Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Sunday 15 November 2015

[DIY] Rantai Kunci Cik Meowww ^,^

Assalamualaikum sumeee!! Uisshh, lamanya Cik SM ni tak meninjau blog ek.. hihihi.. maaf ye uoollzz, kekangan masa sedikit.. ok la, soalan wajib! Sihat tak sume pembaca-pembaca blog ni? Kalau sihat alhamdulillah.. Aku? hmmmm makin sihat je sejak mula praktikal ni.. mana tidaknya, kat ofis makan saja kejenye.. hahahaha.. Opppss!! Kantoi pulak tak de wat keje eh.. :'D

ok la, balik ke topik kita untuk entri kali ni, DIY.. "Ape dia cik meoww ni SM oi? Habaq mai sikittt." Ha, ni nak habaq la ni.. DIY kali ni, aku gunakan kain 'felt' sebagai bahan asasnya.. Kain 'felt' ni macam mana? Kain ni dia tebal xmacam kain orang duk buat baju nuh.. Korang boleh dapatkan kain ni di kedai-kedai kraftangan yang buat hantaran tu, xpun di Mr.DIY pun hadoo.. Untuk first entri pasal kraf felt ni, aku post kan 'keychain' atau rantai kunci yang dibuat menggunakan kain 'felt'.. Korang yang rajin dan rasa nak cuba buat, leh la follow step ni ok.. :)

Bahan-bahan yang korang perlukan:

  • Kain 'felt' - 4 warna (badan, kaki, mata, pipi)
  • Benang - benang hitam untuk hidung dan benang untuk 'stitch' tepi
  • 'Wool' - isi perut Cik Meoww (leh dapatkan di kedai kraftangan)
  • Reben - tali rantai kunci
  • Gam UHU (atau mana2 gam untuk fabrik)
  • Barang asas jahitan 

Dah lengkap dah bahan-bahan korg? ha, jom mulakan! 
  1. Lakarkan di atas sehelai kertas, bentuk Cik Meoww yang korang nak.. Bulat, kurus, lebar, pendek, haa sumeeee ni korang boleh pilih nak bentuk macam mana.. Lukiskan juga bahagian yang lain; kaki mata, pipi..
  2. Dah lukis tu, guntinglah.. Tekapkan pada kain 'felt' yang korang dah beli tadi.. Warna apa? ikut kreativiti masing2, kalau korang suka merah, merahla.. kalau biru, birulah.. heee.. (*SM ni sume ikut masing2 je, baik xyah tutorial.. hahahahaha.. :p)

    ****penting! korang mesti cukup satu set untuk hasilkan 1 Cik Meoww.. 2 keping badan, 4 keping kaki, 2 keping hiasan kepala, 2 keping mata dan 2 keping pipi***
  3. Ambil satu bahagian badan, jahitkan hidungnya dengan benang hitam.. Selepas itu, korang cantumkan 2 bahagian badan, jahit keliling kain tu.. Bila tiba di bahagian tepi, selitkan reben di antara 2 keping kain itu dan jahit bersama dengan badannya..
  4. Pastikan korang tinggalkan sedikit ruang untuk masukkan isi 'wool' tu, dan kemudian baru jahit sampai penuh.. Sumbat je 'wool' tu sepenuh yang boleh, pastikan kawasan telinga Cik Meoww kita tu berisi ye, jangan kosong pulak.. lagi best kalau ada kayu kecil yang tumpul, tolak isi tadi sampai betul-betul penuh.. hihi..
  5. Da siap jahit, apa lagi, kita hiaskan Cik Meoww kita.. Tampalkan bahagian2 lain dengan gam fabrik lepas tu, taraaaaaaaa!!! Siap dah rantai kunci Cik Meoww korang..

Ini hasil kraf Cik SM sendiri, tapi masih 'sloppy' jahitan disitu.. Mianhaee!! 

Mudahkan? aku tau, mesti ada yang hatinya melonjak-lonjak nak pegi kedai beli bahan-bahan ni kan? hahahaha.. rilek, rilek.. sebelum korang nak hentam keromo je jahit ni, meh la tengok video tutorial jahitan untuk kain 'felt' ni dan juga korang boleh usha blog Hapy Friends Shoppe ni.. kat blog sis ni korang boleh dapatkan banyaakk lagi idea2 kraf felt yang soooo kawaaii.. disertakan juga link unuk temlate Cik Meoww ni.. haa, mudah kan, xpayah gigih nak melakar-lakar.. hihi.. 

Credit to blog Hapy Friends Shoppe, for the idea and tutorial.. Thank you!!!! <3 <3 <3 

Link tutorial jahitan (youtube): blanket stitch
Link template (blog): template

Happy Crafting!! <3 


Sunday 18 January 2015

It's a wrap!!!

Assalamualaikum kwan2 sume.. "sm ni mesti nak tanya sihat ke x nih kan?" wakakakaka.. yesss, as always la kawan2 ku sekalian.. hihihihi.. so sihatkah kalian? kalau sihat alhamdulillah.. apa khabar iman harini, sihat? harap2 sihat, alhamdulillah.. so now, ape cite wrap wrap ni syafiqah oi? wrapping paper ke? hahahahaha.. enggak sihhh, ni nak cerita semester 5 aku dah tamaaatttt.. alhamdulillah syukur2..  

syukur ya Allah.. rasa lega dah tamat semester yang 'hectic' gile ni.. tapiiiiiii, takut pulak nak menempuh sem depan.. uwaaaaaa, tak dapat la aku bayangkan cam ne life kitorang sem depan.. mybe start dari minggu pertama sem dh mula stay up wat kje kot.. hahahahaha.. tapi itulah namenya student kan, kalau xstay up wat kje smpai mata panda2 bgai, memang xsah la.. haha.. 

sepanjang sem 5 ni banyak kenangan yang tercipta dengan kawan2.. banyak juga perasaan suka, sedih, geram, marah, bahagia yang saling silih berganti.. ape tu omputih cakap, "full of colour".. haaa gitu, speaking kau cik sm arini.. wakakakaka.. tapi sem ni memang banyak mngajar aku macam2 bende.. mematangkan aku, menjadikan aku seorang yang lebih berfikir panjang sebelum bertindak atau bercakap sesuatu.. perkara yang selalu menjadi masalah bg pelajar ni ialah grouping work.. kan? 

cakap pasal grouping work, alhamdulillah sem ni almost all subject, group kami dapat present something yang memuaskan hati lecturer.. syukur2, sume tu kan terjadi kalau bukan dengan izinNya kan? bunch of thanks to all the group members too, tanpa dorg there is no 'our group'.. sbenarnya, bila sembang pasal group ni, ada la yang kurang enaknya.. dipertengahan sem aritu, tiba2 terjadi conflict besar antara group members yang sebenarnya wat aku xslesa.. it was me who be honest on everything, of kos la aku rasa xslesa kan.. tapiiiii ada hikmahnya, actually banyak hikmahnya dari conflict ni.. first, the one yang ktorg ber'konflik' tu dah mula serius dalam buat keje.. dah banyak involvekan diri dalam discussion sume yang pada aku memang sangat woowww.. disebabkan hal tu la, masing2 jadi serius dan kitorg berjaya dapat best presenter.. syukur alhamdulillah.. second, aku mengaku memang bahasa yang aku bagi kat dorg is full of carutan, which is not me.. mungkin disebabkan perasaan yang dah xterkawal.. huhuhu.. tapi, disebalik diri aku yang bukan mcam dlu tu, bukan syafiqah yang ko susah nak nampak dia marah, bkn syafiqah yang senyap je bila dia kena buli, there is someone who still accept me, no matter how big the difference i am with who i was before.. he is the one that always stay by my side, all the time even when he is not physically here with me.. thanks bud.. i know i can always count on u, right? :)

lagi kisah sem 5 ni, aku mula stick dengan group study yang kekal.. wana, shafiq, cerul, dorang adalah study mates yang awesomeeeee, yang memang buat ko rasa nak study bila tgk dorang study.. hahahahaha.. even time final ada gap 5 hari pun, hari2 study.. sekali pun xde berjimba2 dalam masa final tu.. thanks sgt2 kat dorg yang banyakkkk ajar aku macam2 yang aku xtau.. teman study la dorg, teman berFYP la dorg, teman tgk wayang la dorg, teman bershopping pun dorang juga..thanks alot for all the good times we shared.. 

dannnnn, for him.. alhamdulillah, makin lama rasa makin dekat hati kami.. i just want him to know that i'll always love him, and care for him.. and i do hope he feels the same feeling as mine.. thanks for always stay with me in any kind of condition.. semoga jodoh tu ada sentiasa dengan kami.. amiinn.. :)

*sekian saja cotcet harini.. until next entry, byeeeee!! :)