Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Sunday 21 December 2014

[DIY-Gift] - Twinkle twinkle Little Stars in a Jar

Assalamualaikum kawan2.. kabare sumenyee?? waras? alhamdulillah.. hiihihihi.. speaking jawo plak aku ni kan.. :D ok la korg, untuk entry kali ni nk share skit cmne korg leh hasilkan satu kraftangan yang mudah tapi cantikk dan sweeettttt sangat.. lagi2 untuk dihadiahkan buat buah hati tu.. heee.. 

bila cakap pasal origami bintang, memang sume oang pun tau buat kan? dari zaman sekolah rendah lagi, itulah yang duk dibeli kat kedai buku sekolah tu, kayo makcik tu dengan dak2 sekolah beli kertas origami je.. wakakakakka.. tapi perasan x, bintang tu leh dipelbagaikan cara penyampaiannya.. sapa kata xleh nak bagi hadiah bintang tu kt orang yang kita sayang ha? meh habaq mai, cheq kasi show skit cara nak wat bnde simple tu jadi sweeeeetttt.. :)

pertama sekali, edisi DIY  kali ni lebih fokus untuk yang nak jimatkan duit tapi nk buat kelainan dan sweeett gitu.. korang hanya perlukan kertas pembalut hadiah yang cantik, pensil, pembaris, gunting dan bekas yang cantik untuk letakkan bintang..



tandakan selebar 1cm di belakang kertas pembalut hadiah dan gunting panjang2.. kalau korang ada pisau NT Cutter tu, lagi bagus sebab dia xkan jadi senget2.. tapiiii buat yang xde, xperlu la sampai nk beli kan.. gunting pun boleh.. :)


bila dah digunting tu, apa lagi, silalah buat origami bintang2 anda.. heee.. tapi jap!! ni nk cite part yang nak bagi sweet2 tu.. 


taraaaaa!! ni rahsia ni nak sembang.. hahahaha.. mcam rahsia apa je kan.. :D untuk yang nak hadiahkan dekat someone special tu, dalam setiap butir bintang tu tulis la nota di dalamnya.. supaya nanti boleh la si dia awak tu buka sehari sebutir bintang dan baca kata2 yang korang tulis dalam tu.. kata2 motivasi ke, ayat2 jiwang karatz korg pun leh la msukkan.. al maklumla, banyaaakkkk tu bintang nk kena tulis ayat.. sooo banyak juga idea korang leh fikir utk tulis dalam tu.. heee.. sweet x, sweet x?? :D :D :D


bila dah siap sume bintang2 tu, bolehla korang letakkan dalam bekas khas ataupun bekas kitar semula je.. macam dalam gmbr atas ni, aku guna bekas kaca mayonis yang dh abis je.. xpyah nak beli2, kata nak berjimat kan? heee.. 

camne nak mencantikkan bekas kitar semula korg tu? haaa camni.. amik lebihan kertas yang korang ptong buat bintang td, kerat empat segi.. saiznya korang agak2 la, xmau la besar sangat sampai menutup bintang tu kan.. just nice.. lipat macam nak buat bentuk kon aiskrim tu, pastu ptong melintang dalam lebih kurang 5.5 cm dari bucu.. kerat habis tau.. taraaaaaa, bila dibuka balik lipatan tu, korang akan dapat bentuk bulat yang cantik dan kemas.. gunakan kertas bulat tu untuk cover penutup botol yang xberapa indah tu.. ikat dengan reben yang warnanya matched dengan kertas pembalut hadiah yang korang guna.. hasilnya jadi lah macam dalam gambar tu.. comel kan? heeee..



bintang comel ni bukan sahaja korang leh hadiahkan kat orang, nak simpan buat koleksi dan perhiasan di bilik pun boleh.. sangaattt niceeee.. ok la, sampai disni saja episod DIY kali ni, good luck korang!!!! <3

Stay hungry, stay foolish, keep on DIY..

Assalamualaikum.. ;)














No comments:

Post a Comment