak dalam bidang nyanyian. Dalam rangka mempromosi kan single terbarunya berjudul PENDUSTA, juga merupakan track ke – 3 di dalam album LELAKI SEPERTI AKU, Alif Satar tidak ketinggalan untuk meluangkan masa untuk turun ke padang bertemu dengan peminat serta jemputan-jemputan nyanyian.
Lagu yang diberi tajuk PENDUSTA ini agak sedikit berbeza berbanding dengan lagu Lelaki Seperti Aku dan Abdul. Ini kerana lagu PENDUSTA yang banyak memberi impak kematangan dalam penyampaian penyanyi itu sendiri, telah membuatkan peminat-peminat Alif Satar kagum dengan alunan muzik yang rancak serta lirik yang mudah disenangi.
Menurut kata Zimi juga selaku komposer & penulis ,
ini mengisahkan tentang kecurangan seorang kekasih.Lagu ini juga sememangnya tidak ada kena mengena dengan sesiapun. Saya juga berharap agar lagu ini mendapat tempat di hati peminat-peminat Alif Satar, paling penting pendengar-pendengar radio. Ini adalah kali kedua saya berkerjasama dengan Alif Satar. Kerjasama dengan Aliff memang senang. Dia penyanyi muda yang sangat berdisplin dan berbakat.”
Ulas lanjut oleh Rina Baharin selaku Pengurus A & R di Sony Music Malaysia, “Dalam album pertama Alif Satar, Zimi telah mencipta lagu ‘Cukup Indah’.
Sony Music Malaysia juga banyak memberi kepercayaan kepada Zimi untuk menerbitkan beberapa album artis-artis dari syarikat rakaman Sony Music sendiri. Setakat ini, promosi yang dilaksankan menempah kejayaan. Zimi dan Panji mempunyai keserasian yang sangat unik. Zimi juga merupakan seorang komposer yang tahu akan kehendak Alif Satar.


LIRIK LAGU
TAJUK : PENDUSTA
PENYANYI : ALIF SATAR
KOMPOSER & PENULIS LIRIK : ZIMI

Indah sungguh tika dahulu
Tingginya sungguh cintamu
Bila waktu telah berlalu
Tertusuk semua hati ku

Bukan tak mencintai mu
Segala hanya untuk mu
Tapi kau tak pernah tahu
Betapa hancur hati ku

Kau katakan cinta
Semua memang ku punya
Tak pernah untuk berubah
Ku katakan dusta
Segala yang kau kata
Tak pernah untuk setia
Kau katakan cinta
Semua memang ku punya
Tak pernah untuk berubah
Ku katakan dusta
Segala yang kau kata
Tak pernah untuk setia
Untuk berubah
Kau katakan cinta
Semua memang ku punya
Tak penah untuk berubah
Kau katakan dusta
Segala yang kau kata
Tak pernah untuk setia
Kau katakan cinta
Semua memang ku punya
Tak pernah untuk berubah
Kau katakan dusta
Segala yang kau kata
Tak pernah untuk setia

sumber dari: www.budiey.com

Saturday 17 November 2012

sedih..

Assalamualaikum kwan2.. sihat ke kwan2 ari ni? alhamdulillah Allah masih berikan kesihatan kat diri hambaNya ni.. syukur2.. tapi satu je la yg pelik skit badan aku ni, ntah kne allergi ape ntah, gatal2, merah2 satu badan.. huhu.. stakat yang aku tau, xde la allergi ngn apa2 makanan, tapi ntah ape la yg xkne ni.. bak kata cik abg, allergi kje kot.. hahahahaha.. ye la kot, start kje je satu bdan gatal2 ni dh knapa an.. hehe..kne tgu berenti keje baru baik kot gatal2 aku ni.. haha.. :D

cuti ni xbanyak spend time ngan mak, family pun, sbbnye kne kejeee!!! huhu.. sdih2, igtkan cuti ni leh la btul2 cuti tp nmpaknya tidaklahh.. penat stdy sem lepas xhilang, tambah penat bekerja, pasti disambung lak tension stdy sem depan pulak.. aduh2, ni la namanya student, dalam masa yang sama seorang insan, seorang anak.. moga2, dipermudahkan segala urusan aku, insyaAllah.. berbalik kepada tajuk entry ari ni, sedih.. hmm, mmg banyak perkara yang mnyedihkan bagi aku, bagi kwan2 yang trjadi spanjang cuti sem kali ni.. first thing first, cehwaah speaking.. haha.. ok la, yang pertama sekali, aku sedih sbb mak tinggalkan akuuu~~ huhu.. mak g trengganu jumpa si kembar, aku pun nak jmpa dorg tp malangnye, xleh la nak amik cuti smpai seminggu kan. huhu.. so ksudahannya, mak g sorang je, aku ditinggalkan kat umh ni.. uhukhukhuk.. :'(

yang kedua lak, berita yang sangat2 memeranjatkan aku.. pakcik aku, ttbe diserang strok lepas dia terjatuh kat bilik air ari tu.. subhanallah, kuatkanlah semangat beliau dah semoga cepat sembuh k.. insyaAllah, kami sume ada disisi pcik.. kuat semangat k!! kes yang seterusnya, kwan bek cik abg, hisyam trlibat dalam kemalangan motosikal.. ya Allah, sekelip mata macam2 leh terjadi dengan izin Allah.. huhu.. kpda hisyam, saya doakan smoga awk cpat sembuh.. nak melawat skrg jauh sgt, insyaAllah ble kt melaka nnt saya melawat awk ngn ewan k.. :)

next, kecewa dan trus kecewa.. masyaAllah.. huhu.. seorang kwan, seorang wanita, seorang insan yang dikecewakan, namun telah diberikan pengubatnya tapi akhirnya mnjadi racun yang terus meyakiti hati kecilnya.. kisah hati dan perasaan yang kkdang sukar kita nk duga permulaan dan akhirnya.. permulaan yg indah jgn disangka indah juga pengakhirannye.. :( awk, kuat semangat k.. saya tau awk leh, fighting2!!! insyaAllah, smoga akan ada insan yg menyayangi awk setulusnya, seikhlasnya yg akan datang kat awk nnt k.. insyaAllah.. Allah tu maha adil awk, Dia xkejam.. :)

ok la, sudah ckup sudahhhh~ haha.. ttbe nk karok dah knapa aku ni?? hehe.. xde la, smpai sini sajala entry kali ni.. kepada kwan2 yang Allah trunkan dugaan dan cabaran, harap2 bayak bersabar k.. setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya, insyaAllah.. :)

bye2, assalamualaikum..

Tuesday 13 November 2012

sunway pyramid.. :)

 Assalamualaikum sume.. :) ari tu aku dah janji nk uploag gmbar kat sunway kan? so entry ni just ada gambar2 tu.. xde la byak mne, sje je gedik gak nak post.. hahaha.. ok la, tataplah gmbar tu (aik, tatap ke?? :p) until next entry, bye, assalamualaikum.. ;)

kat mcd.. peeehhh ramai gle org.. huhu..

kakak aku berebut nak amik sos.. aku tgk je dr blakang, jahat x?? hahahaha.. :D

my mooommm!!! <3

kakak bersama suaminyaa~

weeee~ ice skating.. insyaAllah, ewan nnt kite dtg sni!!!! :p

nice2.. amik gmbar je mmpu.. kuikuikui..

sebelum nek lif nk blik.. smpat je snap kjap, senget2 aku amik gmbar.. ish3.. :D

Monday 12 November 2012

ber'window shopping'.. ;)

Assalamualaikum kwan2.. sdang apakah kalian? hihihi.. ari ni aku hepy gler sebabnya dapat cuti!! yeeaaahhhh.. hahahaha.. yela, kje dh 2 mggu xcuti2, mstilah nak satu ari yang leh dduk umh, rehat kan.. hehe.. alhamdulillah, bek ati gak bos aku tu.. hihihi..

plan nak duk umh je la ari ni, ttbe makcik sorang ni ajak g jalan2.. spe lagi kalau bukan kakak aku.. hahaha.. so aku pun mmg dah brzaman rasenye xkuar ngn dia, then cuti sem ni pun sbuk kje ntah ble lagi dapat cuti kan, so aku on je la.. hehe.. so tempat yang menjadi pilihan hati, cehhwwaaahhh, SUNWAY PYRAMID, PETALING JAYA..~ :)

xtau la nape tapi aku mmang suka sangat g sunway pyramid ni, bak kata org "syurga beli belah" gitu.. cakap je nak ape, msti ada kat sunway ni.. yang pelik? yang tgk dlm tv? yang xprnah tgk? haa, sume ada au.. hehe.. yang paling best sekali kat sunway ni, yang aku rse ada beberapa tempat je kot dalam Malaysia yang ada bende ni, iaitu, ICE SKATING!!! peeehhh, datang sane dh slalu tapi skali pun xprnah try ice skating kat situ.. huhu.. tringin sgt2, insyaAllah satu ari nnt smoga trcapai impian aku nk ber'ice skating' kat sane k.. :)

smpai2 je kat sunway pyramid tu, agak miong gak aku ni, nk jln ke mne kan.. so jln je la, belok kiri, belok kanan.. kakak cnfirmla brjalan beriringn ngn suami dan anaknye, aku lak, dating ngn mak la.. hehe.. jln punye jln, trnmpak DAISO.. ape lagi trus aku ajak mak msuk.. hahaha.. mse jln2 dalam daiso tu, ttbe aku trnampak tmpat jual brang2 kraf knitting.. knit ape ye bhasa melayu? sory lupe la.. huhu.. aku mmg dr dlu trigin nk try knit, yela kan, nk cuba mncari hobi baru.. mcam best je knit ni..tgk2, ada buku, ada klengkapan semua untuk knit, for beginners pun ada gak, so usha2 dlu insyaAllah aku akan kmbali tuk beli semua brang2 knit tu.. :) punyela leka aku ngn mak brjalan dalam daiso, hmpir sejam kot ktorg dlm tu.. kakak dh bsing dh tggu kat luar.. hahahaha.. :D so lpas g daiso, perut pun dh kelaparan, ktorg pun g mkn.. 

klu kt sunway pyramid tu, mmg slalunya akan mkn mcd or kfc.. since kakak tringin sangat nk mkn spice&ice tu, ktorg pun mkn la kt mcd.. maaakkk ai, org xnak rmai lak, bratur xnak smpai trkeluar2 plak kan..  huhu.. serius rmai sangat orang tmbahan lak time lunch, kan murah so mmg penuh mcd tu ngn org je, mcam ada party lak.. haha.. lpas mkn tu, sempat gak aku snap gmbar ice skating yg mnjadi impian aku tuk try men tu.. sbnrnye aku pasang impian dr zaman skolah lg, "ble aku ada someone special nnt, aku nak bwa dia dtg sni, skate sme2.." mybe sbb tu smpai skarang aku xprnah skate walaupun slalu g sne, mybe mnunggu yg prtama kalinya ngn someone special tu.. insyaAllah, nnt EWAN MAZLAN dtg sni for sure aku nk bwa dia g ice skating.. insyaAllah.. :)

ok la, xpuas pun brjalan dlm sunway pyramid tu tp kne balik sbb kakak nk balik putrajaya ptg tu.. tapi mak cakap nnt nk g sme2 ngn aku lgi sbelum aku blik lendu.. yeeaaahh!! jln2 lgi nnt.. hehe..ok la, entryku ber'window shopping' smpai sni sje k.. few pics yg smpat aku snap td akan aku upload nnt k.. internet problem so sgt lammbbaattt.. huhu..ok la, until then k..

bye, assalamualaikum.. :)

Saturday 10 November 2012

graduate??

Assalamualaikum kwan2.. slamat pagi, morning2, haha.. tarikh hari ni dah 11/11/12.. hmm dah 2 ari dah result pelajar2 UiTM kuar.. alhamdulillah, pertama tama tama sekali nak wish CONGRATULATIONNN!!! kepada kwan2 batch aku yang dah grade dengan cemerlang dan gemilangnya.. alhamdulillah.. syukur2, waahh bestnye dah officially graduated sbagai student diploma.. tahniah2!! seriusly hepy sangat2 tuk kwan2 sume, aku doakan smoga korang trus sukses dalam kehidupan, gud luck degree gak k.. :)

aku lak, xde rezeki nak merasa kebahagiaan macam yang kwan2 aku yg len rase.. semester depan aku masih ada lagi satu, insyaAllah peperangan yang kena aku tempuh.. walau camne pun, aku besyukur sbnarnya aku still kat melaka ni, sbabnya dengan anjakan satu sem ni la aku mampu membaiki pointer2 aku untuk subjek yang aku lemah.. calculus 1 dan juga linear algebra.. alhamdulillah, repeat yang sangat berbaloi wat aku, syukur, ya Allah..

haa, dah taip panjang2 ni, xnak cite ke result aku sem ni kan?? hahaha.. result aku, alhamdulillah ape yang aku takut2kan, Allah dah jauhkan dari aku.. syukur.. sbnarnya aku ni terkonfius, result kuar 9 ke 15 hb.. so mlm 9hb tu memang aku xfikir langsung nk tggu result, siap call cik abg ckp nite, nk tdo la katakan.. dia dengar aku cakap nak tdo, trus dia kata, "aik, xnak tggu result ke??".. hahaha.. time ni aku serius trkejut, lupe tarikh sbnarnye.. hahaha.. then aku takut nk tgk mlm tu, so aku ckp aku ttap gak nak tdo (tdo no1 aku ni.. :p) tapi mnta tolong cik abg tgkkan.. so, tdo la aku dengan nenyaknye, pelikkan? haha.. tgah mmpi2 indah tu ttbe brbunyi la hp aku ni, tgk2 ntah no spe lak ni call ppagi buta ni.. angkat2 rupenya cik abg, dia gtau yang aku lulus semua sbjek.. time tu ya Allah, hepy sangat2, syukur sangat2.. alhamdulillah.. :)

result aku yang sebegini bukanlah hasil penat lelah aku sorg, ni la hasil dari doa nak abah, doa lecturer2, tunjuk ajar kwan2, dan yang plg mmbantu aku kat sana, EWAN MAZLAN yang sntiasa ada dengan aku, ajar mana yang aku xtau, lengkapkan ilmu aku ape yang kurang,  xlupa gak semua orang sekeliling aku spanjang aku belajar tu.. alhamdulillah, walaupun pointer mmg sekadar yang perlu, aku dah ckup bersyukur dah xde lagi paper yang repeat, semua dah clearrr!!! alhamdulillah.. :)

result cik abg lak, waaaaahhhhhhhhhhhhh sangat, sangat, sanggaaatttt mmbanggakan!! tahniah syg.. dia berjaya mndapat balik apa yang dia dapat semester 2 dlu, sangat hepy utk dia.. sangattt!!! tapi hepy2 bengang gak la, asal la bijaksana sangat cik abg sorg ni kan? jeles tau!! hahahaa.. xde la, syukur dpat kawan sepandai tu, leh cedok2 skit ilmu dia kan?? haha.. :p smester 5 ni, semester terakhir wat cik abg, dan alhamdulillah dia brjaya mndapat result yang sangat bgus, grade dgn pointer yang tinggi.. syukur2, hepy sgt2 tuk u syg.. tahniah gak wat si kembarnya, izz!!! hehe.. tahniah2,dh hbis diploma, grade dgn pointer yang best.. waaahhh, anak sape la pasangan kmbar ni kan? hehe.. :D

eyen & ewan.. sory boy, trcrop la.. hihihi.. :p
ok la, dh pnjg2 taip ni, puas dah kot bercerita tentang result.. hehe.. so jawapan tuk tajuk entry tu, TIDAKK~ aku xbrjaya nk grade brsama kwan2 tapi insyaAllah korang tggu aku grade nnt, bwa bunga byak2 au.. hehehe.. :p ok la, penat dah nk pkir ayat ni, smpai sni sajalah entry kali ni.. btw, di kesempatan  ni nk ucapkan gud luck kwan2, gud luck degree nnt.. insyaAllah ada rezeki, ada jodoh kite jmpa k.. rindu sangat2 ngan korg au.. :')

bye2 sume, assalamualaikum..




 


Saturday 3 November 2012

Kahwin Muda : Kebun atau Kuburan Cinta?

Assalamualaikum w.b.t sume.. shat2kah kwan2 ku ari ni? diharapkan smoga kawan2 shat2 belaka, insyaAllah.. aku plak, ohh tidaaakk... keracunan makanan la plak, muntah2, cerryy beerryy sume.. huhu.. dugaan2.. ntah ape la salah msuk mulut ni kan. huhu.. 

okla, entry hari ni, "Kahwin Muda : Kebun atau Kuburan Cinta?".. hmm cam biasa je dengar topik ni dalam kalangan warga2 student ipt an? ada yang mengimpikan perkahwinan di usia awal, xkurang gak yang TTAAAKK NNNAAAAAKKKK!! haa, nak tau lebih lnjut tntang kahwin muda ni, kite intai2 skit artikel dr iluvislam.com ni.. setiap bhan yg dibaca setiapnya mnambahkan ilmu kite, insyaAllah.. sama2 kita bace k.. :)


<<<<<<<<Kahwin Muda : Kebun atau Kuburan Cinta?>>>>>>>

Ramai di antara pelajar IPTA mahupun IPTS yang ingin membina mahligai ini. Terutamanya bila sering mendengar kuliyah-kuliyah berkenaan zina, perhubungan dan sebagainya. Ada yang berkata 'Oh, aku kena kahwin kalau macam ni, elak zina". Katanya salah seorang ahli qaryah dengan nada gurauan. Dan tidak dinafikan itu alasan kebanyakkan mereka.

Saya tidak mengatakan ini salah dan itu betul. Cuma kita perlu melihat banyak aspek lain lagi untuk mengelak zina lebih daripada satu jalan sahaja iaitu perkahwinan. Isu nafkah, isu hak dan tanggungjawab antara suami isteri, isu tanggungan anak dan isu agama mesti diperhatikan. Ingat, bahawa ketidaksediaan kita dari aspek itu akan menjerumus perkahwinan tidak menjadi kebunan percintaan yang boleh dipetik hasilnya akan tetapi ia juga boleh membawa kepada kuburan percintaan yang ditinggalkan bila tidak lagi bernyawa. Saya bukanlah seorang yang telah berkahwin, tapi sekadar mengambil ibrah daripada orang-orang berjaya dan juga gagal dalam mengharungi alam ini. Bacalah dengan nama Tuhanmu gugusan kata ini.

Kebunan Percintaan
Perkahwinan diasaskan oleh cinta kemudian diakhiri dengan tanggungjawab. Cinta merupakan kepatuhan sementara tanggungjawab ialah bebanan. Bila sahaja kita melafazkan "aku terima nikahnya" ia bermakna kita berkata "aku bertanggungjawab keatasnya". Bukankah cinta telah menjadi penghias kepada tanggungjawab? Maka segalanya terletak di atas bahu si lelaki, terutamanya perkara melibatkan maruah dan dosa. Jika tidak dijaga selayaknya himpunan pahala berganda boleh bertukar menjadi gugusan dosa yang bertimbun.
Kebunan itu tidak boleh dipisahkan daripada aspek islam sebagai pendukung kehidupan. Islam adalah fitrah maka jalannya adalah juga selari dengan fitrah manusia. Islam terdiri daripada 3 aspek utama akidah(keimanan), syariat (peraturan) dan akhlak. Akidah ialah aspek iman yang mana mesti menjadi dasar kepada pembinaan kerukunan rumah tangga.
Selalu kita mengaitkan perkahwinan dengan istilah akan terbinanya sebuah masjid. Masjid merupakan tempat ibadah yang suci dan didasari pembinaanya atas dasar iman dan taqwa, tertegak di atas peraturan dan lahir daripadanya akhlak yang mulia. Apabila mahligai itu didasari oleh iman diawalannya maka apabila wujudnya krisis, ia akan lebih mudah kerana kita boleh kembali ke dasar tadi iaitu iman. Kita berkahwin kerana apa? Adakah kerana cinta ? kerana ikut sunnah? Kerana ikut-ikut? Kerana ingin membentuk keluarga bahagia? Ataupun kerana Allah Azzawajalla.
Bila kita berjaya untuk membentuk 'Basic Structure' maka senang untuk dirujuk daripada apa jua permasalahan. Persoalan memenuhi hak tidak lagi menjadi persoalan utama kerana hak Allah didahulukan lebih mengatasi hak suami isteri. InsyaAllah bila hak yang pertama didahulukan maka yang utama akan diutamakan. Allah didahulukan Keluarga diutamakan.
Apabila ini berlaku keduanya akan membentuk suatu perjalanan yang penuh berperaturan berlandaskan syariat. Hidup penuh berperaturan ini menjamin keduanya berada pada landasan kepatuhan. Agar apabila berjauhan tidak gundah, berpisah tidak gelisah. Si suami boleh memainkan peranan dan bertindak selayaknya atas dasar peraturan. Suami adalah 'king control' dalam sesebuah kebunan percintaan, mengawal, mendukung, melindung dan mendidik. Bila tugas ini selari dengan syariat maka akan lahirnya aspek akhlak.
Akhlak terbina atas dasar kepatuhan yang sudah sedia ada yang menjadi 'rules of life' peraturan kehidupan yang mesti dipupuk sejak pertama kebunan percintaan tadi terbina. Anak-anak akan merasakan indahnya apabila mempunyai ayah dan ibu berpegang pada syariat tidak hanya adat. Syariat bererti mendidik dan adat hanyalah menjaga. Bila mana ketiga-tiga faktor ini berlegar dalam ruang lingkup keluarga maka kita akan berjaya membina masjid dipertengahan malah hingga ke penghujung. Bukan sekadar pada permulaan. Ayah sebagai imam, ibu sebagai bilal dan anak-anak sebagai makmum.

 Mulakanlah Sesuatu Yang Baik Itu Dengan Kebaikan
Berbalik soal pembinaan masjid bahawa adat mestilah kalah dengan ibadat. Terdapat adat-adat dalam majlis perkahwinan yang selayaknya dikaji semula. Soal membatalkan air sembahyang, kenduri walimah secara berlebihan (pembaziran) terdapat unsur nyanyi-nyanyian, mas kahwin yang tinggi dan bermegah dengannya (RM 8,888 dan sebagainya) adalah contoh sesuatu yang baik tetapi diselangi keburukan. Bukankah Nabi menyebut sebaik-baik wanita yang dikahwini ialah yang rendah maharnya?
Cubalah untuk mengubah cara itu berlandaskan syariat. Kita sebenarnya kadang-kadang mesti melawan arus. Mungkin ada di antara kita yang bertanya "kalau pihak keluarga perempuan atau lelaki hendak buat juga macam mana?". Bagi saya jalan yang terbaik adalah dengan adakan musyawarah atau berbincang/berunding. Sediakan hujah dan ilmu bercakap (komunikasi). Ingin bercakap bukan sahaja dengan mulut tetapi dengan hati yang penuh berhati-hati. Meskipun ditolak oleh pihak keluarga, yakinlah yang sebenarnya kita telah melakukan pada yang sepatutnya. InsyaAllah jika dilakukan dengan berhati-hati maka akan lunak hati lain yang mendengarnya. Cuba untuk berlebih kurang tetapi penuh dihiasi dengan komitmen yang tinggi.
Cinta Tiga Segi
Seorang Ilmuan pernah berkata kepada saya bahawa percintaan tidak cukup hanya berdua. Kurang keseronokannya dan nilai tambah dalam perhubungan.
"Macam mana tu ustaz?" soalan ini terus tercetus kerana menggambarkan seolah-olah berkahwin lebih daripada satu itu mempunyai nilai tambah.
"Saya berkata begitu sebab bila hanya hanya bercinta iaitu antara lelaki dan perempuan, maka tidak akan ada yang menjamin si suami atau si isteri akan selamanya setia pada kita. Mungkin saja di hadapan kita pijak semut pun tak mati tapi di belakang gajah yang sebesar itu dilanyaknya". Jawabnya dengar nada gurauan.
"Kalau begitu siapa yang menjamin kesetiaan antara mereka?". Saya bertanya mahukan penjelasan walaupun jawapan ringkasnya sudah berada dalam minda.
"Tak lain adalah kita menjadikan Allah sebagai kayu ukur terhadap kesetiaan dan kepatuhan. Katakan padanya samada suami atau isteri yang kita mencintainya kerana Allah. Maka cinta itu akan segar dan sentiasa mekar", jelasnya lagi.
Inilah yang menjadi idaman semua, cinta ibarat bunga mekar tidak hanya kembang hanya diwaktu pagi (awalan). Dan ianya akan mudah dirujuk (kembali kepada persoalan pertama iaitu iman). Jika kasih kita kepada isteri bertambah bermakna bertambahlah kecintaan kita kepada Allah. Sebaliknya jika kecintaan kita kepada isteri kita sudah berkurang bermakna kurang juga cinta kita kepada Allah.

Kitaran Perkahwinan
Dengan meletakkan Allah sebagai "key performance indicator" ia akan lebih bersifat maknawi, lebih kukuh dan mengukuhkan. Persoalan ibadah akan menghiasi dinding-dinding kesepian. Mencintai ialah hak Allah yang mewujudkan kita daripada hak ketiadaan. Yang memelihara kita dengan nikmat yang tidak terhingga. Daripada kegelapan berlapis tiga (kegelapan malam, alam rahim dan mata) hingga ke dunia.
Jika ini dapat dilakukan semoga dengannya "berjauhan kita tidak gundah, berpisah tidak gelisah"
Suami Bertuan Di mata Beraja Di hati
Sejak kebelakangan ini berlaku banyak kes perceraian yang membimbangkan. Kajian mendapati tidak ramai pasangan-pasangan muda yang mampu bertahan sehingga mencecah 10 tahun perkahwinan mereka iaitu 59.9 peratus iaitu daripada sebanyak 135,136 perkahwinan didaftarkan pada 2009, manakala 27,116 kes perceraian pula direkodkan pada tahun berkenaan. Sebagai imam di mana letaknya kekuatan lelaki yang tidak mampu untuk mempertahankannya.
"الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاء بِمَا فَضَّلَ اللّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَبِمَا أَنفَقُواْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ"
Ertinya : "Lelaki itu adalah ketua ke atas wanita disebabkan kerana kurniaan yang diberikan kepada mereka dan disebabkan nafqah yang mereka berikan" -(Surah An-Nisa ayat 34)
Pernahkan kita mendengar perkahwinan ibarat belayar dengan bahtera manakala persekitaran ialah ombak lautan? Tanpa bekalan yang cukup, kesediaan dan kukuhnya bahtera yang dibina oleh ketua maka bahtera yang dibina sudah tentu tidak akan mampu bertahan. Apabila bahtera tadi pecah, maka posisi nakhoda akan terjejas (suami), anak dan isteri jatuh di dalam lautan masalah (perceraian). Kasih sayang sudah berbagi antara cinta dan air mata. Benar sekali jika perkahwinan boleh sahaja menjadi kuburan percintaan, menguburkan perkahwinan yang terbina dengan cinta.

Bukan Soal Cepat Atau Lambat Tetapi Bersedia Atau Tidak
Persoalan di atas terjawab dengan ilmu. Bagi saya pasangan muda haruslah menyediakan diri dengan ilmu berumah tangga. Dan ia tidak semestinya dengan membaca semata-mata tetapi mengutip butiran hikmah daripada orang yang lebih tua. Bukan hanya Ilmu munakahat yang mesti menjadi pokok perbincangan tetapi ilmu-ilmu yang mendukung tertegaknya munakahat seperti, tauhid, feqah dan saya cadangkan buku Muhimmah Fil Ilmi Hadis (kemanisan dalam mempelajari hadis),  berkenaan taktik berumah tangga tidak kurang juga ekonomi.
Kesediaan dari sudut pengukuhan kewangan adalah penting tetapi tidaklah sampai ke tahap terpenting. Pernahkah kita mendengar "everything needs money but money isn't everythings"?. Perlu difikirkan bagaimana hendak menyara hidup terutamanya bagi si suami. Terdapat juga pandangan pesimis daripada ibubapa, "kau nak bagi makan apa pada isteri kalau masih belajar, nak bagi makan pasir?" Mendengarnya menjadikan pasangan muda yang ingin berkahwin agak pedih lagi memeritkan bukan? Saya serahkan kepada anda fikirlah jalan yang terbaik dan kebanyakkan kita tahu jawapannya.
Ibubapa ini terkadang risau bukan marahnya itu rajuk. Bagi ibubapa yang berada mungkin mereka tidak kesah kerana masih lagi mampu mengisi kekurangan itu tapi bagi yang kurang berada bagaimana? Kadang-kadang semua itu menyindir kita. Seolahnya kita mendapatkan segalanya yang mungkin sedangkan sebenarnya tidak. Mereka sebenarnya tidak menyindir cuma sekadar merajuk. Pujuklah.
"Kata orang dunia ini agak  pelik sedikit. Kadang-kadang kita dikaburi masa yang singkat sehinggakan kita terlupa masa yang panjang kerana mengejar masa yang singkat. Sedangkan masa yang panjang adalah yang hakikat. Jangan kita hanya memandang yang benar sebaliknya pandanglah disebalik yang benar. Jika benar itu mengaburi kebenaran"
Ilmu tidak akan habis sebaliknya ia satu proses. Belajar perlu sebelum, semasa dan selepas perkahwinan. Cubalah bersedia daripada pelbagai sudut. Belajar sebelum adalah berseorangan, belajar semasa sudah pasti berdua dan belajar selepas adalah bertiga malahan lebih (bersama anak-anak).
 Piawaian Berkasih
Sebelum perkahwinan ramai pasangan yang membina mahligai yang kononnnya nanti akan dihiasi dengan pengharapan. Berharap selepas kahwin ada itu dan ini, kereta yang besar, rumah yang mewah, anak-anak yang berjaya tidak kurang juga suami dan isteri yang romantik dan memahami. Semuanya yang indah-indah belaka. Bukan salah untuk berharap tetapi jangan pula harapan tinggal angan-angan.
Terimalah seadanya dan cuba untuk berbuat apa yang patut. Kita selalu mengidamkan sesuatu yang lebih daripada sedikit kelebihan. Cubalah untuk memahami dan meneliti. Perkahwinan bukan satu pengakhiran tapi ia sebuah permulaan. Sesudah berkahwinan segala baru sahaja bermula kerana zina yang ingin dielakkan pada awal perbincangan tadi telah semakin berat. Mengelak dari sesuatu untuk berhadapan dengan sesuatu. Itulah yang kita lakukan.
Tidak hanya kita mahukan kereta yang besar tapi kita mahukan kereta, rumah, anak-anak yang berkat. Untuk itu suami dan isteri mestilah mencari yang berkat. kita selalu berterima kasih dan mengatakan "she or he is the answer of my prayer". Pada permulaan segalanya akan kelihatan baik dan lama-lama ia akan berubah. Bersedia untuk perubahan itu. Setiap pasangan akan mula menunjukkan wajah sebenar ketika telah lama berumah tangga. Bila saja rasa cinta itu terbeban dengan tanggungjawab dan tersisih daripada keseronokan.
Kata-kata yang dulunya berbunga hilang serinya, kuntuman kasih muncul hanya sekali sekala. Bagai bunga kembang tak jadi. Bila mana mencapai kepenatan, kaki sudah lenguh, hati sudah jemu dan lain-lain berkaitan kerja  dan rumah tangga. Untuk mencapai kebahagiaan mesti dahulu mengenal erti kesengsaraan kerena dengannya akan lahir pengawasan dan penelitian.
Berkahwin memang seronok tapi bukan untuk seronok-seronok. Ia mengharapkan kekuatan samada kejiwaan mahupun kepatuhan. Kejiwaan untuk kekuatan dan kepatuhan untuk ketenangan. Saya pernah menjelaskan bahawa hati wanita berbeza dengan hati lelaki (tekan disini). Lelaki biasanya akan terbeban dek kerana kesibukkannya mengurus rumah tangga.
Lelaki yang dulunya lebih romantis akan kehilangan nadanya kerana bebanan kerja yang banyak.  Ironinya isteri yang dulunya sopan sudah semakin banyak tuturnya. Manakan tidak keletihan pada tulang-tulang sudah pergi ke tarikan urat-urat mulut yang tidak henti-henti mengeluh akibat kepenatan. Memasak, mengemas, membasuh pakaian menyebabkan wanita berkelakuan seperti itu.
Oleh itu jangkalah apa yang tidak disangka. Kata orang lama, wanita itu bagaikan angin lalu. Bila dia bertiup sayu maka terlena kita dibuatnya. Bila angin mula berubah menjadi ribut kalut kita dan bila ia berubah menjadi taufan lari lintang pukang kita. Begitulah sebaliknya.
******************************************************
Warkah Kata Buat Permulaan Kita
Untuk bakal suamiku,
Wahai bakal suamiku, sesungguhnya dirimu amat ku nanti dalam perjalanan hidup ini. Di siang mahupun malam hari. Ku tulis warkah ini dari hati moga ia menjadi lakaran permulaan yang indah buat kita. Pertamanya aku ingin mengucapkan setinggi terima kasih kerana sudi mengambilku sebagai isteri. Terasa tidak lengkap kiranya aku hanya hidup bersendirian di alam ini tanpamu. Kebahagiaan kita sekeluarga berada di tangan mu. Dikaulah yang menjadi peneraju dan nakhoda rumah tangga ini. Aku tahu tugas dan amanah ini sangat berat. Ia menagih keikhlasan, keimanan dan kejujuran yang tinggi daripada mu.
Semasa engkau melamarku wahai suami, masa itu syukurnya hanya Allah yang tahu. Air mata ini mengalir tidak terasa, mengalirkan kegembiraan penuh makna. Udara itu senang untuk digapai. Rasa yang tidak pernah ku alami. Hargailah aku selalu.
Wahai suamiku, rindu itu buah cinta. Jika ia tiada maka cinta tidak akan berbuah dan layu. Oleh itu hidup denganmu aku berharap rindu itu sentiasa bersemi. Biarpun terkadang diisi dengan air mata dan kesakitan. Namun, perasaan itulah yang sentiasa ada buat kita. Suamiku, bahtera yang kita bina ini ku harap sentiasa utuh dalam perjalanan kita bersama. Kau suamiku adalah pelindung dan pengemudi bahtera ini.
Aku berharap pengorbanan yang bakal kita lalui adalah merupakan pahit ubat yang menjadi penyembuh. Tidak aku pengharapkan pengorbananmu semahal nabi Allah Muhammad s.a.w terhadap Khadijah, mahupun seutuh kasih nabi Allah Ibrahim terhadap anaknya Ismail. Suamiku, pengorbanan itu sesuatu yang perlu di waktu susah dan senang. Kerana ianya adalah mahar segala janji dan mahar yang paling berharga daripadamu.
Suamiku, aku berharap cinta kita terikat bersama dengan cinta kita terhadap Allah. Jika berkurang maka ditambah, jika bertambah maka syukur. Di dalam hidup, aku berharap kepadamu tidak mengangapku terlalu sempurna kerana aku hanya insan biasa. Bimbinglah tanganku dalam melayari lautan ganas bersamamu. Sesungguhnya engkau adalah cerminan bagiku. Jika berjaya engkau maka berjayalah aku, jika gagal maka gagallah aku. Ya Allah, terima kasih kerana dia ada dihati dan jiwaku.
Sekian daripadaku,
Bakal Isterimu.

Untuk bakal isteriku,
Dalam batasan perjalanan waktu, saat hampir diikat denganmu terasa lapang dada ini. Pilihanku terhadapmu ku harap mendapat restu Ilahi. Tidak ada daya dan upaya ku untuk menentukan yang terbaik buat dirimu. Hanya DIA tempat berharap. Dalam bertatih di dunia ramai yang telah singgah mengajar berbagai erti. Hadirnya kamu wahai isteriku, ku harap dapat kau ajarkan aku erti marah, rajuk, rindu dan sayang.
Kesetiaan dan pengorbanan mu sebagai isteri dan ibu amat ku tagih. Bersama didalamnya kita bina keyakinan dan kesepaduan. Tanpa pengobanan maka tidak ada kebahagiaan. Marilah kita sama-sama belajar untuk melepas sesuatu demi menuntut sesuatu yang lebih berharga. Semoga menjadi insan terindah dalam mengharungi lautan mahupun denai kebahagaian.
Sesungguhnya hati ini setia padamu, padamu aku letakkan cinta terhadap seorang isteri. Agar engkau dapat menjagaku urusan dunia dan akhiratku. Sesungguhnya tipu daya tika ini sangat menakutkan. Dengan hadirmu wahai isteriku akan menambah seribu keyakinan dalam diriku. Menempis segala kekusutan dan tohmahan. Kerana hidup kita terlalu singkat, aku berharap kepadamu wahai isteriku agar kita tidak berlebihan atau berkurangan dalam segenap hal. Di dalam warkah ini ada kegembiraan, pengharapan dan keredhaan. Tatapilah ia buat bekalan kita nanti.
Sekian daripadaku,
Bakal Suamimu.

- Artikel iluvislam.com

sekian entry kali ni, sehingga jumpa lagi, assalamualaikum.. :)

Friday 2 November 2012

kisahnya cik sm bekerjaa~

Assalamualaikum kwan2.. ahlan wasahlan ya habibi ya maulana~~ cehwahhh.. hahaha.. hmm, kisahnya ari ni, aku bekerja??? haa, pelik xputeri sorg ni kerja.. haha.. poyo je, xyah nk puteri sgt la kan syafiqah oi..

 ok la, brmula ngn lokasinya, hmm dkat kdai depan umh aku je.. haha. plg dkat an? puas hati aku, minyak, mkn, solat xyah pening2 wat kt umh je.. minyak plg jimat, rm5 leh tahan 3 ari au, mcm moto la plak an.. hehe.. sbnrnye mmula aku dh plan intrview ngn satu kdai jual bju2 pengantin ni, n sbnrnya dh kira cnform dpt tu sbb dorg mmg sgt3 prlukan pkerja.. then blik umh bncang ngn abah, abah bising sbb tmpat u jauh, lgpun prking ikut kira jam.. makk ai, btul gak abah ckp, kos tggi sgt.. alih2 cari je dpn umh, dan alhamdulillah dlm byk2 tmpat yg aku tulis borg, walk-in interview, akhirnya rezeki Allah bg dkat je ngn umh.. syukran2.. :)

sbnarnya bos tmpat aku bkerja skrg ni mmg aku dh knal sjak sekolah lagi.. yela, dh kte kdai dpan umh kan, mmg situ la aku pegi ari2.. haha.. so, agak hepy sbbnya bkerja ngn bos yg mmg aku dh knal, so xde la janggal sgt.. ari ni dh masuk hari keempat aku bkerja, alhamdulillah, segalanya brjalan lncar.. just biasa2 je, xde la extraordinary ke pe ke kan.. haha.. yg pnting, rehat aku blik umh!! hihihi.. 

ok la, dlm sbuk dgn bkerja lak skrg ni, kkdg terbyg gak kwan2 aku kt mlaka tu.. walaupun try mem'busy'kan dri tuk mngelakkan fikir psal sume tu, hmm xmmpu gak.. kwan2ku!!!!!!!!!! rindu bangat sama kaliannnnn!! huhu.. cik abg syg? hmm yg tu dh xmmpu nk luahkan perasaan rindu ni kt dia.. sgala yang aku wat aku akan terbygkan dia, bila mkn teringat mkn ngn dia, bila mndi, teringat slalu mndi cpat2 sbb tau dia tgu, klu tdo xkan pernh lupa say gud nite, klu drive, teringat bila dia ada disebelah aku.. every single thing yang aku wat terbayang sume kenangan brsama cik abg.. ya Allah, jagakanlah dia, jagalah dia sebaiknya ya Allah.. amin ya rabbal alamin.. :'(

dinnerrrr~

miss this moment when he is just right beside me.. :(

malu2 kucing gitu.. :D

mmpromote ttbe.. hahaha..

with bunny n farah.. bunny!!! aku rindu ko!!! huhuhu..

ada ala2 hndustan x? kihkihkih.. :p

jeng2.. misss u org bju hjauu!!!