Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Wednesday 9 November 2011

Dua Yang Berbeza (^0^)

PAKAI tudung dan utp aurat adalah dua perkara yang berbeza. Ramai yang bertudung tapi tidak menuup aurat. Tutup aurat ada niatnya, ada konsepnya dan ada perlaksaannya yang khusus. Ia dbuat atas dasar iman, cara dan perlaksaannya pula megikut syariat dan tujuan akhirnya adalah unuk menegakkan akhlak. Tapi jika memakai tudung sahaja - niat, falsafah dan tujuannya lain. Mungkin niatnya untuk 'glamour', cantik, bergaya aau mnutup kkuranagn pada wajah dan rambut. 

Firman Allah S.W.T:

"Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, hendaklah mereka melabuhkan jilbab keseluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah unuk dikenal. Mudah-mudahan dengan itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah maha penampun." (Al-Ahzab: 59)


Salahkah bertudung hendak cantik? Mungkin ada yang berhujah begitu. Bukankah Islam itu indah? Memang, tidak salah.. tetapi bukan itu tujuan utama menutup aurat. Tujuan utama menuup aurat ialah kerana megikut perintah Allah. Dibuat atas dasar iman, kemudian dibuat dengan menepati kaedah syariat. Mana yang patut ditutup, ditutup. Labuh dan singkatnya semua megikut 'piawaian' syariat.

Dengan itu barulah terbangun akhlak pada wanita yang menutup aurat. Dan ketika itu barulah dia selamat dan menyelamatkan. Dia tidak akan diganggu atau mengganggu orang lain. Macam mana kalau orang yang tidak bertudung tetapi akhlaknya lebih baik daripada orang yang bertudung? Mungkin ada yang bertanya begitu. Ringkasnya kita katakan dia umpama orang yang menunggang dengan baik, berhemat dan cermat tetapi tidak memakai topi keledar.. Salah disisi undang-undang dan masih membahayakan diri. 


Sudah menjadi pandangan biasa kalau wanita bertudung berdua-duaan. Mereka rasa bebas bercinta, ber'dating' dan bercumbuan walaupun sedang bertudung. Tudung bukan penghalang bagi cinta. iu yang menjadi prinip mereka agaknya. Tudung, tudung juga; cinta, cinta juga. Itulah pegangan sesetengah remaja kita. Sama ada disuarakan atau sekadar diamalkan. Oklah tu. Setakat bercinta, mungkin tidak mengapa. tetapi cinta yang bagaimana? Apakah hubungn cinta dan tudung?



(petikan dari buku TENTANG CINTA, karya Pahrol Mohd Juoi)


*bersambung di entry yang akan datang..:)

No comments:

Post a Comment